Sunday, July 29, 2012

(2012) Duit Raya Peneroka FELDA RM400




SIK 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, pemberian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda sebagaimana kaedah yang sama pada 2011.


"Seramai 103,597 orang atau 91.9 peratus peneroka Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM41.1 juta.
"Seramai 9,038 orang pula atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta," katanya ketika berucap pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda 2012 di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, di sini hari ini.


Menurut Najib, pemberian duit raya kepada peneroka telah dilaksanakan sejak 2003 dan bayaran pada tahun ini bertambah sebanyak RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak RM42.6 juta.
Katanya, pemberian duit raya itu diharap dapat meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Tambah beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda di seluruh negara.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan program kerohanian kepada semua masjid di tanah rancangan Felda iaitu bagi program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000, sagu hati kepada jawatankuasa masjid (RM792,000) dan program Ihya Ramadan Kawasan Parlimen Felda (RM540,000).
Selain itu, Najib turut memberi duit raya kepada wilayah Alor Setar berjumlah RM1.58 juta dan durian runtuh kepada penerokawati wilayah tersebut sebanyak RM20.2 juta.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 25, 2012

( BERITA SAHIH 2012) Yahoo! Bonus Kakitangan Awam setengah bulan gaji


KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi

Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menghargai usaha dan keprihatinan Perdana Menteri yang telah mengumumkan bonus dan bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam menghadapi musim perayaan akan datang.
"Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman tersebut dan berharap setiap penerima menggunakan wang berkenaan secara bijak.
"Pemberian bonus ini menjadi suntikan semangat kepada setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan lebih komited manakala bagi pesara pula terus menyokong program pembangunan negara,'' katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA


Sumber : Utusan Malaysia

P/S : Alhamdulillah , tak sabar nak isi angpao dengan duit Ringgit Malaysia Edisi baru hehehe

Friday, July 13, 2012

3 tahun yang lampau



Tajuk entri kali ni agak macam nostalgia je kan? memang lah nostalgia bila sesuatu yang hanya tinggal kenangan dan sejarah. Sejarah tak akan lupus tapi akan kekal selamanya. Kenangan bukan untuk diratapi tapi hanya untuk dikenang.

Bila tengok angka 3 tahun yang lampau, kejadian tu berakhir pada tahun 2009. Selepas 2009 dah tak cuba cuba lakukan perkara ni. Ingatkan bila dah tamat 2009, takkan buat lagi kerja macam ni. Memang dah tak nak sangat. Org Johor kata muak dah. Orang Penang kata cemuih lah. Tapi kita merancang dan buat peraturan untuk diri sendiri tapi Allah s.w.t yang tentukan. Benda apa yang saya tak mahu buat lagi sejak berakhirnya 2009? Benda / perkara tu adalah naik bas ekspress samada dari Penang ke Johor Bahru atau sebaliknya. 8 jam tuuuu panas pungkoq.

Segalanya bermula apabila dapat sambung study di USM, Penang. Tak sangka dapat belajar sejauh itu. Start dari tahun 2005 bermula segalanya. Tiap-tiap tahun sentiasa berulang alik dari Larkin, Johor ke Sg. Nibong, Penang. Masa tu tak pandai nak naik flight lah. Lagipon ongkos tak berapa nak ada. Sehingga tahun 2009 segalanya telah berakhir naik bas turun bas. Masa tu suka gile!


Gambar diatas dah sangat sinonim dengan naik bas. Bukak sandal, letak kat jaring seat depan. Sebabnya takut tertidor sedar sedar je sandal dah ke mana.


Tak dapat nak elak, jodoh saya dengan orang Pulau Pinang. Tu lah, cakap besar lagi tak mahu duduk kat Penang, tak nak lah datang ke Penang. Cukuplah 4 tahun belajar di Penang. Masa tu tanam azam dalam-dalam, ketat ketat. Nak balik ke Johor, kerja di sana. Akhirnyaaaaaa...... berjodoh dengan orang Penang. Memang saya tak pilih orang Penang untuk jadi suami, tapi Allah dah bagi saya bersyukur. ALHAMDULILLAH. Perjalanan yang berakhir pada tahun 2009 kini bermula kembali.

Perjalanan yang berakhir pada tahun 2009 muncul kembali dan bakal kerap terjadi. Sebab nak ziarah mak ayah, adik beradik, saudara mara di Johor, nak balik raya dan so on :-). Bila lah Malaysia nak buat bullet train macam di German hehehe


Hidup ini adalah perjalanan jangan kita taruh pagar di atasnya.

Life must be go on :-) Hepi hepi aje

P/S : Naik bas gara gara tiket flight sold out!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...