Selepas sah menjadi isteri orang terus mendapat pakej yang menarik iaitu ke luar negara bersama suami. Pakej yang menarik boleh lah ber honeymoon bersama suami tersayang. Memang sayang lah kat suami ku ni . Suamiku ke Austria atas urusan kerja dan aku menumpang sekaki sambil melihat dunia Eropah yang masa aku kecil aku tak pernah berangan-angan menjejakkan kaki ke bumi Eropah.
Ok, tak nak cerita pasal hal suami isteri tapi nak cerita tentang perjalanan ku yang sangat panjang merentasi masa dan melepasi antara 2 benua , merentasi cuaca juga. Perjalanan bermula dari Pulau Pinang (Penang International Airport) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MH) ke Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport) pada jam 8.50 malam. Setibanya di KLIA 55 minit selepas itu.
Gambar dari udara : PENANG
Penerbangan ke dua dari KLIA ke Doha, Qatar dengan menaiki Qatar Airways pada jam 3.15 pagi waktu Malaysia. Lebih kurang 6 jam menunggu di KLIA sebab penerbangan terlewat dari jadual. Penerbangan ke Doha, Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam. Jam di set mengikut waktu Malaysia dan tiba di Doha, Qatar pada jam 11.25 pagi (waktu Malaysia) atau 6.30 pagi (waktu di Doha). Pukul 6.30 pagi di Doha sangat terang dan panas ibarat jam 11.00 pagi waktu Malaysia. Mesti subuh di Doha ibarat macam jam 9.00 pagi. Terang benderang. Selama penerbangan dari Malaysia ke Doha cuaca sentiasa gelap kerana ibarat dari Malaysia ke Doha waktu mengundur.
my lovely husband
di KLIA
with my sis Hazimah Halil . Thank you adik sudi hantar kakak mu yang cantek...
tiket Qatar Airways ke DOHA
Beg hand carry dah di tag (Qatar Airways ) . Beg besar sudah di naik kan dari PENANG . kat MUNICH, GERMAN baru collect.
Get Ready !! Sekarang di KLIA dan jadual menunjukkan perjalanan ke DOHA menaiki Qatar Airways
![]() | ||||
ini lah Qatar Airways yang bakal kami naik. Kecil aja hehehehe |
![]() | ||||||
Dapat kit (beg , selimut, bantal) ...pergh memang syokkk | membuta |
![]() | ||
Makanan di Qatar Airways mengikut polisi Islam. Alhamdulillah ... Menu : Nasi goreng dan ayam , roti, buah, jus oren, kopi , mineral water, biskut ... erkkkk kenyang |
Penerbangan di teruskan lagi dengan menaiki Qatar Airways sekali lagi ke Munich, German pada jam 7.25 pagi waktu Doha atau lebih kurang jam 12.20 tengahari waktu Malaysia. Penerbangan dari Doha ke Munich mengambil masa selama lebih kurang 6 jam. Setibanya di Munich, German jam menunjukkan pukul 3.30 petang (waktu Doha) dan waktu di Munich, German kurang sejam dari Doha iaitu pukul 2.30 petang (waktu German) dan lebih kurang 8.25 malam (waktu Malaysia).
![]() | ||
Tiket Qatar Airways , dari Doha ke Munich . Seat 25 A dan 25 B . Nampaknya dapat 2 seat bekembar yang pasti aku nak duduk tepi tingkap huhuhuu |
Kami naik Kambing Gurun (Qatar Airways )
Seat di Qatar Airways ...bahasa Inggeris je aku faham....
Dalam bas di airport Doha. bas yang tiada kerusi hanya berdiri bergayut-gayut
Di Doha International Airport
Doha, Qatar
![]() | ||||||
Perjalanan bermula dari Doha ke Munich . Ok dapat makanan lagi .(breakfast ) Menu : Sandwich, telur , roti, jem, buah-buahan, kopi, plain water, biskut |
Gambar dari dalam kapal terbang . Waktu tengahari dan hampir sampai ke Munich. Sangat cantik permandangannya.
Setelah sampai dan cop passport serta tuntut bagasi. Perjalanan diteruskan dengan menaiki train ke Villach, Austria. Perjalanan dari Munich, German ke Villach, Austria mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dari Airport saya dan suami naik train yang laju ke Munchen Ost lebih kurang 20 minit. Dari Munchen Ost kami menuju ke Salzberg hbf lebih kurang 2 jam setengah. Dari Salzberg hbf kami bertukar train ke Villach, Austria perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.
Sudah tiba di Munich, Airport
train menuju ke Villach , Austria
Beg yang berat |
Kami tiba di Villach, Austria lebih kurang 8 malam (minit-minit lebih kurang aje) dan diambil oleh pemilik Hotel Marienhof yang fasih berbahasa Inggeris. Waktu Malaysia lebih kurang jam 1 lebih pagi ( minit-minit pun lebih kurang aje lah). Perjalanan dari KLIA, Malaysia ke Villach, Austria mengambil masa 21 jam. Tetapi keseluruhan perjalanan di ambil dari Penang Airport ke Villach, Austria mengambil masa selama lebih kurang 28 jam (termasuk waktu menunggu).
Seluruh perjalanan dari Munich ke Austria kami dihidangkan dengan panorama dan keindahan bumi Austria yang sangat cantik. Sesiapa nak bayangkan keindahannya sila tonton filem Narnia, drama Merlin dan filem-filem fantasi yang lain. Sangat cantik !!!!!!!!
Sangat cantik pemandangan. Gambar aja yang tak cantik
Drau ( terusan ) . Air berwarna hijau terqouise dalam gambar memang tak cantik hihihihi
Drau
Alps dan Pokok Oak
Bunga di Balkoni Marienhof dan sangat canthekkkk !!!
P/S : Nak harapkan gambar yang ditangkap dari perjalanan ke Munich ke Villach memang tak tertangkap kerana :
1. Train yang laju
2. Menjamu mata dan tiada masa nak bawa keluar masuk kamera Canon ku J
No comments:
Post a Comment