Tuesday, January 17, 2012

Boleh Hidap HIV dan AIDS jika Bekam Tak Bersih

Contoh : Berbekam ( Sumber Google)




KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS. 


Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.
Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar. 


“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.
“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 


Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut. 


“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.
Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun. 


“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.


Azwan Ali ditahan Polis ugut Bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda

Azwan Ali  (Sumber:Google)


Setelah digelar bapok tua oleh sebilangan manusia sebab dia mengutuk Tun Mahathir di laman twitter. Kini dia buat perangai lagi dengan post untuk " bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda".  Cakap banyak pun tak guna.  Jom layan sedutan dari akhbar Utusan Malaysia.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri


KUALA LUMPUR 17 Jan.- Polis menahan bekas pengacara televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali, pada Jumaat lalu.
Ummi Hafilda yang membuat laporan polis di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali.  Pihak polis juga turut memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas 2 buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

P/S :  Ingatkan nak buat link di Utusan Malaysia dalam ruangan Dalam Negeri.  Tapi Utusan Online ni tak ada pulak link yang diberi.    Apa-apalah ko Azwan asalkan kau bahagia.







Wikipedia ditutup 24 jam

Logo Wikipedia . Sumber : Google


NEW YORK 17 Jan.-Wikipedia akan menutup laman web versi Bahasa Inggerisnya selama 24 jam hari ini sebagai membantah cadangan pelaksanaan undang-undang anti-cetak oleh Kongres Amerika Syarikat (AS), kata pengasas laman web ensaiklopedia itu, semalam.

Pengasas Wikipedia , Jimmy Wales dalam satu kenyataan berkata, Akta Anti Cetak Secara Dalam Talian merupakan ancaman kepada laman web yang selamat, bebas dan terbuka.

"Jika undang-undang itu diluluskan, ia akan menghalang kebebasan  dan keterbukaan di dalam Internet serta mewujudkan kaedah baru yang menyekat laman web antarabangsa di AS.
"Salah satu perkara yang kita pelajari baru-baru ini ketika berlakunya Arab Spring yang menyaksikan orang ramai menggunakan Internet sebagai alat untuk bersatu dan meluahkan perasaan masing-masing," katanya.

Laman web ini akan ditutup bermula tengahmalam ini 17 Januari (1 pagi waktu Malaysia) -18 Januari sehingga esok (Rabu) dan ini merupakan kali pertama Wikipedia versi Bahasa Inggeris ditutup buat sementara waktu.

Wikipedia juga merupakan satu laman web yang popular dan menarik berjuta-juta pengungjung.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia






Lepas Angry Birds kini Muncul Angry Brides

Permainan Angry Brides ( Pengantin Perempuan Marah )  


Permainan Angry Birds ( Burung Marah)

Petikan dari Berita Harian :

New Delhi : Perasaan marah dengan budaya pemberian hantaran mewah oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki (Dowri) sehingga menimbulkan pelbagai masalah mendorong sebuah laman web mencari jodoh di India menghasilkan permainan video dikenali "Angry Brides", bertujuan mendedahkan keburukan amalan ini.

Sejak dilancarkan minggu lalu lebih 270,000 pengguna internet melayari permainan Angry Brides di laman web www.facebook.com/shaadicom.

Permainan ini menggunakan karikatur seorang wanita yang ada lapan tangan menyerupai seorang agama Hindu.  Kelapan-lapan tangan itu memegang kuali, penyapu, penggiling, selipar dan kasut.Mula permainan perlu memukul 3 karikatur pengantin lelaki, juruterbang, ahli bina badan dan doktor.  

Cuba bayangkan kalau Angry Brides lawan dengan Angry Birds , Siapa yang akan menang ?  Tangan lapan lawan dengan lastik ?


Nampak menarik permainan ni .  Rasa-rasanya dapat tak permainan Angry Brides ni menggantikan kepopularan Angry Birds.  Nama dah lebih kurang sama.  Nak sebut pun silap haribulan ada yang tersalah sebut.  Tapi dalam Bahasa Melayu komfirm tak salah .  Burung marah (Angry Birds)  , Pengantin perempuan marah (Angry Brides)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...