Wednesday, August 10, 2011

Hendak tahu emas anda tulen atau tidak? Ketahui cara menguji ketulenan emas



Adakah anda :
1.       Boleh nampak kain rentang kedai emas pada jarak 10 kilometer?
2.       Tahu aja dekat mana ada jual emas murah?
3.       Tahu jenis-jenis emas 999 lah, 916 lah, 875 , 750 dan sebagainya?
4.       Cepat-cepat boring emas banyak-banyak kalau ada jualan emas murah?
5.       Hafal nama-nama kedai emas?
Kalau anda ada 5 benda-benda di atas ini.  Tak lain dan tidak bukan anda adalah pencinta emas atau dengan erti kata lain pengguna emas tegar.

Jangan tahu beli sahaja , kita perlu berwaspada dengan ketulenan emas tersebut.  Bukan hanya harga aja yang korang ambil tahu tetapi pastikan cara hendak menguji ketulenan emas pun ada wajib kena ambil tahu.  Jangan nanti beli emas banyak-banyak, pakai 2 3 hari luntur warna pulak.

Ok, jika anda penggemar emas putih cara untuk menguji ketulenannya ialah dengan:
1.        Cara yang paling senang bawa pergi kedai emas untuk uji ketulenan.  Haaa kan senang tu

2.       Ada cop 750 atau 375 pada sebelah dalam, kancing atau daun (item).

3.       Toreh sedikit bucu item diatas batu hitam atau paling senang batu asah.  Pastikan keluar warna kuning keemasan kalau warna putih,  haaaa jaga-jaga cik salmah

4.       Gunakan Hydrochloric Acid (HCL) dan tuang sedikit pada batu asah (langkah 4)  tadi, jika bekas torehan hilang.  Something wrong lah tu.  Bekas torehan tadi patutnya tak hilang ok

5.       (NaOh) lakukan di atas batu yang ada bekas torehan untuk tahu kualiti.

Sekarang, uji pula barang kemas 999, 916, 875 dan 750 anda:
1.       Gigit !  iya gigit emas anda untuk tahu ketulenannya (ini hanya mitos).  Tapi mungkin untuk emas 999 aja boleh sebab emas tulen 100%  (logam lembut).  Tapi semua emas adalah logam lembut.  Cuma 916, 875 dan 750 dah dicampur dengan bahan lain untuk keras dan bentukkanyya.

2.       Asah pada seluar jeans , dah rasa panas cium emas tersebut.    Pastikan tiada bau yang keluar.  Kalau berbau seperti besi, ia mungkin besi bukannya emas

3.       Ambil emas dan syiling.  Lontarkan di atas simen.  Yang mana satu bunyi paling kuat itu namanya besi.  Emas biasanya tidak bmengeluarkan bunyi yang kuat berbanding logam lain.

4.       Kalau anda berbadan seperti Hulk Hogan atau Badang.  Sila gunakan segala jurus-jurus yang ada dan kalau dah tak sayang barang kemas lagi.  Sila lentur atau bengkokkan emas tersebut.  Kalau boleh lentur atau bengkok itu namanya emas sebab emas adalah logam lembut. 

Itu sahaja pengetahuan yang saya ada.  Harap perkongsian ini amat bermakna.

P/S :  Dah tak mampu nak beli emas dah.  Mahal sangat !!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...