Wednesday, May 16, 2012

Bidaan Plat WWW Tertinggi Dalam Sejarah Malaysia


PUTRAJAYA 17 April – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.
Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1” yang dijual dengan harga RM300,100.

"Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima
“WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

Jennifer Lopez JLO paling berpengaruh



Menurut majalah Forbes J LO mantan isteri Marc Anthony merupakan selebriti paling berpengaruh didunia. Beliau mengalahkan Oprah Winfrey yang sebelum ini menggungguli selebriti paling berpengaruh.

Dikatakan jumlah pendapatan JLO pada tahun lalu mencecah lebih 50 juta dollar. Sumber pendapatan yang tinggi disumbangkan melalui rancangan American Idol sebagai juri yang menggantikan Paula Abdul.

P/S : Amat menyukai imej JLo terkini dan lagu yang dinyanyikan terutamanya On The Floor.
posted from Bloggeroid

Teman Lelaki Penyanyi Indonesia Syahrini kerabat dari Malaysia?







Kredit Yahoo
posted from Bloggeroid

Seram! Wajah saya pada usia 60 tahun



Melihat wajah saya di atas agak seram ye. Digambarkan pada tahun 2045 ( tak tahu hidup lagi ke tidak)
Yang hidup pastinya mati. Sebelum mati mesti lah tua dulu kan. Tapi kalau mati muda tak sampai lah tua begini.

Diperincikan sikit daripada wajah saya terkini dengan akan datang iaitu usia 60 tahun. Bezanya dari pipi yang kembung dan tembam bila usia 60 tahun pipi akan menggelebeh dan ditambah dengan scallop, renda atau kedutan garisan dipipi.

Bibir yang mungil pada waktu ini akan menjadi nipis, berkedut dan bergaris2. Masa ni pakai gincu kolagen pun dah tak umph lagi.

Bawah mata saya yang licin akan menjadi renda, scallop (macam langsir pulak) dan garisan yang menghala kebawah seolah ditarik-tarik yang disebabkan oleh kekurangan kolagen.

Tapi yang bahagian kening saya tak setuju dari bahagian di atas. Sekarang memang kening terangkat ala Ziana Zain. Tapi dari gambar diatas umur 60 tahun tak kan masih terangkat lagi kot.

Seriously saya sangat takut melihat wajah saya yang digambarkan pada tahun 2045.

So saya akan simpan gambar ini untuk tatapan masa hadapan. Betul atau tidak.

Kredit to application agingbooth. Jom try sangat syok!
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...