Sunday, February 12, 2012

Kini Telefon pintar dan tablet menjadi kegilaan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Feb : Kegilaan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar dan tablet semakin menjadi-jadi.  

Menurut salah seorang peniaga di Plaza Low Yat, dia boleh menjual hingga 50 unit pada satu hari sahaja, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.  Menurutnya, setiap pelanggan kebiasaannya membelanjakan kira-kira RM1,000 bagi setiap pembelian mereka.
BlackBerry Torch

BB Bold 4

Bold 5


Model yang menjadi kegilaan pada masa kini ialah BlackBerry Torch, Bold 4, Bold 5.  Model Samsung yang paling laris ialah S2, Galaxy Y dan Galaxy W. 

Samsung S2

Samsung Galaxy Y

Samsung Galaxy W


Sony Xperia Arc S dan Neo turut menjadi pilihan kerana harganya yang mampu milik.
Sony Xperia Arc S

Sony Neo

Jualan telefon pintar ini mula rancak sejak 2009.  2 tahun lepas lah gamaknya  ( tapi satu pun model-model diatas aku tak de, ketinggalan zaman lah nampaknya saya ! )

Ternyata BlackBerry lebih diminati oleh pelajar lepasan sekolah.  Sebab BlackBerry lebih diminati oleh golongan pelajar lepasan sekolah kerana:
1. ada aplikasi sosial
2. mahu berkomunikasi dengan kenalan dengan mudah
3. komunikasi yang jimat

Telefon pintar dan tablet jenama popular tidak begitu laris berbanding yang lebih murah iaitu Galaxy S2 dan Galaxy Note.

P/S : Entri ini hanya sebagai maklumat am.  Di mana-mana saja kita dapat lihat semua orang berlumba -lumba menayang gajet kesayangan dan kadangkala komunikasi face to face tidak lagi penting kerana ramai lagi 'teman halimunan' yang dikurung dalam telefon pintar atau tablet boleh menemani pemilik gajet ini.  Kalau nampak orang yang sihat, kacak atau cantik duduk sendirian tapi tersenyum, ketawa sorang-sorang , jangan pelik ya sebab mereka ada beribu-ribu kawan yang tak nampak dengan mata kasar.

Sumber : Utusan Malaysia (ayat diubahsuai dan tidak diplagiat 100%)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...