YANG SALAH | YANG BETUL |
Jodoh tidak perlu dicari | Allah menyuruh manusia berusaha |
Perempuan hanya perlu menunggu | Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w |
Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan | Perempuan berhak memilih |
Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/ perempuan yang baik | Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya |
Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan | Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi |
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentisa ber’SMS’ dan berjumpa | Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan |
Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya , “ Saya tak ada harta, tetapi saya ada cinta” | Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak t tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan. |
Contoh lain : “Saya tidak akan usik awak sebelum kita nikah” | Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya kemana sahaja dibawa. Oleh itu tidak hairanlah apabila reality menunjukkan pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan. |
P/S : Bak kata lagu Ziana Zain " kalau meencari teman janganlah memandang luaran carilah yang beriman"