Friday, October 7, 2011

Hari ini salji turun

Salji



Hari ni 7/10/2011 pukul1.35 petang waktu Austria dan di Malaysia lebih kurang pukul 7.36 petang.   Kat sini hujan. Sebelum ni panas.  Panas yang kata orang Austria dah lama tak panas macam ni.....

Dekat luar sekarang ni sejuk.  Kat dalam bilik hangat-hangat je.  Aku pun saja nak tengok macamana hujan di Austria.  Aku bukak pintu dan haaaa amik aku sejuk gila !! dah lah sejuk kaki aku pijak lantai macam pijak lori ais.  Sejuknya mesti suhu sekarang kurang 10 darjah celcius.


Aku terpandang kat atas bukit dan nampak macam salji lah.  Macam salji baru nak turun atau air hujan dah membeku menjadi seolah-olah salji.  Kat puncak bukit aku nampak dipucuk-pucuk pokok putih-putih.  Bukan salji dah turun tapi air hujan beku sudah.  Tapi yang penting macam salji lah walaupun bukan salji kot.  Sejuk nya.  Sejuk-sejuk pun gagah nak ambil gambar ....huh sejuk nya !!












Gambar ni semasa masih hujan . Sebelum salji turun.  Gambar dalam jam 1.30 petang (waktu austria)




Dah lepas ambil gambar , tengah syok-syok duduk dalam bilik nak update  blog tiba-tiba aku nampak salji dari luar pintu...Wah dah ada salji lah.  Very nice ..  Ya Allah cantik nya tengok salji turun.   Macam ais batu di parut.  Macam tu lah rupa salji yang baru turun.  Rasanya salji ni turun bersama air hujan kot.   Sejuk gila !  Mana tak jakun ni first time beb tengok sajli asli di depan mata.  % minit duduk luar rumah pun tangan dan kaki dah beku.  Sejuk nye

Dibawah ini gambar jam 2.30 petang (waktu austria) .  Salji turun.  Pokok yang hijau dah jadi putih.  Kereta semua dilitupi salj.  Tak larat ambil gambar banyak-banyak kat luar.  Sejuk Ya Ampun !






 

 











   

Diharap perkongsian gambar dan pengalaman di luar negara dapat memberi tambahan ilmu buat rakan-rakan yang membaca blog ini.  Sangat seronok nya tengok salah satu ciptaan Allah.  Di Malaysia ada sajli juga tapi salji tiruan.   Gambar di atas salji yang asli.  Terbaik dari ladang !  ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...