Friday, October 7, 2011

Tekan lah mana suka

Masih di Austria.  Suami pergi kerja.  Aku tunggu di rumah.  Nak keluar jalan seorang diri takut pulak dengan mamat Eropah.  Bukak laptop bukak TV.  Bukak TV banyak siaran.  Tak tahu nak pilih siaran mana satu.  Terlampau banyak siaran.  Siapa suka tengok TV sila ke sini.


Nak tengok cerita apa? Tekan lah mana suka , jangan sampai termuntah !!!!















Di sini serba serbi tiada halangan, serahkan kepada akal fikiran, yang mana baik dijadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan.

P/S : Bayangkan kalau di Malaysia ada semua rancangan yang tak ditapis ?  mmm tepuk dada tanya nafsu..opssss tanya selera   #_#






Ingat kat Malaysia je bekalan air putus

Ingatkan di Malaysia je selalu terputus bekalan air.  Dah lah putus bekalan air, notis tak bagi pun.  Kat Austria pun 2 x 5 juga.  Air tak ada.  Ada tu ada tapi meleleh semacam.  Tak besar macam selalu  Tuan apartment ni kata ada kerja-kerja betulkan paip.  Lebih kurang kat Malaysia lah tu.  Pokok pangkalnya di mana-mana sahaja ada masalah.  Selagi namanya manusia yang masih bernyawa.  Trouble is a Friend.  Tak gitu??



Shower yang meleleh sabar aje lah

meleleh meluluh .  

Dah bukak abes....

Tadah bagi penuh.  Bath tub hari ni kita ye,  berendam macam dugong jap lagi


meleleh ...adoiiii lah






  Soalan yang bernas.  Wajibkah saya mandi dengan air begini ?  hehehehehe

Hari ini salji turun

Salji



Hari ni 7/10/2011 pukul1.35 petang waktu Austria dan di Malaysia lebih kurang pukul 7.36 petang.   Kat sini hujan. Sebelum ni panas.  Panas yang kata orang Austria dah lama tak panas macam ni.....

Dekat luar sekarang ni sejuk.  Kat dalam bilik hangat-hangat je.  Aku pun saja nak tengok macamana hujan di Austria.  Aku bukak pintu dan haaaa amik aku sejuk gila !! dah lah sejuk kaki aku pijak lantai macam pijak lori ais.  Sejuknya mesti suhu sekarang kurang 10 darjah celcius.


Aku terpandang kat atas bukit dan nampak macam salji lah.  Macam salji baru nak turun atau air hujan dah membeku menjadi seolah-olah salji.  Kat puncak bukit aku nampak dipucuk-pucuk pokok putih-putih.  Bukan salji dah turun tapi air hujan beku sudah.  Tapi yang penting macam salji lah walaupun bukan salji kot.  Sejuk nya.  Sejuk-sejuk pun gagah nak ambil gambar ....huh sejuk nya !!












Gambar ni semasa masih hujan . Sebelum salji turun.  Gambar dalam jam 1.30 petang (waktu austria)




Dah lepas ambil gambar , tengah syok-syok duduk dalam bilik nak update  blog tiba-tiba aku nampak salji dari luar pintu...Wah dah ada salji lah.  Very nice ..  Ya Allah cantik nya tengok salji turun.   Macam ais batu di parut.  Macam tu lah rupa salji yang baru turun.  Rasanya salji ni turun bersama air hujan kot.   Sejuk gila !  Mana tak jakun ni first time beb tengok sajli asli di depan mata.  % minit duduk luar rumah pun tangan dan kaki dah beku.  Sejuk nye

Dibawah ini gambar jam 2.30 petang (waktu austria) .  Salji turun.  Pokok yang hijau dah jadi putih.  Kereta semua dilitupi salj.  Tak larat ambil gambar banyak-banyak kat luar.  Sejuk Ya Ampun !






 

 











   

Diharap perkongsian gambar dan pengalaman di luar negara dapat memberi tambahan ilmu buat rakan-rakan yang membaca blog ini.  Sangat seronok nya tengok salah satu ciptaan Allah.  Di Malaysia ada sajli juga tapi salji tiruan.   Gambar di atas salji yang asli.  Terbaik dari ladang !  ^_^

Kumpulan sepah Raja Lawak berpecah kini jadi Sepahtu (dengar nama pun dah lawak) iaitu Jeff dan Shuib

Dulu Kumpulan Sepah bertiga  dari kiri : Jepp, Shuib , Mamat

Sekarang berdua Kumpulan Sepahtu (dengar nama pun dah lawak)  , dari kiri Shuib dan Jepp




6 Oktober – Nekad dengan keputusan membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu,duo serasi bersama , Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan pula kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu.

Ditubuhkan sejak September lalu, Jep menyatakan yang dia dan Shuib sudah tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan (Sepah). Justeru mereka mengambil keputusan untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan Sepahtu selepas ditawarkan bernaung di bawah syarikat MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi, Mawi."Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran Mawi," ujar Jep sewaktu sidang media "Sepahtu Bikin Album"di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, baru-baru ini.


Ketika ditanya tentang pemilihan nama 'Sepahtu' pula, Jep berkata mereka memilih nama baru ini memandangkan nama 'Sepah' digunakan untuk mereka bertiga dan tidak adil sekiranya mereka berdua terus berkarya menggunakan nama tersebut."'Sepahtu' bunyinya seperti sepatu atau kasut yang mana saling bergerak bersama. Satu di kiri satu di kanan, jadi ianya signifikan dengan langkah terbaru kami ini, bergerak sepasang," jelas Jep lagi.
Jep juga menyatakan, meskipun telah berpecah, namun hubungan antara mereka bertiga masih baik malah langsung tidak bermusuhan antara satu sama lain. Mereka juga akan bekerjasama sekali lagi melaksanakan projek terakhir Sepah iaitu filem "Sepah The Movie" yang akan memulakan penggambaran pada 17 Oktober ini. Jelas Jep lagi, mereka telah menandatangani kontrak untuk filem tersebut dan tiada masalah untuk mereka berlakon bersama-sama.


"Hubungan kami sebagai kawan masih baik, tetapi bila sampai soal komitmen, kami tidak boleh bernegosiasi lagi dan terpaksa berpecah. Tiada kes siapa singkir siapa," kata Jep lagi.
Bercerita tentang album sulung mereka terbitan MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records yang dijangka dirilis Disember tahun hadapan, album bergenre Pop dan Rock menyaksikan himpunan karya lagu nukilan komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, Azmerr, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri selain menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama Mila dan Mawi.

Sumber : Yahoo!

P/S : Dengar nama kumpulan pun dah lawak Sepahtu . jangan jadi sepatu sudah baru-baru disayang.  Dah lama-lama haus sana, haus sini, koyak sana koyak sini.  Pastu sepatu dicampak ke sungai kena makan buaya.  Nama hanya tinggal nama sepatu burukku.   Harap-harap kumpulan sepahtu ini akan lawak selama-lamanya dan jangan pecah belah lago.  kalau ajak Mawi join pun ok.  Sebab Mawi pun boleh tahan lawaknya...

Menarik tentang Burg Landskorn / Castle Landskorn (Austria)



Burg Landskorn siang hari




Sepanjang saya berada di Villach, Austria , mata saya akan tertumpu di atas satu bukit.  Di atas bukit tersebut ada satu binaan.  Binaan tersebut cukup klasik kerana terletak betul-betul di puncak bukit.  Walau sejauh mana pun saya berada di bawah saya tetap akan nampak bangunan tersebut samada semakin kecil atau besar bergantung pada jarak saya dengan bukit tersebut.  Bangunan tersebut saya hanya mengagak mungkin Kota lama.






Burg Landskorn waktu malam



Pada malam perjalanan saya pulang daei Munich, German diatas Autobahn ( lebuhraya) , saya nampak lagi bangunan tersebut.  Pada waktu malam bangunan tersebut cukup indah.  Bangunan tersebut dilimpahi dengan sorotan lampu.  Kemas-emasan warnanya.  Sangat cantik.  Di dalam hati saya sangat berharap dapat pergi ke tempat tersebut.

Sukanya Hari Ahad suami ajak berjalan.  Dia mengajak saya ke tasik  Osiachersee.  Dalam perjalanan menuju ke tasik dengan menaiki kereta saya terpandang lagi bangunan tersebut yang saya kira sebuah Kota lama.  Kali ini saya semakin hampir dengan bangunan tersebut.  Semakin lama semakin dekat dan akhirnya bangunan tersebut seolah-olah betul-betul di atas  kepala saya.   Tetapi saya tidak terus ke situ , saya berjalan-jalan melihat permandangan sebuah kampung dan ke Osiachersee.

Pada jam 4.30 petang ketika mahu pulang, saya terpandang satu papan tanda yang bertulis "Burg Landskorn" yang terdapat gambar Kota lama dan burung helang.  Kami pun terus mengikut papan tanda.  Mendaki bukit yang mencanak.   Tapi kereta lah yang daki bukan jalan kaki hehehehe.   Akhirnya sampai ke tempat yang 2 minggu saya nampak dari jauh.  Burg Landskorn merupakan Top 10 tempat yang istimewa di Karnten.  Burg Landskorn merupakan Top 3 dari Top 10.  Sampai di Burg Landskorn pukul 5 petang dan bakal ditutup pukul 6.00 petang.  Keadaannya sunyi sebab pengunjung dah mula turun ke bawah.

Restoran di Burg Landskorn



Sedikit info tentang Burg Landskorn/ Castle Landskorn :  Sejarah 

                       Old swords, inscription-stones and hill-graves proove that Landskron was already
                       settled in the 9th Century bef.Chr. An amount of these founds are imured in
                       the "Kronensaal" today. A document of King Karlmann from the year 878 reports 
                       that the possession was given to the monastery Altoetting in Bayern. 1028 Count Ozzi 
                       appears as new Lord, then the counts from Sternberg came,who built a Castle. 1330 
                       the castle was sold to the Counts of Ortenburg.   Info diceduk dari History Burg Landskorn



Aktiviti yang disediakan :  info dari Event Burg Landkorn


SWINGTIME-LUNCH

Each sunday on 24th of July, 7th and 21st of August 2011 at noon on our panorma terrace with live music from the 'Drauriver-Swing-Band'.

The price for the 3-course menu amounts to EUR 23,50

The Swingtime-Lunch takes only place while fair weather on our panorma terrasse. 

EAGLE-FLIGHT-SHOW
Performance-Times:
May/June/Sept/Oct: every day at 11.00 a.m and 2.30 p.m.
July/August: every day at 11.00 a.m, 2.30 p.m. and 5.30 p.m.

AFFENBERG - 'MONKEY MOUNTAIN'
Opened:
Open from the 1st of April till the 31st of Oktober
Every day from 9.30 a.m. till 5.30 p.m.
From the 30th of Oktober till the 31st of March the "Monkey-Mountain" is closed. 


Restoran
Selain itu ada juga Burg Landskorn dijadikan tempat perkahwinan, "Landskorn Table round" makan sambil pakai baju ala-ala raja mesti berkumpulan 20 orang dan lebih, "gourmet candle light dinner.   Permandangan Bur Landskorn memang cantik.
Pekerja restoran



Burg Landskorn/Castle Landskorn memang terkenal dengan pertunjukan burung helang yang dihasilkan dari program pembiakan dan bukan diburu.  Antara jenis burung yang ada golden eagle, Imperial eagle, towny eagle, Peregrine falcon, saker falcon, common raven, red kite, griffon vulture, black kite, laggar falcon, eagle owl, black eagle, bearded vulture, merlin, egyptian vulture, common kestrel, gyrfalcon, grey sea eagle, stellers sea eagle, bald eagle, serpent eagle, snow owl, europ black vulture, barn owl dan goshawk.  Untuk menyaksikan persembahan "Eagle Show"  bayaran sebanyak 10 Euro untuk dewasa dan 5 Euro untuk kanak-kanak.

Golden Eagle


Di Villach, kebanyakan kedai atau tempat-tempat tumpuan ditutup pada hari Ahad. Kenapa? Saya pun tak tahu kenapa.  Tak dapatlah tengok pertunjukan helang, nak makan pun komfim tak halal.  So, tengok permandangan dari atas bukit dan sesi tangkap gambar aje.  Buat kenang-kenangan.  Mana tau ni kali pertama dan terakhir jejakkan kaki di Austria.  Sila layan gambar nya sekurang-kurangnya anda yang membaca dapat merasai kecantikan Burg Landskorn dan tambah lagi 1 ilmu buat saya dan diri kawan-kawan.


Bunga yang harum subur mewangi......mmmmmmmmmmm harum
Cantik !

Permandangan dari atas (Burg Landskorn)



Gembira dapat sampai di puncak bukit
Burg Landskorn
Alps

Pintu masuk....   My husband dan kawannya




Di depan restoran

Burung dalam sangkar

Tak dapat masuk dalam......   persembahan helang :'(
Aduh takut jatuh, licin

Gambar jangan tak gambar... Kenangan manis ni


Batu tanda

Permandangan dari atas, cantik kan?

Kayu api

Tak tau nama tempat ni apa, tembok kot

Top 10 tempat tercantik di Karnten.  Burg Landskorn duduk tempat ke 3

Di celah-celah batu

Pintu pengawal

Sunyi



BL


Pengawal pintu

Yahoo!

Kenangan manis




Security guard :-)
Berenti kejap , pintu kereta tak ketat

Permandangan dari atas



Sangat teruja ! sangat cantik ! sangat lawa ! sangat bahagia ! sangat manis !  sangat rare ! sangat happy ! sangat dan sangat ......

Kalau ada kawan-kawan yang bakal ke Burg Landskorn, harap infomasi ini dapat membantu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...