Saturday, April 5, 2014

JEPUN! AKU DATANG : Keseorangan dari Penang ke Jepun

Entri Kali ni very pelik kan weird bunyi nya.  Bukan keseorangan membawa hati yang lara tapi kena pergi Jepun sorang sorang sebab suami dah ke Jepun seminggu awal. 

Pada 20 mac 2014 , Tiket penerbangan pada pukul 9.15 malam dari penang ke changi airport dengan menaiki penerbangan silk air. Sampai di Penang international airport (PIA) pada jam 7 petang . 7.40 petang saya terus check in di kaunter direct ke narita airport Tokyo,Jepun.  Lepas check in masa panjang lagi jadi saya kena cas bateri smartphone takut weyyy bateri kong sebab itu saja komunikasi yang ada sebab suami menunggu saya di Narita Airport.   Di PIA ,ada service ni di sebuah kafe di level 1 berhadapan tourism Malaysia.

Ok, 8.40 malam dah boarding ,so saya pun ke imegresen dan buat pemeriksaan keselamatan biasa.  9.30 malam baru naik flight Penang- changi dengan prnerbangan MI353.  Dalam 10.40 malam tiba di changi international airport.  Flight landing di terminal 2 , terus saya ambil skytrain untuk ke terminal3 sebab penerbangan Singapore airlines Changi - Narita di terminal 3.

Tiba di terminal 3 ,skrin paparan flight menyatakan flight saya delay dan telah bertukar gate.  Asalnya gate A10 ditukarkan ke gate A4.  Sepatutnya flight pukul 11.55 malam.  So, saya duduk dan berborak dengan pelancong dari Thailand. Walaupun keseorangan tak apa yang perlu dirisaukan sebab kami di airport memegang status yg sama iaitu tourist dan mahu ke negara yang asing bagi setiap pelancong.

11.30 malam ,boarding ...so terus masuk ke gate A4 dan lakukan pemeriksaan keselamatan biasa.  Tunggu sebentar dan dipanggil beratur ,kemudian 12 tengah malam kami pun berlepas dengan penerbangan SQ638 lewat 5 minit dari jadual asal.

Sepanjang perjalanan saya diberi 2 kali hidangan Muslim seperti mana yg direquest.  6 jam kemudian selamat tiba di Terminal 1 Narita Airport pada jam 6.40 am (waktu Malaysia) atau 7.40 am (waktu jepun).  Masa dalam penerbangan saya mengisi 2 form yang diberi oleh staff singapore airlines untuk diberi kepada immigration jepun. Dalam form tu kena isi alamat di jepun, berapa banyak Wang tunai yg dibawa,tempoh,kelakuan jenayah/pernah dipenjarakan  ...so jawab lah dengan jujur sebab ada seorang ahli politik Malaysia tak dibenarkan masuk ke Jepun pasal silap jawab kot atau terlepas pandang wallahualam.

Kemudian terus ke bag claim ikut sahaja papan tanda 'arrival' . Maklumlah keseorangan ,kena alert dengan signboards. Next, cop imegresen pada jam 8 am (japan).  Masa di imegresen kita perlu scan jari telunjuk kiri dan kanan , muka pun direkod. 

Settle step tu terus tengok signboard bag claim penerbangan SQ638 di kaunter B7.  Ok nampak dah beg pink diikat reben warna biru. Lepas tu pergi ke "declaration immigration".  Masa ni agak berdebar sebab imigresen suruh saya buka beg dan semua barang dicek satu persatu.  Apa yang ditanya kita jawap je walaupun soalan jepun dalam English yang kita kurang faham apa yang dia nak cakap,slanga jepun mereka sangat pekat hehehe.

Alhamdulillah, tak ada apa apa yang mencurigakan,biasalah orang jepun memang sangat bertanggungjawab dengan tugas mereka dan melakukan dengan bersungguh sungguh.

Selepas ke arrivall hall saya tunggu suami di meeting point.  Ada WiFi disediakan jadi senanglah Ber Whatsapp dengan suami.  Jam 10 pagi suami sampai bersama rakan Jepun nya iaitu Abo-san.

Seterusnya kami mendapatkan ticket train untuk ke Tokyo dengan dibantu oleh Abo-san.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...