Thursday, April 10, 2014

JEPUN! AKU DATANG : DARI NARITA AIRPORT KE KANDA, TOKYO

Ok entry sebelum ni tentang perjalanan dari Penang - Changi airport - Narita airport.  Entri hari ini kesinambungan dari entri sebelum ini walaupun mrngambil masa juvak nak sambung cerita almaklumlah masa amat mencemburui hehehe (cemburu sangat !)

Selepas saya landing dengan selamat di narita airport dengan penerbangan singapore airlines saya terus ke kanda,tokyo.  Walaupun narita airport terletak di tokyo tapi nak ke hotel kami di kanda,tokyo agak jauh.  Saya dan suami mengambil train "keisei skyliner" untuk ke UENO sebelum sampai di KANDA. Tiket keisei skyliner ialah 2400yen seorang,perjalanan non stop (kira kira Rm75) dan mengambil masa 40  minit Narita ke Ueno.  Ada juga train budget kira-kira 1000yen.

Saya,suami dan kawan jepun Abo-san ke Ueno.  Sepanjang perjalanan saya menikmati keindahan negara Jepun.  Tetnyata sangat indah SubhanAllah indah ciptaan Allah.  Sepanjang perjalanan saya dapat tengok rumah tradisional orang Jepun dan ladang ladang untuk aktiviti pertanian.  Yang pasti segalanya tersusun dan nampak kemas,bersih dan teratur.

Pokok-pokok yang saya lihat sepanjang perjalanan semua tidak berdaun dan nampak macam nak mati ,maklumlah cuaca sejuk dan baru nak masuk musim bunga.  Langit juga berwarna biru. Sungguh indah.

Apabila train tiba di kawasan perumahan moden iaitu aprtment kami dapati sangat tersusun dan bersih persekitaran rumah mereka.  Walaupun ada kain yang disidai di rumah mereka dan boleh dilihat oleh orang awam ,tapi cara mereka menyidai baju sangat kemas macam dalam cerita kartun.

Akhirnya, 40 minit perjalanan kami tiba di Stesen ueno.  Kemudian,kami bertukar train ke Kanda,Tokyo dan mengambil tren "Yamanote line" kira-kira 160yen (lebih kurang RM5).  Perjalanan dalam 10 minit dari Ueno ke Kanda. 

Setibanya ke kanda station kami terus ke APA kanda Hotel iaitu hotel yang kami bakal menginap untuk tempoh 5 hari.   Kami bernasib baik sebab ada Abo-san yang menunjukkan jalan sebab kalau tersilap pintu keluar stesen atau tersilap jalan atau lorong ke hotel tentu kami sesat.  Maklumlah kami tak ada internet untuk guna GPS tunjuk jalan.

Ok,sampai saja di APA Kanda kami check in dan boleh masuk bilik pukul 3 petang.  Tapi masa tu belum pukul 3 petang,jadi kami menambil keputusan untuk ke Akihabara.  Ok....nantikan episod akan datang saya di Jepun....

Sila jamu mata dengan gambar sepanjang perjalanan dari Narita ke Kanda.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...