Thursday, April 10, 2014

JEPUN! AKU DATANG : JALAN-JALAN KE AKIHABARA ELECTRIC CITY

Hai kesinambungan episod ke 3 pada 21 Mac 2014 iaitu hari pertama di Jepun.  Setelah menjalani perjalanan yg agak panjang dari penang 9.15 malam 20 mac sampai di Jepun 6.30 pagi 21 mac.  Setelah sambung lagi perjalanan dari Narita airport ke kanda untuk ke hotel.  Tapi jam belum pukul 3 petang iaitu masa check in hotel (di malaysia 12 tengahari dah boleh check in ).

Sebab belum boleh check in,saya ,suami dan Abo-san (kawan jepun merangkap translator ceeewaaah) terus patah balik ke kanda station untuk menaiki tren "yamanote line" untuk  ke Akihabara yang mendapat jolokan electric city. Tiket tren dalan 160yen iaitu tiket paling murah (dlam RM5). 

Ok,Abo-san menunjukkan kami cara-cara beli tiket tren (ala-ala LRT kat malaysia) tapi nasib baik lah mesin utk beli tiket ada pilihan bahasa inggeris/ english language.  Kalau nak harap tulisan semua bahasa Jepun memang tak faham lah.

Selesai membeli kami terus ke Akihabara dengan menaiki yamanote line.  Nak naik tren pun hati-hati jugak sebab takut ternaik tangga yg salah nanti tak pasal pasal naik tren lain. Nasihat saya tengok lah peta laluan kat setiap tangga nak ke tren dan pastikan betul-betul tren apa yang kita nak naik.  Pilihan saya sepanjang di Tokyo tentulah Yamanote line.

Sampai di Akihabara saya sangat teruja sebab ia mendapat jolokan "electric city".  Di sini sangat banyak menjual barangan elektrik apa sahaja barang pun yang nama nya guna elektrik.  Sampai pemicit jerawat pun pakai elektrik (yang ni of coz lah saya beli hahaha).  Pelentik bulu mata pun ada hehe ok tu tak penting.

Lagi satu saya pun tak faham lah keterbukaan orang Jepun dalam menjual alat seks guna elektrik dan macam-macam lagi barang menjurus ke arah tu.  Saya masuk juga kedai tu alang-alang dah ke sana.  Siap di letakkan TV dan di pasang video pornografi sambil jalan dalam kedai tu sambil dengar video tersebut mengeluarkan bunyi.  Mak aihhh malu jangan cakap Malu sangat muka saya masuk kedai tu.  Yang peliknya macam mana pekerja kedai tu menahan malu hari hari nak menghadap customer dan alat alat yang sebegitu.  Tak sampai 5 minit masuk kedai tu saya pun keluar hehehe. Yang paling rugi tak boleh ambil gambar dalam kedai 4 tingkat ni yang hanya jual barang tutttt tutttt.

Lagi satu promoter kedai akan berdiri di jalan sambil bagi risalah barangan kedai mereka.  Yang paling menarik cara mereka menarik perhatian pelanggan iaitu dengan pakai costume macam kartun , suara yang manja sambil melambai lambai ,buat buat muka comel....seronok mereka tak henti henti memujuk pelanggan ke kedai mereka.

Di sini juga boleh lah mendapatkan souvenir di kedai Duty free banyak pilihan tapi harganya sama je dengan kebanyakan tempat.

Di Akihabara juga ada dijual makanan halal iaitu doner kebab turkey.  Perut dah lapar apa lagi pergi lah makan...lega sangat sangat. 

Ok sampai sini saja ,nantikan episod akan datang .  sila jamu mata dengan gambar yang disediakan .... See you

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...