Thursday, January 26, 2012

Siapa Yang Layak Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) ?

Brosur SARA 1Malaysia
Petang tadi pergi CIMB Bank, Kota Tinggi ternampak 1 brosur yang menarik perhatian.  Sebenarnya dah lama aku cari maklumat tentang SARA 1Malaysia ni.  Alhamdulillah, terjumpa juga brosur yang sangat berguna.  Sebenarnya aku adalah salah seorang dari berjuta rakyat Malaysia yang berminat dan berharap dapat sertai SARA 1Malaysia ini.  

Bagi yang tidak tahu, ini sedikit maklumat untuk anda :

Apa itu SARA 1Malaysia ?
-merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Apakah tujuan SARA 1Malaysia?
-Untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur disamping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Apakah keistimewaannya?
-rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),
dan akan menerima bayaran insentif yang menarik keatas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

(Kalau tak memohon pinjaman dan ada cash RM5,000, pulangan yang diterima setiap bulan RM1++ , kalau tak silap sebab pernah dengar dalam Televisyen)

Siapa yang layak memohon ?
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun (yang Bangla, Indon, Pakistan etc, jangan nak cuba-cuba mohon eh!)
  2. Jumlah pendapatan isi rumah pemohon  antara RM500-RM3,000
  3. Tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh ASNB, PPRT, ASB Sejahtera, ASW 2020-Bandar
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di ASNB, kalau ada pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  6. Hanya salah seorang isi rumah layak dapat pembiayaan pinjaman
  7. kelulusan tertakluk pada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan
 Dokumen-dokumen yang perlu disediakan :
  1. Kad pengenalan pemohon -2 salinan
  2. kad pengenalan pasangan (jika berkenaan)-1 salinan
  3. Dokumen Pengesahan pendapatan:
             -Penyata gaji 3 bulan terkini atau penyata bank 3 bulan terkini pemohon dan/atau pasangan
             -sekiranya tiada Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan dalam BPPSARA1M


P/S : Seriously saya sangat berminat dengan SARA 1Malaysia ni.  Tapi had limit pelaburan hanya RM5,000 dan bolehlah simpan buat dalam 5 tahun pejam celik pejam dah dapat pulangan.  Tapi saya rasa saya tak layak memohon .  Hurrmmmm  sedih :-(

Permainan 'Aku Jimat' diilham dari isteri Perdana Menteri ke-6 ?

Sekarang gelombang Apple.  Dari ipad, iphone dan ipod.  Dah alang-alang ada alat elektronik canggih ni dan kaki 'game' pulak mesti nak try semua game yang diperkenalkan.  Mula lah pantang ada game terbaru mesti nak 'download'.  Baik permainan kena bayar atau 'free' mesti nak try. 

Pernahkah anda bermain permainan "Aku Jimat"?.  Aku tak pernah main pulak.  Tapi dikatakan permainan ini dikatakan mirip isteri Perdana Menteri ke-6 iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.  Tapi apa lah salah dia kan sampai permainan pun direka bersumber inspirasikan dari Datin Seri Rosmah Mansor.   Yang penting aku tak tahu apa motif sebenar permainan ini diwujudkan.  Berfikiran elok aja mungkin nak mendidik orang yang tak pandai menabung supaya menabung.

Datin Seri Rosmah Mansor (Sumber: Google)


Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Permainan "Aku Jimat"


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).


Barang-barang yang boleh dibeli seperti beg tangan , cincin berlian, rumah, kereta

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.


P/S : dan khabarnya permainan ini sudah dibuang  dari   iTunes App Store Apple. So, nampak nya aku ketinggalan zaman sedikit sebab tak sempat nak main 'game' ni.

Sumber: Malaysiakini

Thursday, January 19, 2012

Abby Abadi Disihir ?

Sumber : Facebook Real Abby Abadi


Sejak akhir-akhir banyak sangat pendedahan artis-artis mengenai kisah mereka disihir, disantau atau senang kata dikenakan ilmu setan.  Yang pasti ilmu hitam yang dihantar oleh manusia yang busuk hati dan tak boleh tengok orang lain senang.  Baru tadi, belek-belek Harian Metro cerita fasal Awie dan Amy Search terkena buatan orang.  Manusia oh Manusia ! So , jom layan cerita Abby Abadi terkena sihir pulak.

19 Jan – Selepas dua kali membuat pemeriksaan kesihatan di hospital akibat mengalami sakit-sakit di badan, akhirnya pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang cuba menutup periuk nasinya.

Dipetik daripada laman mStar, Abby memberitahu dia mula mengalami gangguan kesihatan yang teruk sejak November tahun lalu lagi ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya ciptaan Edry Abdul Halim berjudul "Aku Tak Mahu".

Kesakitan di perut yang membuatkannya tidak mampu berjalan, sukar tidur dan sering sakit pinggang telah memaksa Abby membuat pemeriksaan di hospital sebanyak dua kali, namun doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

"Selepas gagal mendapat sebarang jawapan di hospital, saya membuat keputusan untuk berubat secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, saya diberitahu telah terkena buatan orang oleh mereka yang iri hati dengan saya.

"Saya tidak menyangka ada orang berniat jahat sedangkan saya sama sekali tidak pernah cuba menyakiti hati orang lain," ujar ibu tunggal beranak tiga ini.

Abby walaubagaimanapun bersyukur kerana penyakit misteri yang dialaminya itu beransur sembuh dan dia masih lagi meneruskan perubatan tradisional itu.

Tidak mahu menuding jari menuduh sesiapa kerana dirinya juga tidak tahu siapa yang memusuhinya sehingga tergamak melakukan perkara jahat sedemikian, Abby hanya mampu berdoa agar pihak yang menganiayanya akan mendapat balasan daripada Allah SWT.

Sumber : Yahoo !

Awas ! Pujian juga membawa Perpisahan




Suami saya suka memuji saya.  Bagaimana suami anda ?  Tapi suami saya tidak pernah dan minta dijauhkan dia memuji saya dengan pujian-pujian di bawah

Suami : Ayang dari arah belakang abang tengok, ayang sama macam mak abang
Suami : Muka ayang kan macam muka adik abang kalau tengok dari tepi
Suami : Mata ayang dengan kening ayang sama macam adik perempuan abang

Situasi di atas dinamakan sebagai zihar.

Maksud zihar : suami yang menziharkan (menyamakan) sebarang juzuk tubuh/anggota badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya (si isteri).

Hukum : berdosa besar & haram.

Jatuh hukum zihar (jatuh talak) apabila : 
1) suami yang sah
2) baligh
3) berakal

Lelaki yang sudah menziharkan isterinya, berdosa besar untuk ber'mesra' dengan isteri nya itu.

Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka mereka perlu membayar kafarah iaitu ;
a) membebaskan seorang hamba.
b) berpuasa 2 bulan non-stop
c) memberi makan kepada 60 orang fakir miskin - 1 orang 1 cupak


P/S : Saya percaya semua isteri diluar sana amat suka jika suami memuji-muji.  Tetapi bukan semua pujian membawa kebahagiaan.  Berhati-hati dengan pujian yang membawa musibah iaitu penceraian.

Wednesday, January 18, 2012

Azwan Ali mohon maaf dan akan tutup Akaun Twitter

Atas :  Azwan Ali (Sumber : Buletin Utama)



Hari ini 18 Januari 2012 Awan Ali telah muncul dalam Buletin Utama TV3 dan berbaik-baik semula dengan  adiknya, Ummi Hafilda.  Azwan juga meminta maaf kepada Tun Mahathir diatas keceluparannya dan menujukan perkatan "orang tua nyanyuk" dan "kepala otak kau" kepada Tun Mahathir. Azwan juga meminta maaf kepada semua yang pernah tersinggung dengan kelancangannya dalam bertwitter.  Dia juga menyedari bahawa Twitter nya telah banyak menimbulkan kontroversi dan rasa kurang senang orang-ramai terhadap kelancangannya berkata-kata.

Di dalam sedutan Buletin Utama, Azwan Ali kelihatan menyesal dan berlinangan air mata di sebalik spek besar lagi vogue miliknya.  Nampak macam dia sungguh kesal dengan tindakannya yang mengugut membunuh dan membakar adiknya dilaman Twitter, Ummi Hafilda dan tentunya menyusahkan dirinya sendiri.  Azwan juga mengatakan dia sedia untuk menutup akaun Twitter nya (Hadoi ! menangis Follower Azwan Ali)

Mengikut pengakuan adiknya, Ummi Hafilda mereka 3 beradik iaitu Azwan Ali, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sudah lama tidak berhubung.  Ummi Hafilda dan Azwan Ali sudah hampir 7 tahun tidak bertegur sapa.  Ummi Hafilda juga menginginkan hubungan mereka adik beradik dengan Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) pulih.


P/S : Walaupun berbeza pandangan politik, harus diingat air dicincang tak akan putus.

Tuesday, January 17, 2012

Boleh Hidap HIV dan AIDS jika Bekam Tak Bersih

Contoh : Berbekam ( Sumber Google)




KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS. 


Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.
Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar. 


“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.
“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 


Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut. 


“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.
Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun. 


“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.


Azwan Ali ditahan Polis ugut Bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda

Azwan Ali  (Sumber:Google)


Setelah digelar bapok tua oleh sebilangan manusia sebab dia mengutuk Tun Mahathir di laman twitter. Kini dia buat perangai lagi dengan post untuk " bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda".  Cakap banyak pun tak guna.  Jom layan sedutan dari akhbar Utusan Malaysia.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri


KUALA LUMPUR 17 Jan.- Polis menahan bekas pengacara televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali, pada Jumaat lalu.
Ummi Hafilda yang membuat laporan polis di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali.  Pihak polis juga turut memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas 2 buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

P/S :  Ingatkan nak buat link di Utusan Malaysia dalam ruangan Dalam Negeri.  Tapi Utusan Online ni tak ada pulak link yang diberi.    Apa-apalah ko Azwan asalkan kau bahagia.







Wikipedia ditutup 24 jam

Logo Wikipedia . Sumber : Google


NEW YORK 17 Jan.-Wikipedia akan menutup laman web versi Bahasa Inggerisnya selama 24 jam hari ini sebagai membantah cadangan pelaksanaan undang-undang anti-cetak oleh Kongres Amerika Syarikat (AS), kata pengasas laman web ensaiklopedia itu, semalam.

Pengasas Wikipedia , Jimmy Wales dalam satu kenyataan berkata, Akta Anti Cetak Secara Dalam Talian merupakan ancaman kepada laman web yang selamat, bebas dan terbuka.

"Jika undang-undang itu diluluskan, ia akan menghalang kebebasan  dan keterbukaan di dalam Internet serta mewujudkan kaedah baru yang menyekat laman web antarabangsa di AS.
"Salah satu perkara yang kita pelajari baru-baru ini ketika berlakunya Arab Spring yang menyaksikan orang ramai menggunakan Internet sebagai alat untuk bersatu dan meluahkan perasaan masing-masing," katanya.

Laman web ini akan ditutup bermula tengahmalam ini 17 Januari (1 pagi waktu Malaysia) -18 Januari sehingga esok (Rabu) dan ini merupakan kali pertama Wikipedia versi Bahasa Inggeris ditutup buat sementara waktu.

Wikipedia juga merupakan satu laman web yang popular dan menarik berjuta-juta pengungjung.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia






Lepas Angry Birds kini Muncul Angry Brides

Permainan Angry Brides ( Pengantin Perempuan Marah )  


Permainan Angry Birds ( Burung Marah)

Petikan dari Berita Harian :

New Delhi : Perasaan marah dengan budaya pemberian hantaran mewah oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki (Dowri) sehingga menimbulkan pelbagai masalah mendorong sebuah laman web mencari jodoh di India menghasilkan permainan video dikenali "Angry Brides", bertujuan mendedahkan keburukan amalan ini.

Sejak dilancarkan minggu lalu lebih 270,000 pengguna internet melayari permainan Angry Brides di laman web www.facebook.com/shaadicom.

Permainan ini menggunakan karikatur seorang wanita yang ada lapan tangan menyerupai seorang agama Hindu.  Kelapan-lapan tangan itu memegang kuali, penyapu, penggiling, selipar dan kasut.Mula permainan perlu memukul 3 karikatur pengantin lelaki, juruterbang, ahli bina badan dan doktor.  

Cuba bayangkan kalau Angry Brides lawan dengan Angry Birds , Siapa yang akan menang ?  Tangan lapan lawan dengan lastik ?


Nampak menarik permainan ni .  Rasa-rasanya dapat tak permainan Angry Brides ni menggantikan kepopularan Angry Birds.  Nama dah lebih kurang sama.  Nak sebut pun silap haribulan ada yang tersalah sebut.  Tapi dalam Bahasa Melayu komfirm tak salah .  Burung marah (Angry Birds)  , Pengantin perempuan marah (Angry Brides)





Monday, January 16, 2012

(Gambar) Umur 26 tahun Muka macam 76 tahun

 Apa sudah jadi ? Dalam masa 5 tahun wajahnya menjadi seperti wanita tua seperti 70-an.  Hal ini disebabkan berpunca daripada alahan makanan laut.  Nguyen Thi Phuongberasal dari Vietnam merupakan seorang yang miskin dan tidak mampu menguibati masalah kulit kedutnya.

Dia memikirkan dia menderita satu tindak balas sangat buruk dua tahun selepas perkahwinannya, dalam 2008, merawat dirinya dengan ubat dari satu farmasi tempatan kerana pasangan itu tidak berkemampuan untuk membuat pemeriksaan di hospital.



“Saya benar-benar rasa gatal di seluruh badan saya. Saya terpaksa menggaru walaupun semasa tidur,” katanya.  “Selepas sebulan mengambil dadah, saya menjadi kurang gatal tetapi bentuk gatal-gatal masih tetap ada di kulit saya.



“Kemudian saya bertukar kepada ubat tradisional dan semua gatal-gatal hilang, bersama dengan kegatalannya. Bagaimanapun , kulit saya bermula untuk melendut dan melipat.”  “Kulit pada muka saya, dada dan perut mempunyai lipatan-lipatan seperti seorang perempuan tua yang telah melahirkan beberapa kali walaupun saya belum pernah ada anak pun,” katanya.




Kiri : Gambar ketika hari perkahwinan  Kanan : Gambar sewaktu berusia 26 tahun





Kini,  dia bahagia dengan perkahwinannya yang dibina pada 2006.  Suaminya masih menyayangi di sepenuh hati.  Disebabkan dia tidak berkemampuan, dia hanya meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak mampu mencari penawar bagi mengatasi masalah kedutan shaggy ini.

(Kisah Masyarakat) Kasihan Cikgu ini nak kena sembelih

Siti Muniroh dan anaknya berusia sembilan bulan

Kerjaya yang baik tidak menjamin sesorang mendapat pasangan atau suami yang baik.  Kasihan cikgu ini mendapat suami penagih dadah dan pernah diugut untuk disembelih !  Suaminya juga panas baran, suka berhalusinasi dan kuat cemburu. 

Petikah Akhbar Berita Harian


Kini, dia sudah nekad lari dari Lahad Datu ke Alor Setar (rumah keluarganya) bersama anak lelaki berusia 9 bulan kerana dah tak sanggup bersuamikan seorang penangih dadah, panas baran dan cemburu.

So kepada sesiapa diluar sana sila periksa bakal suami anda sebaik-baiknya.  Mungkin sebelum kahwin perwatakannya berbeza, tetapi setelah berumahtangga dadah sudah menjadi makanannya.  Cerita cikgu ini boleh diambil contoh :

Petikan akhbar (ambil gambar je panjang tu kalau nak taip)

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk pertukaran malah pegawai tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang enak iaitu "bukan masalah anda saja yang perlu saya selesaikan"
            

Harap-harap perkaran macam ni dijauhkan dari saya dan orang diluar sana. Cerita ini patut dijadikan iktibar kepada wanita, isteri, gadis, tunang, di luar sana ...... Oh takut nye !




(Gambar) Fasha Sandha bertunang ?

 Gempar ! Gambar pertunangan Fasha Sandha dan Jejai ?? Jangan kalut ye pencinta gosip sekalian .....Namun pada hakikaktnya gambar itu bukanlah gambar tunang Fasha, Fasha sudah pon akuinya lagi melalui laman portal yang dipetik dari GUA. Gambar memang sweet dan sebijik majlis pertunangan tapi....




“Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha, ‘Penanggal’. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun, konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar,” ujar Fasha

SARA 1Malaysia, dibuka 30 Januari 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.
    
Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
    
"Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
    
"Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan," katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
    
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
    
Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
   
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
     
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
    
"Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Thursday, January 12, 2012

(Gambar) Fasha Sandha Umur 16 Tahun

Nampak innocent Fasha Sandha umur 16 tahun



Siapa yang suka tengok gambar sendiri, gambar zaman dulu-dulu ? Gambar masa zaman sekolah rendah , sekolah menengah.  Kalau tengok sekali sekala mesti terimbas nostalgia pastu ketawa terbahak-bahak.  Pastu dalam hati cakap "Ya Allah selekehnya aku time ni".   Atau pun malu sendiri sebab pakai pakaian aneh-aneh.  Perasaan kelakar tu sama je macam tengok IC sendiri yang pertama kali buat, masa umur 12 tahun.  Memang kelakar ah.

Kat rumah ada majalah NONA tahun 2000 .  Tak lah lama sangat.  Nak buang majalah yang menimbun koleksi emak, emak tak bagi.  Belek punya belek ternampak gambar 1 wajah yang macam kenal.  Tapi nampak tua dari usia.  Tajuknya " 3 wajah baru ancam dunia Model"

Baju pink diri : Fasha Sandha
Baju Merah diri : Hana Elite
Duduk : Zahnita
Belek punya belek masa ni Fasha Sandha umur 16 tahun.  Tak fotogenik n tak pandai bergaya budak sekolah  kan.  Masa ni dia bercita-cita nak jadi terkenal sebagai akauntan dan model paling berjaya.  Nampaknya dia dah capai cita-cita nak terkenal dan berjaya tapi yang akauntan tu memang tersasar dari landasan.



Gaya dulu mulut tak muncung-muncung pun, sexy tetap ada


Sekarang memang totally different . Hot ! Glamour !  Vogue


Satu Transformasi yang berjaya.  Fasha Sandha memang berjaya  mencapai cita-cita ingin jadi terkenal dan model paling berjaya tapi tak berjaya jadi Akauntan.  Daripada berkulit sawo matang bertukar jadi putih melepak (berdasarkan gambar).
Dalam artikel tahun 2000 ni dia memang nampak jujur dan baik sebab nak bantu keluarga masuk dalam dunia glamour.  Dalam artikel ni lagi Fasha Sandha bagitau dia tak nak ada boyfriend dan tak nak langgar peraturan sebagai pelajar dan malu sebut pasal boyfriend.

Artikel ni juga mendedahkan Fasha Sandha secara jujurnya bagitahu dia tak pernah minat nak jadi model, mak dia yang beriya-iya hantar gambar nya kat majalah dan rezekinya dapat no. 2 dalam pertandingan.  Tahniah ye emak Fasha Sandha memang tahu yang terbaik untuk anaknya.


P/S  : Kepada adik2 sekolah yang bawah umur lagi tu.  Jangan sesekali rasa diri tu tak cantik dan berebut nak dapat boyfriend tangkap muat.  Bersabarlah sebab satu hari nanti pasti Gadis menjadi Wanita.  Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia ......?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...