Wednesday, February 27, 2013

(Gambar) Fasha Sandha yang sarat mengandung

Fasha sandha yang sudah berumahtangga dengan Jejai sedang menunggu hari untuk mlahirkan cahayamata yang pertama dan kedua untuk Jejai. Bekas finalis dewi remaja ini memang cantik dan memukau tambahan pula sedang mengandung keserian bakal ibu terserlah. Berseri-seri wajah Fasha sandha disamping perutnya yang memboyot tapi still cute.

Layan gambar Fasha sandha dengan perutnya yang sarat.





















comelkan? tunggu pula gambar anaknya. credit to instagram fashasandha

posted from Bloggeroid

Friday, February 8, 2013

Apa perasaan anda jika bekas isteri suami pangku anak suamimu



Dari gambar diatas terserlah cahaya ikhlas, redha dan silaturahim sesama Islam. Abby Abadi bekas isteri Norman Hakim melawat Memey Suhaiza dan bayinya. Sungguh harmoni!

Abby Abadi umum mengetahui sudah mengenakan hijab. Kata orang kalau ubah luaran dalaman juga tururt serta. Di dalam gambar tersebut turut kelihatan Abby Abadi mencium Memey Suhaiza wanita ynag pernah dihina dan dilemparkan kata-kata kurang enak.

Tapi itu dulu, sejarah! Sejarah tak mungkin kan berulang. Syukur

Sumber gambar : Instagram Memey Suhaiza

posted from Bloggeroid

Video Shila Amzah menangis sambil nyanyi lagu Ombak Rindu

Akibat dari perbalahan konflik Shila Amzah, ND lala dan Sharnaz Ahmad (cinta hati Shila Amzah) akhirnya tuba dikemuncak. Shila Amzah memang terkenal dengan mengupload video nyanyian nya di YouTube dan semalam Shila Amzah mengupload video nyanyiannya sambil menangis teresak-esak. Ombak rindu yang dinyanyikan seolah olah ingin menyampaikan isi hatinya kepada Sharnaaz Ahmad.

Di dalam video itu Shila Amzah berkata, " Assalamualaikum Sha harap semua okey. Sha minta maaf menyebabkan timbul kerisauan pada semua. Mak..... abah.... Sha minta maaf. Saya rindu semua orang.

Di dalam video terbut Shila Amzah memakai tudung dan baju putih dan matanya bengkak dipercayai akibat menangis semalaman. Sewaktu menyanyikan lagu ini juga Shila Amzah tidak henti henti memgalirkan airmata sambil menangis.

Saksikan video ini dan nilai sendiri. Di youtube juga ramai pihak mengecam timdakan Shila Amzah yang dianggap kebudak budak kan.
















posted from Bloggeroid

Sunday, February 3, 2013

"Saya yang hendak kahwin dengan dia, bukan dengan bapa dia" -SHARNAAZ AHMAD-


Dek kerana kenyataan ND lala dalam Harian Metro dan menegur Sharnaaz Ahmad supaya menghormati dia sebagai bapa Shila Amzah.  Semuanya berpunca dari kenyataan Sharnaaz Ahmad yang bakal meminang Shila Amzah pada Mac ini.  Difahamkan tahun 2013 merupakan tahun sibuk Shila Amzah kerana persembahan di Shanghai setelah memenangi Asian Wave.

Kini, Sharnaaz Ahmad membalas kenyataan ND Lala yang kononnya bakal bapa mentuanya dek kerana kenyataan ND Lala :

                              "Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut 
                               apabila membaca kenyataan dia. Sebab itu memang caranya. 
                               Tapi kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, 
                                sudah tentu saya akan berjumpa dengan dia dan isterinya"

Tambahnya lagi,

                             "Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi dalam hal ini, kita kena 
                              sama-sama saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. 
                              Tapi yang tua juga kena hormat yang muda juga." 

 Dan ada ayat yang tak boleh blah dalam kenyataan Sharnaaz Ahmad di bawah,

                             "Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab keputusan terletak 
                             di tangan  dia.        Malah dia pun dah besar panjang. 
                             Saya yang hendak kahwin dengan dia, bukan dengan bapa dia. 
                             Jadi tanyalah kepada tuan empunya badan sendiri."


Semoga mahligai perkahwinan yang diimpikan Sharnaaz dan Shila Amzah menjadi kenyataan seperti perasaan mereka yang membuak-buak tak sabar.  Kesian si ayah.

Jom layan video Shila Amzah menyanyi bersama bapanya ND Lala:

Touching je kan dengar lagu ni.  Setiap anak ingatlah budi ayah dan ibu bukan kerana lelaki.

Kerap melancong waktu mengandung Ning Baizura letak nama anak 'Sky"




Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan anak lelaki pertama pada 31 Januari lalu jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.  Kelahiran anak Ning Baizura sama dengan waktu ulang tahun  perkahwinan yang ke lima.  Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton berkahwin pada 31 Januari 2008.


Nama anak lelaki mereka ialah Ryn Sky Dalton.  Nama "Sky" diberikan menurut Ning Baizura kerana  dia sering malancong ke luar negara sewaktu mengandung.  Ning melahirkan bayi lelaki secara pembedahan. 


Tahniah !

Friday, February 1, 2013

(Gambar) Memey Suhaiza sudah bergelar ibu


Tahniah ! diucapkan kepada memey Suhaiza yang telah bergelar ibu.  Dengan kelahiran bayi lelakinya melengkapkan kehidupan seorang wanita bagi diri Memey Suhaiza.  Perkahwinan yang berlangsung pada Oktober 2011  bersama Norman Hakim setelah melalui pelbagai ujian akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. 

Kini, pelakon Memey Suhaiza yang berasal dari Felda Tenggaroh, Kota Tinggi Johor telah bergelar ibu.  Sebelum ni pun beliau telah terbiasa dengan rutin seorang ibu kerana sudah ada anak tiri iaitu 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi.

Kini, Norman hakim sudah ada 2 cahayamata lelaki dan 2 perempuan dan pertama kali bagi Memey Suhaiza.  Keluarga yang cukup besar ini nampak bahagia lebih-lebih lagi hubungan bersama bekas isteri Norman Hakim sudah elok.  Tahniah sekali lagi.  Dari gambar di atas nampak muka Memey Suhaiza ceria, bertenaga walau baru melahirkan dan itu tandanya dia ikhlas menjadi seorang ibu.


Sumber gambar : Instagram Memeysuhaiza

(Gambar) Liyana Jasmay sudah bernikah




Tepat jam 10.27 pagi tadi Liyana binti Datuk Jasmay atau lebih dikenali sebagai Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Liyana menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh dan antara barangan yang diterima pihak perempuan adalah tepak sirih, tas tangan dan set barang kemas.
Aktres berusia 24 tahun ini turut menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM28,388.


"Alhamdulillah, setelah apa yang kami rancangkan, akhirnya semua terlaksana juga pada hari yang bersejarah ini. Kami sah menjadi suami isteri."
Liyana anggun mengenakan busana rekaan Jovian Mandagie serba putih dan Fathuddin kelihatan segak berbaju Melayu daripada rona sedondon.
Majlis pernikahan mempelai ini telah dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin dan pihak media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan pada sebelah malam hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sumber: Yahoo!
Tahniah kami ucapkan kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...