Wednesday, October 26, 2011

Kad Pengenalan Baru Bakal Muncul Tahun Depan



KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama/Utusan

Thursday, October 13, 2011

Menakjubkan ! 3 jam keliling dunia

******  AMARAN !  Baca Sampai Habis*******

Eiffel Tower, Paris
New York, London













Taj Mahal , India



Osaka, Japan

Mauri , Australia

German

Maldova

Austria

Universal Studio

Mexico

Australia


Borobudur , Indonesia


Pisa

My Lovely Husband :-)

Hollywood

Masjid Bandha Acheh, Indonesia

Budapest

Istanbul, Turkey


Nepal


Egypt

Yemen

Italy


Nak masuk dalam Minimundus dapatkan tiket Euro 13 seorang.  lebih kurang RM 55.90



Ok, semua di atas adalah di Minimundus, Austria.  Di Minimundus terdapat replika bangunan dari seluruh dunia.  Tapi bangunan  di Malaysia tiada di sini.   Negara Asia cuma Jepun, China, Indonesia,Thailand, India dan Australia sahaja yang bangunannya terdapat di sini.  malaysia punya KLCC tiada di sini.  Lebih 100 bangunan yang terdapat di sini.  Semua nya cantik-cantik belaka.  Saiz bangunan yang terdapat di Minimundus adalah 1 nisbah 25 (1 : 25) daripada saiz asal.   Kalau ada anak kecil, Minimundus merupakan taman terbaik untuk pembelajaran anak-anak.  Kecil-kecil mereka sudah didedahkan dengan negara luar melalui ciri-ciri bangunan sesebuah negara yang melambangkan identiti negara tersebut.  Kalau di Malaysia ada Minimundus kan seronok.  boleh bawak anak (sesiapa yang dah ada anak).  Cikgu sekolah boleh buat rombongan di sana.




Sunday, October 9, 2011

Segmen: Bloglist cutie mutie

Memadangkan saya masih lagi mentah dan newbie yang masih merah-merah pink lagi macam bayi belum tanggal pusat lagi.  Jadi saya pun cari lah peluang-peluang keemasan dan keberlianan untuk dapatkan lebih ramai pelawat dan pengikut setia.

Ada lah satu blog ni saya jengah-jengah ..Wah ! Blog ini cantik sekali sesedap namanya blogsigadis92 .  Ish cakap banyak pun tak guna lah !  Setelah dilawat, digodeh-godeh, dibaca, dikomen.  Saya senaraikan sejuta point yang menarik tentang blog sis92 ni.  Tapi dia nak 5 aja.   Kena patuh arahan 5 aja lah seperti dibawah :

1.  Sebab blog sis92 , istimewa kerana ada stokin pink yang comel
2. Stokinnya dah comel tapi tak berbau langsung.  Heheheh jangan marah Sis92
3. Penulisan dari blog Sis92 tersusun, sopan santun dan terbayang-bayang kecomelan reaksi wajahnya berkata-kata
4. Ada tempat nak potpet - potpet (Shout mix chat widget)
5. Idea yang bernas dan terkini (no wonder kan UITM bukan budak Sekolah Kebangsaan)


Ok dah bagi 5 point yang semestinya pujian ikhlas dari hati yang suci lagi murni.  Sebenarnya nak bagi lapan juta lemon point , tapi kena ikut terma dan syarat dari Segmen: Bloglist cutie mutie lah.  Tak nak cakap banyak now ...pergi jauh-jauh ke blog Sis92 ni.    Ketuk pintu rumah dia ramai-ramai.  Hehehee




( Video ) Siti Nurhaliza cakap English

Malaysia merupakan negara bekas jajahan British. Bahasa kedua rakyat Malaysia merupakan bahasa Inggeris selepas Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi. Orang Malaysia memang boleh bertutur dalam Inggeris tapi mungkin Mat Saleh dengar Mat Saleh boleh gelak. Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk menjadi lebih baik. Dari tak baik lama-lama jadi baik. Kalau dah tahu tak baik kita kena mencuba menjadi baik dengan pelan-pelan kayuh.

Selama di Eropah pada pendapat saya, ramai je orang Eropah yang langsung tidak dapat berbahasa Inggeris. Rakyat Malaysia lebih baik bahasa Inggerisnya berbanding Eropah , pada pendapat saya.  Walaupun Malaysia jauh dari British. Yang paling penting kita mencuba , kalau tak pandai jangan buat-buat pandai.  Selalu orang kata Melayu cakap broken English, tapi tak pernah pun kita dengar orang cakap Mat Saleh cakap broken Melayu.  Sebenarnya Mat Saleh suka dan cuba untuk berbahasa Melayu.

Saya respek dengan Dato' Siti Nurhaliza kerana dia berani berbahasa Inggeris di dalam televisyen rancangan Inggeris di NTV7, bercakap English didepan 2 Mat Saleh dan host yang petah berbahasa Inggeris.   Bukan bangga dengan bahasa Inggerisnya tapi bangga dengan keberaniannya berhadapan dengan 3 orang yang petah Inggeris.  Mungkin dia pasti dia akan dikutuk dan nampak macam memperbodohkan diri sendiri.  Tapi sebenarnya dia seorang yang berani !

Kita layan video ini : 



Saturday, October 8, 2011

Saya Suka Yang Besar

Tajuk di atas , nampak macam seram sejuk aje !



Memanglah saya suka yang besar.  Yang besar banyak kelebihannya.  Contoh Adidas yang besar ni.  Besar sangat kan ?  Adidas di Klagernfurt.  Sebab Adidas ni besar, macam-macam pilihan saya dapat dan beli ikut cita rasa dengan harga yang berpatutan.    
Adidas, Klagernfurt

October Fest Munich Germany

1 Oktober 2011 hari sabtu saya, suami dan rakan pergi ke salah satu negara Eropah.  Alang-alang ada di negara Austria apa salahnya pergi round the world.

Pergi ke Munich kebetulan ada satu festival yang menarik dan sangat meriah bagi orang Eropah yang mungkin kebanyakan orang Malaysia atau seluruh Asia tak tahu tentang kewujudan Festival ini.  Dinamakan "October Fest" (OF).  OF ini setiap tahun disambut pada setiap 1 Oktober setiap tahun dari zaman raja-raja mereka lagi.  Satu hal lagi di Munich German merupakan tempat pengeluar beer yang termahsyur.  Sebab itulah di Munich German diadakan festival ini sebab mereka mahu memperkenalkan beer mereka , merasai keenakannya dan menyambutnya sebagai salah satu tradisi turun temurun.

Malam tadi mimpi Hanis Zalikha


Hanis Zalikha




Siapa yang tak kenal dengan Blogger cantik manis, rupawan si Hanis Zalikha.  Malam tadi termimpi dia.  Auwww. Nasib baik aku ni perempuan dan lebih tua dari dia kan?  

Punca utama mimpi dia sebab jengah blog dia dan tengok entri dia pasal collagen dust tu.  Aku ni memang pantang ada orang promote momot bagai.  Memang terasa nak beli aje.  Tengok pulak muka Hanis Zalikha yang cantik manis tu.  Kalau dia jadi jurucakap produk Collogen tu komfim nenek-nenek pun nak beli.  

Dia cakap kat blog dia Collogen tu dari France. Yang kelakarnya, dalam mimpi aku pergi beli di Farmasi kat Kelantan.  Lepastu collagen tu dah di repacking semula.  Mana lah aku nak percaya fasal collagen tu beli di Kelantan pulak tu.  Itu mimpi aje lah.

Apa-apa pun mimpi tetap mimpi.  Mimpi mainan tidur.





Nyanyi Lagu Price Tag ramai-ramai

Lagu yang best !  Jom nyanyi ramai-ramai seluruh dunia nyanyi lagu ok..  1     2      3

 




 




 




 










Mana periuk nasi ?

Dah namanya orang Melayu, pergi mana-mana nak makan nasi juga.  Bukan Melayu aja, Cina , India pun sama.  Dah kat Austria ni nak makan nasi juga lah.  Mana tahan makan roti je.  Cari kat market jumpa juga nasi.

Beras jenama apa pun aku tak tahu.  Bedal je lah Bedah !


Masak dekat Apartment.  Cari periuk nasi elektrik tak ada.  Pelik lah takkan diorang tak makan nasi?  Jawapan yang bernas, memang lah orang Eropah , nasi tu bukan makanan ruji mereka.  Hahahaha padan muka aku.  Jakun sangat kan ?


Nak puji emak aku.  Tersedak nanti mak aku kat Malaysia.  Emak aku ni memang serba boleh.  Dalam apa keadaan pun dia boleh mengkreatifkan diri untuk masak.  Selalu tengok juga emak masak nasi pakai dapur gas kalau bekalan elektrik terputus.  Aku tengok aje dia masak, tahu makan aja.  Tengok bukan sebarang tengok, tunggu masa aplikasikan aje.   Tapi emak aku mesti bangga kat Austria aku dah jadi sekreatif emak.  Hehehehe  .  Mesti bangga emak dapat anak macam aku ni.  Tak kebulur nampaknya anak orang (laki aku lah tu).  Isteri solehah ni ^_^.
Sudah pergi masak !  Dah lapar.....

Ini beras 1 kg.  Kalau dekat rumah aku boleh makan 3 orang je kot.  Dekat rumah aku 20kilo.  Haaa ambik kau !  Adik beradik 9 orang kot





Mula-mula basuh beras.  Jangan lupa baca Bismillah dan Selawat dan tambah kasih sayang sekali. 

 



Lepastu sukat air pakai ruas jari.    Ruas yang hujung sekali.  Ini emak aku yang ajar.  Cara lain aku tak tau.  Sukat pakai cawan mawan aku tak reti lah.  Pakai jari pun boleh.



Dapur ni canggih sikit dari rumah aku.  Dapur elektrik tak ada tong-tong gas semua.  Aku putar nombor yang paling tinggi sekali 12.  Sebab nak keringkan air nasi. 




Tengok-tengok nasi dah mula membuih.  Menggelegak




10 minit lepas tenggek di dapur.  Buih makin banyak.  Ini bukan buih buaya kat sungai.  Ni buih menggelegak.  Sebab air nak kering ni.  Sorry, buih tak tumpah pun ok.  Handal juga aku ni.




Tengok-tengok air dah kering .  Heheh berjaya-berjaya.  Ilmu emak aku praktikkan ni.  Ilmu masak nasi pakai periuk bukan elektrik.




Aku turunkan suhu kepada 3.  Sebab air dah kering.  Suhu kena rendahkan.  Kalau letak 12 tak mau nya rentung periuk nasi bukan elektrik ni.  Apa aku nak jawab dengan tuan rumah Eropah ni nanti.




Air dah kering.  Suhu dah kurangkan kepada 3.  Tutuplah periuk nasi,




Eh apasal kelabu aja ni ?  Ohhh wap.  Snap gambar lain.  Ambil lain




Lihatlah kegebuan nasi ku ini.  Tengok pun dah sedap.  Kalau makan lagi lah bukan menjilat jari, kaki pun sekali heheheheh (geli je)




Menu tengahari nasi, ayam goreng, kobis goreng dan air Coca Cola.  Ini aja lauk yang mampu aku masak dekat Austria ni.  Barang macam kat Malaysia mana ada.  Kunyit, kicap, minyak kelapa sawit (guna minyak bunga matahari) , asam jawa, halia dan lain-lain mana ada.  Aku cuba masak sekreatif yang boleh.  






  Selesai sudah masak.  Masa untuk mencekik.  Buat suamiku puji-puji je lah ye.  Buat emak terima kasih ilmu-ilmu yang diturunkan.  Emak memang emak yang baik.  Mesti emak bangga tengok aku pandai masak, bela anak orang lagi.  Bismillahirrahmanirrahim..... nyummm nyummm makan !!  :-)









Sarapan special




mmmm  apalah nasib badan.  Air tak ada, nak basuh sosej ngan ayam pun tak boleh.  Nasib baik ada air mineral, rebus semula buat air teh.  Makan roti sapu Nutella.  Roti buatan Austria / Ostereich .  Sabar aja.  Nak masak nasi nak basuh beras macam mana?  Syukur ada juga makanan.  Selamat bersarapan.  Hidangan yang special.

Balik Malaysia pastikan mendapat bekalan Nasi Lemak yang secukupnya.  Misi membalas dendam hihihi

Bayi 23 Hari Diliwat Bapa


Gambar hiasan

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.   Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.


Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.  Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


 

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. 

Sumber :  Harian Metro


P/S  :  Ini namanya bapak setan !!








Friday, October 7, 2011

Tekan lah mana suka

Masih di Austria.  Suami pergi kerja.  Aku tunggu di rumah.  Nak keluar jalan seorang diri takut pulak dengan mamat Eropah.  Bukak laptop bukak TV.  Bukak TV banyak siaran.  Tak tahu nak pilih siaran mana satu.  Terlampau banyak siaran.  Siapa suka tengok TV sila ke sini.


Nak tengok cerita apa? Tekan lah mana suka , jangan sampai termuntah !!!!















Di sini serba serbi tiada halangan, serahkan kepada akal fikiran, yang mana baik dijadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan.

P/S : Bayangkan kalau di Malaysia ada semua rancangan yang tak ditapis ?  mmm tepuk dada tanya nafsu..opssss tanya selera   #_#






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...