Tuesday, May 20, 2014

JEPUN! AKU DATANG: Jalan-jalan di Shibuya,Tokyo (pelintas jalan kaki tersibuk didunia)

Bismillah , 
Assalamualaikum w.b.t
Hai , 
Hello my followers n readers


Entri kali ini sambungan dari entri makan angin di Asakusa.  Setelah berjalan ke Asakusa kami terus ke Shibuya dengan menaiki 'Tokyo Metro' tiket berharga 240yen.

Saya di depam starbuck coffe

saya, hubby dan Go ku dragonball

Shibuya ni bandar yang sangat sibuk, ada juga tempat melintas yang paling sibuk didunia.  Masa ni feeling wahhhh wahhhh sangat teruja dan jakun melampau lampau.  Selama ni tengok dalam TV je ,kini di depan mata.   Banyak sangat butik dan kedai yang menjual pelbagai barang keperluan dari baju, kasut, alatan elektronik,gajet dan macam macam lagi yang tak ada jual hanya mak dan ayah saja.  Pokoknya, pastikan poket tebal.



Go-Ku mengganas

Saya dan suami merasai melintas di pedestrian ini. Nasihat saya kena lah pegang kuat kuat tangan takut hilang dari radar.  Arah melintas pon kena alert takut nanti tersalah masuk arah lain.
Aktiviti yang kami buat di sini, berjalan jalan dan window shopping saja, ambil gambar,makan makan,minum minum di starbuck coffee di tingkat atas dan nampak dengan jelas manusia macam semut sewaktu melintas di sini. Ada juga lah barang yang dibeli ,gila tak beli rambang mata kotty.  My hubby berjaya jugak beli jam G-shock model impiannya.  Saya tengok jeeeeee.

My hubby mengusha jam G-Shock

Shibuya juga ada restoran Malaysia yang menghidangkan menu orang Melayu atau identiti Malaysia.  Saya makan nasi goreng, teh tarik, kangkung goreng, sotong goreng dan macam macam lagi.  Ramai pelancong dari Malaysia yg dibawa oleh travel agency makan di sini.  Tapi yang tak seronok, buku menu di kulit hadapan terpampang jelas gambar arak ...mmmm bukan budaya melayu malaysia kot, tapi menu banyak makanan melayu.  Macamana tu????







Selepas makan kami lepaking di Starbuck coffe dan menikmati pemandangan pelintas jalan kaki tersibuk didunia sambil berbual kosong.  Cuaca pada sebelah petang ke malam agak sejuk, jadi eloklah berkurung dalam kedai.









Jam 9 malam (agak gelap sebab diJepun malam awal) kami bertolak dari Shibuya ke Kanda dengan menaiki 'yamanote line' tiket berharga 160yen.  9.30 malam kami sampai di APA Hotel.  Fuhhhh penat lepak so,tidorrrr  .....Nantikan sambungan kisah ke Mount Fuji.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...