Wednesday, May 9, 2012

Gambar : Neelofa dan Mekap

Gambar Neelofa dan bedak

Siapa yang tidak kenal Neelofa?  Pendatang baru dalam Industri Hiburan Tanahair.  Seorang Pelakon, Model dan Pengacara.  Pengacara Nona paling memberi kesan kepada penonton.  Telah dilantik menjadi Duta Mekap jenama Avon.

Neelofa juga dikatakan sebagai seorang yang 'beauty with brain'.  Tak ramai artis yang dapat gelaran macam ni.   Result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nya pun dikatakan straight A's.

Emak saya pun suka Neelofa sebab bila dia mengacara nampak jujur dan kata-katanya nampak matang dan bijak yang paling penting tak plastik dan hipokrit.  Untunglah beauty with brain.

Layan Gambar Neelofa dengan mekap dari Avon :


Gambar Neelofa blushed and lipstick









P/S : Saya tak pakai mekap Avon :-)

Gambar : Fasha Sandha & Jejai Honeymoon di Pulau Redang



Fasha berbulan madu hanya di Pulau Redang, Terengganu.  Cuti-cuti malaysia gitu.

Sumber Fan page Fasha Sandha

Didalam Facebook fan page Fasha Sandha menyebut 'Honeymoon di Malaysia pilihan terbaik.  Nak nyanyi lah cuti-cuti Malaysiaaaaa.






Kredit sumber gambar Facebook fanpage Fasha Sandha

Lisa Surihani tak sempat masak untuk Yusry


Sweet Couple.  Lisa and Yusry

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim pada 23 Februari lalu.
Aktres "Ombak Rindu" ini turut mengakui mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. 


"Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana jadual saya yang padat dengan lakonan. Yusry pula kini sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya, "Vikingdom"," ujar Lisa ketika ditemui di majlis pelancaran treler filem terbitan KRU Studios, "29 Februari" baru-baru ini. 


Malah pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed ini mengakui masih belum sempat memasak masakan kegemaran suaminya selepas berkahwin. 

"Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman," jelasnya lagi. 


Aktres berusia 26 tahun ini memberitahu Yusry tidak cerewet kerana dia bukan jenis yang memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan Korea.
"Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya," kata Lisa yang kelihatan cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan. 
Mungkin inilah rupa sambal sotong kegemaran Yusry

Ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata, Lisa memberitahu mereka hanya berserah kepada Tuhan dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
"Doakan kami cepat timang anak ya," pinta Lisa sebelum mengakhiri perbualan. 

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Jason Chong bercorak 'psycho thriller', "Dendam Orang Mati" terbitan KRU Studios.

P/S : Sama lah Lisa, kita pun masak untuk suami kita masa bulan madu je.  Sama lah kat Jerman gak.. Hahahuhuhuhehehehe layan aje.  Nak feel feel jugak

Sumber cerita kredit to Yahoo !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...