Tuesday, March 4, 2014

Suami sanggup sambut birthday isteri di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Assalamualaikum w.b.t  hai readers, hai followers....
Entri kali ni nampak jiwang kan ? nampak macam saya sorang je ada suami kan ?  Bukan,sebenarnya saya ada sorang  suami je...paham tak ? tak paham tak apa...hihi


Kisah hari lahir saya yang terindah dalam tempoh 2 tahun perkahwinan, sebabnya ia disambut bukan dirumah tapi di atas puncak kayangan beratus ratus kilometer dari rumah, naik bukit turun bukit, naik lagi ..jalan bengkang bengkok berliku sungguh jalan nak sambut birthday sang isteri oleh sang suami.  Tak apa lah bak kata orang bercinta, lautan api sanggup direnangi inikan pula jalan tar.

Di bawah ini kronologi perjalanan ke Bukit Tinggi.

1. Birthday saya 2 November.  Cerita ni November 2013 (tahun lepas, agak agak dah basi ke belum?).
Cerita nya bermula pada 2 November dalam tengahari kami bertolak dari rumah dan ambil tiket tol di Plaza Juru, Pulau Pinang.  Perjalanan diteruskan ke lebuhraya PLUS.  Kemudian exit di Tanjung Malim, Perak dan tol berharga RM34.30.


2.Keluar tol, belok kanan dalam 28km (ikut Tg. Malam - Kuala Kubu Baru).   Bukit Tinggi dalam 84km lagi.Teruskan perjalanan (Kuala Kubu Baru ke  Batang Kali)

3.Belok kiri dlm (ada signboard ulu yam, Genting Highland)1.9km. Terus lagi

4. Jumpa roundbout , masa ni jalan bengkang bengkok dan telinga bedesing sebab memanjat bukit. Jalan lama untuk ke Genting Highland.


6.Selepas terus, akan jumpa Balai Polis Batang Kali

7.Terus sedikit, akan jumpa pulak Balai Polis Goh Tong Jaya.  Seterusnya akan jumpa Genting Highland.  Kemudian kita akan turun dari Genting Highland untuk ke Lebuhraya Karak.

7. Jumpa lagi roundbout 1st exit ke Lebuhraya karak

8.Masuk ke Lebuhraya karak, dan susur ke kiri ke Genting Sempah, jangan risau masa ni anda akan jumpa Signboard Bukit Tinggi. Teruskan perjalanan dalam 14km lebih kurang selama 15 minit.

9.Anda akan jumpa signdoard Beverly Hills dan ambil susur kiri.. kemudian teruskan perjalanan sahaja dan jumpa dengan pos pengawal . Teruskan perjalanan untuk mendaki bukit dalam sejauh 6.4km agak bengkang bengkok jalannya.  Teruskan perjalanan dan sekali lagi jumpa pos pengawal dan perlu membayar wang dalam RM12 untuk ke Colmar Tropicale.


kalau anda follow saja laluan yg diberi , in Sha Allah tak sesat, yg penting ikut saja Lebuhraya Karak dan signboard Bukit Tinggi follow saja.

Ok, kami sampai dalam pukul 6 lebih camtu , kami ambil tiket di pos pengawal , dan terus ke colmar Tropicale untuk cari bilik hotel kosong.  Malangnya bilik yang harga 200 ringgit dah habis yang tinggal hanya RM400. So, kami tanya pada staff colmar dan dia suggestkan di Berjaya Hills Resort dengan bilik semalaman harga RM169.20.  So, kami terus ke sana dan check in.


Malam tu dari Bejaya Hills Resort ke Colmar Tropicale untuk sambut birthday ecececece.  Dalam 3 kilometer je. kami bersiar siar ,apa yang menarik tengok keindahan colmar tropicale dan ada lah dihujung sekali ada funfair sikit main ceduk ceduk itik. Sambut birthday Special sangat tau makan pizza je lah. Sambil bersembang sembang kosong dan ditiup angin sepoi sepoi bahasa dan hawa dingin. Romantik gitu cuma tak pasang lilin jer.  Lepas makan, kami tengok persembahan akrobatik dari negara China.  Masa tengok persembahan tu hujan pun turun dengan lebatnya.  Nampak tak macam cerita romantik hindustan cuma tak golek golek dalam hujan je.  So, kami berteduh dan reda sikit baru balik bilik.  Malam tu tidur pun tak pasang kipas, sejuk sangat.







Esok pagi nya, pagi pagi yang sejuk lagi kami breakfast di cafe Berjaya Hills Resort sebab dapat breakfast free.  Lepas makan kami mandi swimming pool. Ok, lepastu kami check out untuk ke Colmar Tropicale Resort.


Kemudian, baru ke Colmar Tropicale Resort.  Jangan ingat tempat ni sejuk tau, sama je macam kat bawah cuma angin nya sesekali bertiup rasa sejuk sikit.






Lepas berjalan di Colmar kami ke Japanese Garden dengan menaiki shuttle yang disediakan. Cuaca di sini lebih sejuk dari di Colmar Tropicale. Di Japanese Garden ada rumah jepun bolehlah pakai kimono. Ada jugak Botanical Garden, Restoran Jepun. Nasihat saya, kalau bawak orang tua yang sakit lutut jangan naik shuttle, sebab lepas turun shuttle kita akan mendaki anak tangga yang tinggi dan jalan tar yang cerun... letih wooo.  Air mineral wajib bawa sebab di Japanese Garden kita akan haus sebab banyak berjalan dan mendaki tangga yang tinggi. Lagipun air mineral botol kecik kalau di bawah harga 50 sen, kat atas ni harga sampai 4 ringgit.



Kemudian, kami ke Horse Trails untuk menunggang kuda.  Tiket untuk seorang RM25.  Trek nya dalam 2km , kita naik kuda dan tali nya dipegang oleh pekerja mereka (bangla kot).



Lepas tu kami turun dan ke Rabbit Park , sekali masuk RM3.  Di sini ada arnab dan rusa yang boleh dipegang dengan manja.  Ada juga keldai yang boleh ditunggang untuk budak kecik je lah.



Itu lah aktiviti kami sepanjang menyambut birthday di Bukit Tinggi.  Sambut birthday lah sangat sebenarnya saja je nak berjalan waktu cuti.  Selepas itu, saya dan suami turun dari Bukit Tinggi dalam jam 3 petang dan terus ke Kuala Lumpur.  Ok, akan datang kami akan update trip kami.  Bye bye see ya.

Apa tarikan di Bukit Tinggi?
1. Semestinya Colmar Tropicale Resort yang bangunannya diinspirasikan dari sebuah perkampungan di Perancis.
2.Rabbit Park sekali masuk RM3. Banyak arnab dan rusa yang boleh dipegang manja. Ada juga keldai yang boleh naik untuk budak budak je lah.
3.Japenese garden di atas puncak , disediakan shuttle untuk naik ke atas..  Aktiviti di Japanese Garden bolehlah pakai kimono feeling feeling orang jepun.  .  Ada juga Botanical Garden yang banyak tumbuhan hutan.
4. Menunggang kuda di Horse trails, kena bayar dalam RM25 seorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...