Wednesday, July 20, 2011

PERGI CEK KAD PENGENALAN ANDA SEKARANG !!!

 

Kad Pengenalan Warganegara Malaysia
Aku !!!  aku salah seorang yang ambil mudah pasal kad pengenalan.  Memanglah kad pengenalan ni letaknya kat dompet ... letak kat dompet bertindih-tindih ngan kad ATM , lesen, member card mana-mana kedai, kad JUSCO, Bonus link, kad mesra, kad smile macam-macam lagi lah ... senang kata tak cara lah dengan kad pengenalan....pulak tu tak pernah kena tahan dengan polis jadi memang tak tahu lah kewujudan kad pengenalan dalam wallet . Pada aku asalkan wallet aku ada, ada lah kad pengenalan aku tu......

Nak dijadikan cerita , pada suatu hari dompet aku hilang.  Cari punya cari dekat 2 jam tak jumpa-jumpa. Cari belakang katil, bawah katil, dalam gerobok, celah-celah baju, dalam laci, bawah laci, belakang pintu, dalam kocek suar jeans, dalam handbag, dalam bilik mak, depan umah, dalam kereta, dalam dashboard kereta , dalam tong sampah, bawah sinki, atas almari  punnnnnnnnnn tak ada.......  haihhh risau gila , dalam wallet ada RM200, termasuk duit koleksi  dua ringgit lama, lima ringgit lama, seringgit lama dan duit lima ploh ringgit edisi  lima ploh tahun merdeka , kad ATM bank rakyat, bank islam, GIRO, CIMB, Maybank, Agrobank , kad pengenalan, lesen memandu kelas B2, D..semua hilang.

Aku pun ambil keputusan pergi ke Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi, Johor........buat report sebab nak permudahkan kerja nak buat MY KAD baru , lessen, kad ATM penting semua tu..... dengan tak berfikir panjang berbekalkan duit RM50 aku pergilah ke Bandar kota tinggi (Bandar  ke???) kira-kira 30km dari rumah aku sebab nak buat laporan polis dengan harapan memudahkan segala urusan buat MY KAD dan lesen dan yang paling penting  tak kena bayar denda.....

Sampai je balai polis buat report ..pung pang pung pang aku cerita polis pun taip laporan aku.... dah settle dia tunjuk kat computer dia apa yang dia paham dari cerita aku.... aku baca laporan sepintas lalu dan aku cakap ‘OK!”   ..... so dia print dan dia cakap dengan aku kalau nak salinan kena bayar rm2.00 sebab lepas ni banyak lagi urusan so, aku pun nak salinan.....bayar lah rm2.00 pakai duit rm50.00 .  Sebab dia tak ada duit balik rm48.00 dia cakap “halal je lah cik” ....”terima kasih banyak-banyak, encik” kata aku.

Jam dah pukul 11.00 pagi. Aku pun terus pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  sebelah tokong . Pejabat JPN yang kecil yang amat. Aku nak ambil nombor tapi orang dah macam ulat tahi, kaunter yang buka ada 4 kaunter , tempat sempit hanya ada 2 baris kerusi yang disediakan. Ramai nya orang berdiri sampai ke tangga-tangga, koridor dengan pintu masuk..... Tak sesuai langsung tempat JPN ni patut kena tukar tempat yang lebih besar bagi pelanggan selesa.  Bak kata slogan “pelanggan keutamaan kami”.  Tak jadi aku nak buat My kad hari ni. Esok jelah.....

Keesokan harinya aku pun pergilah JPN, kota tinggi jam 8.25 pagi aku sampai.  Aku tengok orang Masyallah !! ramainya.....aku terus masuk dalam JPN , “awal pulak kaunter ni bukak”, aku cakap dalam hati je.....  aku tekan butang “A” kat mesin nombor giliran ....’...kreeekkkkkkkkkk’ , keluar sekeping kertas tertera angka   “1035” ...nombor giliran sekarang  “1003” ...mak aihhhhhh  ada lagi 32 orang sebelum aku....agaknya diorang ni tunggu depan pejabat JPN pukul 6.00 pagi kot... 

Nak duduk tak ada tempat aku berdiri je bersandar kat dinding... makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik-adik, wanita dukung bayi kecil semua berdiri.  Ramai betul orang ....entah dari mana je diorang ni . Nak kata warga asing , tapi semua tu orang Malaysia lah.....

Jam dah pukul 9.00 pagi , nombor sekarang “1005”.....PENANTIAN SATU PENYIKSAAN !!!   sambil menunggu tu aku berbual dengan makcik-makcik, pakcik-pakcik, semua merungut dengan sebab sediakan tempat yang sempit , kerusi tak mencukupi , tempat tak selesa.   Selagi orang yang berbual dengan aku, aku tanya pandangan mereka tentang pejabat yang tak berapa besar .  Setelah dihitung, dicongak 99.9% dari orang yang aku interview semua merungut tempat tak selesa, ruang menunggu tak selesa, kerusi tak cukup dan............. tak nak cakap lah.  Hehehehe

Terjumpalah seorang kakak ni dari Bandar Tenggara.  Dia cakap dengan aku kad pengenalan suami dia dulu pernah hilang.  Hilang kali pertama kena denda RM110 sebab kecurian dan dia tak pergi report polis.  Kenalah dia bayar RM110. 
Aku pun lebih kurang kes dengan suami kakak tadi.  Duit yang aku bawak hari ni Cuma RM50. Nak balik rumah pinjam duit mak, almaklumlah perjalanan 30km.  Penat dah keluar pagi-pagi ambil nombor giliran, menunggu lagi dan tiba-tiba nak balik???  Oh tidak laaaaaaa..... Tapi mana aku nak tambah duit RM50 jadi RM110 ni? Kurang 60 ringgit ni....
Nasib baik aku bawak buku Bank Rakyat , aku terus ke Bank Rakyat yang tak jauh dari JPN.  Aku ambil nombor giliran dan tiba lah angka giliran aku.  Sampai di kaunter aku serahkan buku dan’
“Ye, cik”
“Saya nak keluarkan duit melalui buku Bank tapi saya tak bawak IC sebab hilang atau boleh tak saya buat kad ATM baru ?”
“Oh, maaf cik pengeluaran wang melalui buku kena ada IC sekali dan nak buat kad ATM kena ada IC lah , salinan pun taka pa tapi kena bawak 2 dokumen lain samada lesen, paspot, atau surat beranak, maaf ye cik”
“Oh !! tak boleh ke? Tapi guna cop jari boleh kan? Tolong lah saya, saya nak keluarkan duit sebab nak buat kad pengenalan lah ni. Kebetulan duit  tak cukup.... Kalau tak boleh keluar duit macamana saya nak buat IC sementara dan  kad ATM....... Tolonglaaaaaa,” aku merayu.
Huih kusut kepala aku dah ni.  Dah lah nak cukupkan duit lagi RM60 nak bayar denda.  Tapi pihak bank lagi nak minta IC.   Adussss..... semua kad ATM dah lah hilang semuanya bersama-sama beg aku.   Mana nak dapat buat IC kalau duit denda pun tak ada nak buat IC.......

Pening!!  Pening!!  Aku bernekad pergi ke YAPIEM (Pajak Gadai Islam) .  Duit dalam poket memang lah tak ada tapi badan aku ada lagi barang kemas yang dipakai kalau gadai pun dapat jugak beribu-ribu.  Masuk je kat Yapiem terus aku pergi kaunter.

Aku bertanya, “Cik, boleh tak saya nak gadaikan cincin saya, tapi saya tak ada IC sebab  hilang dengan dompet-dompet sekali hilang , tak ada apa bukti pengenalan diri  yang boleh saya tunjukkan”.
“Maaf cik, kami di YAPIEM hanya terima barang gadaian yang disertakan dengan IC, Maaf kami tak boleh terima kalau cik tak ada IC”.
“Saya nak gadai cincin saya ni sebab saya nak buat IC lah, rumah saya jauh dan saya ingat tak kena denda tapi kena jugak RM110.  Nombor giliran dah ambil dah lama tunggu.  Kalau saya tak dapat buat IC sementara macamana saya nak settle kan kad ATM, lesen saya tu.... tolong la cik”.
“Macamana ek....... tak boleh lah cik, maaf ye saya tak boleh bantu”
Perrrgghhhhhh bengang je aku dengan awek tu.  Dah macam pengemis pun ada merayu-rayu nak kan duit.  Aku bukan tak ada duit tapi dompet yang hilang. ATM semua kat dalam dompet.  Buku bank ada pun tak guna sebab duit tak boleh keluarkan sebab IC tak ada.......... yang aku boleh buat sekarang aku REDHA.

Dengan hati yang sedih  terus masuk dalam kereta memandu laju pergi JPN.  Aku tunggu dan terus menunggu  bagai menanti tiang elektrik mengeluarkan buah.  Aku sangat-sangat berharap cerita yang keluar dari mulut kakak Bandar Tenggara tu hanya cerita dongeng semata-mata.   Sebab aku tak cukup duit kalau kena denda  110ringgit.  Aku harap denda mendenda ni tak kena dekat batang hidung aku sendiri.
OK!!  Waktu yang dinanti telah pun tiba “satu kosong tiga lima kaunter  empat “  (kaunter 4 kot kalau tak silap aku pun lupa-lupa ingat) .
“Ye cik, kenapa?”
“Kad pengenalan hilang , ni laporan polisnya”
“Dekat laporan ni tak ada pun tulis kes kecurian, samun  yang dia tulis dekat sini “kehilangan beg duit” jadi sebab ini kes IC hilang cik kena denda RM110”
“Ye ke? Tapi itu kan laporan polis tak kan denda saya tak boleh kurang.... tolonglah encik kalau denda 110 ringgit sekarang saya memang tak ada tunai yang ada 50 ringgit je....Nak keluarkan duit dekat bank ,kad ATM pun semua hilang.  Nak keluarkan pakai buku bank IC tak ada.   Tolonglah encik tadi saya siap pergi YAPIEM sebab saya nak gadaikan cincin saya.  Tapi pihak YAPIEM tak sudi ambil cincin saya bukan sebab cincin palsu sebab saya tak ada kad pengenalan diri dan mereka tak sudi terima cincin saya encik”, aku merayu dan sebak memang nak nangis tapi air mata tak nak keluar sebab orang terlampau ramai dalam pejabat JPN yang sempit.  Kalau nangis pun bukan beg duit aku kembali kepada aku pun. 
Sumpah !!! hari tu aku rasa aku macam pengemis  dan terasa azab siksa hanya kerana tiada kad pengenalan walau duit kita berjuta dalam bank walau emas dipakai melayut-layut , hanya kerana tiada IC satu benda pun tak menjadi.
“Betul cik, cik cakap tadi semuanya betul...tapi kalau hasil saya tak terima 110 ringgit sistem tetap tak nak sahkan tetap tak  berjaya juga.  Nah !  cik tengok sendiri komputer saya , dekat sini cik kena denda 110ringgit sebab IC hilang sebab saya ikut pada laporan polis cik yang tidak menatakan cik kena ragut, samun, curi jadi laporan yang ditulis “hilang”.   Komputer yang keluarkan denda 110ringgit.  Saya tak boleh buat apa-apa sebab saya tak terima hasil 110ringgit tu”.

“Ok, tapi encik, encik kan boleh klik dekat tanda “bayar” tu kan.  Jadi encik klik je lah sebagai tanda encik dah terima bayaran.... saya bagi encik 50ringgit ni lagi 60ringgit pinjam duit encik dulu lah”

“Amboi”, kata Encik yang bertugas tu.

“Bolehlah encik”, aku merayu dengan nada yang cukup sebak terasa macamana orang yang kesempitan wang dan inginkan sesuatu yang sangat diperlukan.
Petugas tu terdiam.......tapi muka dia memang malas nak layan aku pun.
Aku sambung lagi....

“Boleh ye encik, apa cara sekalipun saya sanggup.  Ataupun saya tinggalkan cincin saya kat sini kalau encik tak percaya saya akan bayar lagi baki 60ringgit tu lepas saya dapat je IC sementara saya ni, saya terus ke Bank Rakyat untuk buat kad ATM baru dan saya akan datang sini dengan kadar segera untuk selesaikan baki 60ringgit tu.  Dan yang penting encik ambil dulu 50ringgit saya,  toloooooonglah encik”, aku merayu-rayu bagai seorang pengemis.
“mmmmmmmmmmmmmm” petugas tu mengeluh.
“Ok, duduk lah sana ....ambil gambar,  haaaa kepala tegak sikit, kanan, kanan sikit....sikit....sikit je......ok tahan.... tahan..... ok, selesai “,  arah petugas JPN (tak ingatlah nama dia siapa).

Memang bagus petugas tu umur lebih kurang lewat 40 an  dan seorang lelaki.  Aku sangat-sangat bersyukur dia baik hati.  Mesti dia tengok aku kelam kabut , muka yang dah berpeluh-peluh sedih suara sebak-sebak .  Memang aku rasa sangat teruji pada hari tersebut.   

Dalam 7 minit petugas tu pun bagi IC sementara dan terasa macam bukan warganegara pulak.  Besar semacam je IC sementara  ni. 
“Terima kasih encik, terima kasih banyak-banyak.
“Ok , saya nak awak bayar hari ni juga !!”
“Ok, Ok saya janji........”
Aku terus pergi Bank Rakyat uruskan segala hal kad ATM dah selesai keluarkan duit dan pandu kereta pergi JPN nak bayar baki denda lagi 60 ringgit tu.
Jam menunjukkan 1.30 petang.  Pejabat JPN dah tutup , waktu rehat rupanya .  Aku nak serahkan duit dekat petugas kaunter 4 tu tapi dia dah rehat .  Jadi aku serahkan pada petugas lain.
.........................................................................................................................................................
Selesai sudah masalah dan 2 minggu lepas kejadian ni aku dapat kad pengenalan yang tidak ternilai harganya.  Itulah harga sebuah kad pengenalan.

BENDA BARU YANG AKU BARU TAHU DARI KEJADIAN SADIS ni:
1.       Kalau buat report dibalai polis kena jelas cakap dompet di “CURI”, di “ROMPAK”, di “SAMUN”, di “RAGUT” .Jangan cakap hilang.  Nanti laporan akan di taip ‘HILANG’ dalam simpanan.
2.       Dah kalau laporan ‘HILANG’ maka kena denda buat IC RM110.00.  Kalau kecurian kena denda separuh harga (macam SALE pulak , less 50%)
3.       Kalau tak ada IC, tak boleh keluarkan wang simpanan melalui buku akaun simpanan dan tak boleh buat kad bank baru
4.       Kalau ada IC sementara pun tetap tak boleh buat kad bank baru (Bank rakyat je boleh)  kalau nak buat juga kena bawa lagi 2 dokumen sokongan (surat beranak, lesen atau passport)
5.       Nak buat lesen pun kena denda juga dan bawa IC sementara dab 2 dokumen sampingan lain.
6.       Ar-Rahnu pun tak terima barang kemas kalau penggadai tiada IC.  Barang banyak pun tak ada IC tetap tak laku

16 comments:

  1. cuba ko kira berapa kerugian akibat kehilangan beg dompet tu.hahahhaa

    ReplyDelete
  2. kira2 dua juta hengget la kerugian yang ditanggung hahahahahah .. suka ko eh

    ReplyDelete
  3. information yg sgt berguna... baru jer hilang ic..

    ReplyDelete
  4. yup sama2..... memang kalau jadi benda yang malang kat kita, kita dapat solve, so kongsi kanlah mesti ada orang yang de masalah sama macam kita ....Pengalaman selalu menjadi guru

    ReplyDelete
  5. aku nl tido... ngantuk sesangat..penat siang tadi bnyk keja.... baca ko punya citer ilang lak ngantuk.....chissss bedebah! kau ganggu idup akuuuu.


    x leh tido la pulok!

    ReplyDelete
  6. bgs lha hehehhehehe tpi nie macam skrip sua hahahah

    ReplyDelete
  7. Kes saya terbalik pulak...nak buat pasport baru..kena buat ic baru sebab ic lama. Ok lea..pg buat ic. Siap dan dapat resit bayaran dulu.
    2 minggu baru boleh ambil ic baru.
    Kemudian semlm semasa buat urusan kwsp, pegawai tu tanya ic. Check dalam dompet ic lama tak ada. Ahhh. Kalut dah..balik rumah cari tak jumpa...
    Hari ini pg jpn bawa resit ic dgn standby pasport sekali. Bila pegawai jpn minta ic lama, dgn selamba jea bagitau" bukan kea dulu jpn simpan ic lama saya. Jabatan kami tak simpan. Selalunya memang dibri pada owner ic. Hai. Dalam hati nampaknya kena buat report polis ni.
    Tapi sebab ada bukti tunjuk pasport pun buat pada hari yang sama, so dia bagi juga ic baru.
    Yes...dapat pun ic baru. Tapi dalam pada tu dia bagitau ic lama kalau orang pandai dia boleh manipulate ic tersebut.
    Alamak. Balik rumah cerita dgn orang rumah, apa lagi...kena tiauuuu lea pasal ic lama...nanti org merompak lea...bank.lea..ah long lea...ahhhsemak2....esok nampaknya kena buat report polis pulak....ha.ha.ha....
    Rasanya tak kena denda kot......

    ReplyDelete
  8. Sebulan dua selepas tu.. jumpa wallet tu kat kawasan berdekatan umah...(saya agak jer) rasa nak menjerit!!!!! saya pernah kena..

    ReplyDelete
  9. KIra macam sama dengan kes saya.. saya hilang Samsung Galaxy Note 2 BARU2 ni kat dalamm wayang sebab ada orang curi.. mmg sial lah spe yg curik.. tu laaa, sebelum klua rumah kene alert bnde3 cmni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sebab kau cuai kan anna, lain kali masuk panggung wayang hati2 sikit,jangan leka sangat ternganga tengok filem

      Delete
  10. hi sy pun hilang ic.. merata2 cari tetiba balik dr college kawan terjumpa dompet dekat rak kasut(bkn sy punya) ntahla.. penat nk fikir dah.. y pentng dah jumpa balik..

    harini pun dah pergi buat kad matrix baru dah kena denda 20 hinggit.. kalau kita jumpa balik ic, lesen and kad2 bank.. kita boleh guna semua ic tu mcm biasa or kena pergi batal report?

    harap sgt response.. email dekat (superRevaluasi@gmail.com)

    ReplyDelete
  11. Sy kena mcam awak jugak.sy takut nak tipu ripot jadi sy jujur.pasripot g jpn,selaki tanya denda dua rm210,tanya balik kerani t,dia cakap dah dua kali penah hilang,sy cakap balik dulu mykad sy hlang disebabkan dicuri dan sekarang hilang tercicir,dulu sy dah bayar cas buat maykad,kenape sy kena bayar dua kali cas?sy ngah susah semua kad hilang,mcam ni jpn buat rakyat malaysia..hari kemudian sy g buat kad bsn,free je xpayah tunjuk ripot lagi.sy puji bsn sbb faham sy tngah susah..kerajaan memang kejam.hari t sy pangkah bn,akan datang tukar la..ada kerajaan klau kite tngah susah dia tindas lebih baik tukar.

    ReplyDelete
  12. kalau dah hilang, mana boleh buat report kat polis kata kena curi atau dirompak nanti tak pasal2 kena saman/ditahan polis sebab beri maklumat salah dan reka2 cerita.

    ReplyDelete
  13. haha.. ni nasib baik hilang kad pengenalan.. cuba bayangkan nasib orang2 yang tiada kad pengenalan walaupun mereka lahir di negara ni.. hehe.. jangan tak tau.. sebab benda ni betul2 wujud.. tidak mampu menyambung pelajaran dan tidak boleh bekerja di negara sendiri.. seperti manusia buangan di negara sendiri.. dalam masa yang sama bangsa cina yang tidak reti menggunakan bahasa kebangsaan dengan mudah memiliki kad pengenalan... sistem manusia yang tolol..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...