Friday, August 3, 2012

(Video MC 5 hari) Gadis ini jadi popular kerana duck face dan mimik muka

Sekarang tak susah pun nak jadi perhatian umum.  Sebelum media sosial berleluasa kita dapati ramai manusia dekat muka bumi ni nak mintak perhatian.  Contohnya macam Mat Salleh lah macam-macam benda luar pemikiran yang diorang buat untuk mintak perhatian dunia.



Entah kenapa sekarang macam fenomena pulak gadis remaja atau perempuan dewasa sibuk nak ambil gambar buat muka duck face.  Mungkin comel kot.


  Apa itu duck face ? Duck face ala-ala mimik muka di bawah ni :




Ini video original.  dapat MC 5 hari sebab sakit mata.  Tetiba jadi popular budak perempuan ini.
Dan..... banyak video parody yang lawak tribute untuk gadis ini.  ANtara yang lawak ialah versi kartun
Parody dari mamat bertopi.  Perhatikan matanya kejap besar kejap kecil.  Ni kalau mengandung boleh terkenan tengok bijik matanya
Macam-macam lagi video parody MC 5 hari yang dibahan oleh orang ramai dek geram dan meluat dengan budak perempuan yang beritahu dia dapat MC 5 hari  akibat sakit mata.
Kalau nak banyak lagi video parody MC 5 hari ni cari aja kat Youtube taip MC 5 hari. Sangat banyak.

(Puasa) Jimak siang hari bulan Ramadhan hukum dan denda nya


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni nak buat entri sikit fasal puasa ni.  Semoga ia dapat menambah ilmu kepada diri sendiri dan orang lain juga :

MAKNA PUASA :
1.Dari segi bahasa:
Puasa beerti menahan diri daripada sesuatu

2. Dari segi syarak
Puasa beerti menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.  Dimulakan dengan niat puasa, dengan niat berpuasa, kerana mangharapkan keredaan Allah S.W.T.

Dari segi makna syarak sudah jelas menyatakan erti puasa iaitu 'menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.....".  Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa ?


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
1. makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari diri berpuasa.
2.memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang tebuka
3.keluar haid atau nifas
4.gila
5.murtad
6.mengeluarkan mani dengan sengaja
7.bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramdhan )

Ilustrasi suami isteri.  Sumber pakcik Google
KIFARAT / KAFFARAH  ( denda )
Tajuk entri di atas ditekankan pada perkara yang membatalkan puasa yang ke 7 iaitu bersetubuh/berjimak (melakukan hubungan kelamin bagi suami isteri pada siang hari dibulan Ramadhan).  


Apakah hukumnya ??
Hukumnya ialah haram, berdosa besar dan dilaknat tetapi tidak jatuh zina kerana sudah sah menjadi suami isteri.  Jadi dikenakan kifarat (denda) atau dalam bahasa arab disebut kaffarah.  Kifarat/kaffarah hanya dikenakan kepada SUAMI sahaja.  Manakala isteri hanya perlu mengqada' hanya 1 hari puasa.

Erti kifarat / kaffarah :
-orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka ke dua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan SUAMI SAHAJA wajib membayar kifarat seperti:

1.memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya tidak mampu)
2.berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3.memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

TETAPI TAHUKAH ANDA , ADA SEBAB SUAMI ISTERI YANG JIMAK DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN TIDAK DIKENAKAN KIFARAH/KAFFARAH ( DENDA )?

Hal ini disebabkan oleh suami dan isteri tersebut tidak puasa dibulan Ramadhan atau telah membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum jimak/ bersetubuh.  Jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara berjimak/bersetubuh maka, ia wajib dikenakan kiffarah (denda).  Tetapi jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara lain iaitu makan atau minum terlebih dahulu (bukan membatalkan puasa dengan berjimak) , kemudian setelah makan atau minum barulah mereka berjimak maka suami isteri TIDAK KENA KIFARAH/KAFFARAH hanya perlu qada' puasa 1 hari.  

Hal ini kerana perkara yang membatalkan puasanya ialah bukan berjimak tetapi makan/ minum.  Tetapi hukum perbuatannya tetap sama berdosa besar, dilaknat  Allah S.W.T tetapi tidak jatuh hukum zina.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila tonton video dibawah oleh Ustaz Azhar Idrus :
P/S  :  Walaupun batalkan puasa makan atau minum sebelum jimak siang hari  pada bulan Ramadhan untuk elak kifarah, pada saya baik tak payah buat sebab hukumnya tetap berdosa besar.  Walaupun nak elak kena kifarah 2bulan berturut-turut tetapi hukumnya tetap berdosa besar  Perkongsian ilmu ni amat berguna. 
Sila share dan sebarkan ye , moga sama-sama dapat ilmu, pahala, manfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...