Friday, May 25, 2012

Semakan Penempatan Pertukaran Guru di e-GTukar

Setelah buat permohon pertukaran, dah dapat keputusan samada lulus atau tidak.  Seakarang masa yang ditunggu-tunggu untuk mengetahui sekolah yang ditempatkan.

Pagi-pagi dah cek, tapi kali ni e-GTukar lambat update.



LANGKAH 1  Pergi ke laman web e-GTukar .  KLIK SINI   atau ke alamat http://apps.moe.gov.my/epgo/ dan akan keluar skrin di bawah



Setelah skrin dipaparkan.  Dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan di anak panah merah Klik ' DISINI"



LANGKAH 2.  Paparan skrin di bawah keluar



LANGKAH 3.  Isikan semua maklumat yang diperlukan.
Selepas itu Klik ' SIMPAN'




LANGKAH 4.  Pergi ke LALUAN MASUK.  Isikan :
1.ID Pengguna
2. Kata Laluan
3. No. Kad Pengenalan






LANGKAH 5.  Paparan Skrin di bawah.  Klik di " SEMAKAN PERMOHONAN "






LANGKAH 6.  Paparan skrin seperti di bawah dipaparkan.  Penempatan pertukaran dipaparkan.  Saya dapat mengajar di SMK KEPALA BATAS.




LANGKAH SETERUSNYA :  Tunggu surat dari sekolah lama , bawak surat dan melapor diri ke tempat baru.  Selamat bekerja dengan SEMANGAT BARU !!  SAYA SANGAT TERUJA, GEMBIRA dan BERSEMANGAT  !!!!  Doakan yang terbaik untuk saya :-)










P/S  : Apa yang menarik tentang sekolah baru ni, kalau saya meround bersama suami.  Saya akan lalu shortcut untuk ke BERTAM , di laluan nak ke kolej jururawat ..ACMS .  Terampak 1 bangunan yang cantik.  Saya akan cakap dengan suami,

"Sayang, cantiknya bangunan ni ... apa ni ? Macam Resort je .  
Suami jawab , " Ni sekolah lah Ayang, bukan resort atau hotel"
Saya cakap , " aik lawanya patern nya,  best nya kalau dapat mengaja di sini.  Moden r design nya, dekat dengan bandar lak tu"

At Last.....  Saya dapat mengajar di SMK KEPALA BATAS .....  INSTINCT saya tak pernah meleset .  Even, walau tak tahu lagi penempatan baru, kawan dari sekolah lama tanya dapat sekolah mana ?  Dengan slumber saya jawab .. SMK KEPALA BATAS   Maybe saya ada keistimewaan SIX SENSE , Deria Keenam yang sentiasa membantu, melonjakkan dan memberi perasaan gembira kepada saya :-).



Kalau saya suka, saya akan buat yang TERBAIK . Jika sekali saya BENCI, PATAH HATI dan TIDAK MENYENANGKAN ,langsung tak akan memandang dan melakukannya.  AKU TETAP AKU

Kalau saya Penyu itu



Assalamualaikum

Sebelum membebel panjang izinkan saya bertanya, tajuk di atas berkaitan apa? Adakah berkaitan manusia? binatang? atau kehidupan? Tajuk di atas juga bukan bermaksud saya mengingkari lumrah, fitrah, takdir sebagai seorang manusia.  Hanya mengambil ilham dari hukum alam yang pastinya 1001 misteri yang tidak tercapai dek akal manusia.

Tajuk di atas diambil sewaktu kunjungan saya ke Melaka atas tiket rombongan lawatan sambil belajar. Banyak tempat dikunjungi. Sehinggalah ke tempat pemuliharaan dan pemeliharaan penyu. Di situ tempat penyu bertelur dan akhirnya dari sebutir telur sebesar bola ping pong menjadi seekor penyu.

Yang menarik perhatian saya ialah cerita penyu.  Staff disitu telah menceritakan fakta tentang penyu.  Sangat menarik ! Al-kisah nya berbunyi begini ......

 Kisah si penyu.  Dari dalam lautan akhirnya tiba masanya ia naik ke daratan. Si ibu merasakan sudah tiba masanya untuk dia naik ke daratan bagi meneruskan legasi bakanya. Tanpa mengira ancaman yang bakal tiba si ibu ke daratan untuk melepaskan telurnya. Ia bakal menentukan legasi tidak kira apa pun bakanya. Si ibu memilih naik ke daratan yang paling selamat pada hematnya. Tanpa berlengah lagi dia terus membina tempat perlindungan dengan kekuatan kaki dan tangannya tanpa dibantu si jantan.

Lubang di buat dan telur dilepaskan dari tubuhnya dengan diiringi tangisan. Si ibu menangis sewaktu bertelur. Usai bertelur si ibu menimbus telurnya dengan harapan telurnya selamat dan dapat meneruskan legasinya.  Si ibu pulang ke lautan. Telur yang ditinggalkan selama berbulan - bulan dengan hanya berserah kepada takdir samaada menjadi  penyu atau hanya tinggal nama.  Tiada ibu yang menjaga dan memerhati telur.

Lumrah alam , masa beredar dan tiada siapa dapat menghalangnya. Telur yang ditinggalkan bersendirian akhirnya menjadi si kecil penyu.  Si kecil keluar dari tempat persembunyiannya yang paling selesa dan selamat selama berbulan lamanya.  Si kecil  melihat dunia untuk kali pertama dari pelbagai arah.


Si kecil melihat daratan dan lautan yang luas. Si kecil penyu seakan-akan sedang membuat perhitungan. Akhirnya si kecil memilih lautan untuk meneruskan kehidupan.  Dia tidak menduga dugaan dan ancaman yang bakal dilalui.  Lautan itu luas tetapi si kecil penyu tidak bisa  menduga betapa luas lautan dan betapa kerdilnya dirinya.  Tidak sabar lagi dia terus berlari meluru laju ke lautan tetapi tidak tahu 1001 ancaman bakal menunggu.

Si kecil penyu berlari laju, sekejap-kejap dia berhenti, melihat sekelilingnya.  Teruskan berlari dan berhenti lagi. Berulang kali dia mengulanginya iaitu berlari laju dan berhenti. Meninjau tempat kelahirannya.  Mungkin dihatinya dia berbelah bagi samada mahu memilih daratan atau lautan luas untuk meneruskan kehidupannya.  Itulah perbuatan yang dilakukan sebelum mencecah kaki di lautan.   Berlari meluru laju kemudian berhenti.  Akhirnya penyu tiba di gigi air laut dan meneruskan kehidupannya di lautan luas. 

20 tahun telah berlalu, si kecil penyu yang dulunya kerdil kini menjadi dewasa yang besar dan kuat.  Kini, si kecil penyu sudah menjadi induk. Selama 20 tahun dia bertapak di lautan kini tiba masanya dia naik ke daratan.  Dia menjengah ke daratan yang pasti pasir yang pernah dipijak bertahun lamanya.  Dia kembali ke tempat kelahirannya yang merupakan bumi yang pertama kali dipijak. Objektifnya hanya satu, untuk mellepaskan telurnya bagi memastikan legasi baka dikekalkan.

 Lautan mana yang tidak disinggah, benua mana yang tidak di jejaki.  20 tahun telah berlalu dia kembali semula ke daratan yang merupakan tempat pertama dia melihat dunia.  2 dekad lamanya dia tidak lupa asal usulnya walau masa begitu panjang, bila tiba masanya dia kembali ke tempat kelahirannya sama seperti ibunya.  Mendarat dari lautan hanya untuk meneruskan legasinya walau apapun bakanya.

Si kecil penyu sebatang kara sewaktu menerjah lautan luas tanpa ibu bapanya disisi.  Bahaya yang mendatang bukan kepalang.  Ancaman yang menanti tidak diduga.  Kini, setelah 20 tahun berlalu dia kembali ke tempat kelahirannya untuk membuktikan kepada alam dia berjaya hidup di dunia sewaktu kali pertama dia memilih lautan. Akhirnya dia bergelar induk dan bakal mempunyai legasi.  20 tahun berlalu dengan begitu pantas.

2 dekad lamanya dia menerjah lautan luas dan menghadapi pelbagai ancaman dan pancaroba.....dia kini kembali ke daratan.  Tempat pertama kakinya memijak bumi indah alam ciptaanNYA.  Ternyata penyu tidak lupa akan asal usulnya. Tiada siapa dapat menduga takdir yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta..  Takdirnya kini dia kembali kepada asal-usulnya.  Bila tiba masa dan ketikanya dia kembali ke tempat pertama kakinya berpijak dan matanya melihat............


Kalau lah saya Penyu itu ...............




FAKTA PENYU :
1. Penyu bersedia mengawan pada usia 20 tahun
2. Mencari daratan untuk bertelur di tempat di mana penyu dilahirkan
3. Walau beribu anak penyu ke lautan hanya sikit yang berjaya hidup.  daripada 5000 anak penyu dilepaskan yang berjaya hidup kurang dari 10.
4. Anak penyu yang baru menetas amat suka pada cahaya dan mengejar cahaya. Penyu dewasa amat sensitif pada cahaya dan lari bila nampak cahaya.
5. Bukan di Rantau Abang, Terengganu saja tempat penyu bertelur, di Melaka pun  ada.  Air Papan, Johor pun ada.
6.  Sekali penyu bertelur sebanyak 70 hingga 200 biji dan mengambil masa 45 minit ke 1 am setengah.
7.  Sewaktu bertelur penyu bukan menangis kesakitan, tetapi mengeluarkan air mata kerana mengelakkan bola matanya dimasuki pasir. sebab selama ni penyu duduk dalam laut.  So, jangan nak buat cerita dia sakit macam nak beranak.
8. Jangka hayat penyu sangat panjang dan mencecah lebih 100 tahun.
9. Walaupun penyu hidup dalam air, setiap 45 minit sekali dia akan naik ke permukaan air untuk menyedut Oksigen. Jika tidak berbuat demikian, penyu juga akan lemas.

10.  Fakta lain, abaikan tatabahasa saya di entri di atas.  Saya tahu Penyu tu binatang tak boleh guna kata ganti nama "DIA".   Saa nak mendramatis dan gramatiskan ayat.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 19, 2012

HAFIZ Juara MANIA

5 peserta mewakili empayar masing-masing. Aubrey Suwito memperjuangkan Jaclyn Victor di bawah empayar biru.

M.Nasir bersama bintangnya Stacy dan Hazama di bawah empayar Merah.

Ahmad Dhani empayar hijau bersama Hafiz dan Aril.

Juara MANIA pertama yang membawa pulang wang tunai RM500,000 ialah :






Tempat ke 2 menggondol wang tunai RM200,000 dirampas oleh STACY







Tempat ke3 ialah JACLYN VICTOR dan membawa pulang RM200,000 yang pada awalnya menungguli carta. Mungkin sebab beliau terlupa lirik lagu Nyanyian Terindah yang membuatkan undian terus merundum.





P/S : Honestly speaking aku pon mengundi Hafiz sebanyak 10 undian selepas dengar Jaclyn Victor terlupa lirik. Memang potong betullah. Suka Hafiz menang memang dia sangat berbakat. PEACE
posted from Bloggeroid

Friday, May 18, 2012

GAMBAR : Honeymoon Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Gambar honeymoon mereka round 1 di New York sebab mereka bakal ke Eropah.  New York sebagai tempat bulan madu macam tak seuai kot sebab hiruk pikuk di kota metropolitan kalau di Eropah sesuailah sebab suasana tenang dan damai.

Semoga berbahagia selamanya !!

Layan Bulan Madu mereka :


















kredit to myartis

Keputusan Semakan Pertukaran Guru Secara Online

Bagi guru-guru yang memohon pindah. Ini lah masa yang dinantikan. Untuk cek keputusan secara online samada dapat pindah atau tidak.


Pertama sekali pergi ke laman web pertukaran guru KLIK SINI 

PAPARAN SKRIN e-GTukar seperti di bawah.Klik di bahagian DAFTAR MASUK




  Paparan Skrin di bawah.  Isi kan segala maklumat yang diperlukan.  Lepas isi Tekan Simpan


Paparan Skrin seterusnya setelah step ke 2.  Maklumat telah disimpan.
Masuk ke LALUAN MASUK isikan :
1.id pengguna
2. kata laluan
3. No kad pengenalan





 Seterusnya paparan skrin di bawah.  Klik di bahagian SEMAKAN PERMOHONAN





Paparan Skrin dibawah akan memberitahu samada berjaya pindah atau tidak.

Result pindah saya TAHNIAH ! Permohonan Pertukaran anda telah diluluskan.

SELAMAT MENCUBA !



P/S : Alhamdulillah saya berjaya pindah.  Saya yakin dengan keputusan ini dan duduk bersama suami tercinta.  No more duduk dengan emak lagi.  Saya percaya suami yang menaggung saya dan tanggungjawab sebagai suami isteri akan digalas sebaik mungkin.

Thursday, May 17, 2012

Konsert Mania Akhir



Empayar merah, biru dan hijau. 3 empayar yang dikuasai oleh 3 produser musik paling berpengaruh. Aubrey suwito, M.Nasir dan Ahmad Dhani tentunya dari Indonesia.

Minggu ke9 telah menyaksikan 3 lagi bintang Mania tergolek- golek keluar dan berguling tak boleh diselamatkan lagi setelah penyingkiran Alyah yang semestinya bukan artis program realiti SMS. Bintang yang teguling keluar ialahnAdira, Shila Amzah dan semstinya Ebi
Esok 19 Mei jam 9 malam bakal menyaksikan bintang yang berjaya merebut gelaran Bintang di Galaksi Mania. Siapakah gerangan bintang bertuah dan menggondol wang tunai setengah juta RM? RM500,000. ....MUNGKINKAH. ......

STACY



JACLYN VICTOR



HAFIZ




HAZAMA




ARIL




Undian terkini setakat ini. JACLYN VICTOR menggungguli carta SMS



Dato' Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings sebagai artis undangan




Saksikan Konsert Mania akhir yang bakal menyaksikan bintang tempatan berentap merebut gelaran juara bintangbdi Galaksi Mania dan membawa pulang wang tunai RM500,000. Saksikan siaran lansung di Astro ria 104. Saya tak sabar dan teruja nak menonton. Harap bukan pencarian penyanyi tapi 'entertainer' yang dikagumi. Saya sangat setuju jika Stacy menang! ! Huhu
posted from Bloggeroid

Gambar Kekasih Mark Zuckerberg Cantik Seksi

Priscilla Chan gadis yang berjaya menembusi hati bilionair Pengasas Facebook. Jangan ada nak tanya pulak FACEBOOK tu apa? Jawapan yang aku boleh bagi ialah Facebook ialah biru.

Gadis belatarkan Pendidikan bidang Perubatan. Yup! 'Beauty with brain'. Cantik, Seksi, Menggoda, Pandai dan mungkin Kaya. Pakej yang cukup lengkap.

Ini lah yang dinamakan cinta tak kenal rupa, bangsa, warna kulit. Suka- suka :-)

SILA LAYAN GAMBAR PRISCILLA CHAN. Tak layan rugi




























posted from Bloggeroid

Samsung VS Nokia


Samsung

 Sekarang semua orang gila kan Smartphone.  Ini kerana pelbagai aplikasi yang menarik, banyak dan percuma.  ia juga memudahkan komunikasi dengan orang sekeliling.  

Saya juga menggunakan sistem operasi Android kerana banyak aplikasinya yang percuma dan memudahkan perhubungan.  Sebagai contoh perisian Whatsapp dan Viber yang amat membantu (maklumlah Perkahwinan jarak Jauh).  Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bil bulanan telefon saya.

Oleh kerana saya juga pemilik Samsung Tablet jadi saya telah menyumbang peningkatan jualan Samsung yang mengatasi Nokia.


SILA LAYAN ARTIKEL DI BAWAH
 _________________________________________________________________________________
SAN FRANCISCO:  

Gergasi Korea Selatan, Samsung menjadi pembekal utama telefon mudah alih dalam tempoh itu, mengatasi Nokia dari Finland yang mendahului sejak 1998.

Samsung menjual 86.6 juta telefon mudah alih iaitu peningkatan 25.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Samsung juga merampas semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telefon pintar daripada pembuat iPhone, Apple, dengan menjual 38 juta telefon pintar dalam suku pertama tahun ini daripada keseluruhan 144.4 juta.

Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google mencakupi 56 peratus pasaran dunia atau 81.07 juta telefon pintar disusuli iOS sebanyak 22.9 peratus atau 33.12 juta unit. - AFP

Sumber Berita Harian

Wednesday, May 16, 2012

Bidaan Plat WWW Tertinggi Dalam Sejarah Malaysia


PUTRAJAYA 17 April – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.
Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1” yang dijual dengan harga RM300,100.

"Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima
“WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

Jennifer Lopez JLO paling berpengaruh



Menurut majalah Forbes J LO mantan isteri Marc Anthony merupakan selebriti paling berpengaruh didunia. Beliau mengalahkan Oprah Winfrey yang sebelum ini menggungguli selebriti paling berpengaruh.

Dikatakan jumlah pendapatan JLO pada tahun lalu mencecah lebih 50 juta dollar. Sumber pendapatan yang tinggi disumbangkan melalui rancangan American Idol sebagai juri yang menggantikan Paula Abdul.

P/S : Amat menyukai imej JLo terkini dan lagu yang dinyanyikan terutamanya On The Floor.
posted from Bloggeroid

Teman Lelaki Penyanyi Indonesia Syahrini kerabat dari Malaysia?







Kredit Yahoo
posted from Bloggeroid

Seram! Wajah saya pada usia 60 tahun



Melihat wajah saya di atas agak seram ye. Digambarkan pada tahun 2045 ( tak tahu hidup lagi ke tidak)
Yang hidup pastinya mati. Sebelum mati mesti lah tua dulu kan. Tapi kalau mati muda tak sampai lah tua begini.

Diperincikan sikit daripada wajah saya terkini dengan akan datang iaitu usia 60 tahun. Bezanya dari pipi yang kembung dan tembam bila usia 60 tahun pipi akan menggelebeh dan ditambah dengan scallop, renda atau kedutan garisan dipipi.

Bibir yang mungil pada waktu ini akan menjadi nipis, berkedut dan bergaris2. Masa ni pakai gincu kolagen pun dah tak umph lagi.

Bawah mata saya yang licin akan menjadi renda, scallop (macam langsir pulak) dan garisan yang menghala kebawah seolah ditarik-tarik yang disebabkan oleh kekurangan kolagen.

Tapi yang bahagian kening saya tak setuju dari bahagian di atas. Sekarang memang kening terangkat ala Ziana Zain. Tapi dari gambar diatas umur 60 tahun tak kan masih terangkat lagi kot.

Seriously saya sangat takut melihat wajah saya yang digambarkan pada tahun 2045.

So saya akan simpan gambar ini untuk tatapan masa hadapan. Betul atau tidak.

Kredit to application agingbooth. Jom try sangat syok!
posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

Fasha sandha power dah hamil


Gambar diatas bukti pregnancy test yang dibuat. Digital sungguh!

Wow memang power. Tak sampai sebulan nikah dah pregnant. Rezeki Allah s.w.t tak siapa boleh tolak. Bagi pasangan suami isteri ini lah saat yang dinantikan. :-)

Mengikut kata pengurusnya dia dikatakan lewat datang bulan dan membuat pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Dia juga dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja berat.

I love it! Tambah lagi umat nabi Muhammad S.A.W. Suka sangat tengok muka baby dan tak sabar nak tengok muka lil fasha dan jejai junior.

TAHNIAH!
posted from Bloggeroid

Sunday, May 13, 2012

Zizan Razak (Raja Lawak) Insaf

zizan raja lawak


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.
Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.
“Kerja dan wang bukan segala-galanya kerana tanpa kesihatan yang baik kita langsung tidak mampu melakukan apa-apa.
“Saya terlalu seronok bekerja sehingga tidak memikirkan tentang kesihatan diri namun ia adalah pengajaran terbaik buat diri saya selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Zizan pada 29 April lalu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai dekat sini akibat keradangan otot semasa bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menyertai Karnival Jom Heboh.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap kesihatannya kini, Zizan berkata dia berasa lebih sihat selepas dapat berehat selama dua minggu dan doktor ada menasihatkannya supaya mengehadkan masa bekerja.
Malah akibat masalah itu pengurusnya Marina Juki telah menapis beberapa tawaran bagi memastikan Zizan mempunyai masa untuk berehat sebelum menerima tawaran baru.
“Alhamdulilah sekarang berasa lebih sihat dan segar tetapi perlu lebih prihatin terhadap kesihatan dan masa berehat yang lebih berkualiti,” ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga amat terharu dengan sokongan dan perhatian yang telah diberikan oleh rakan-rakanya sepanjang dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, Zizan berkata dia bakal kembali ke lokasi penggambaran filem Tokan yang sedang menjalani penggambaran di Melaka selain akan mengacarakan program Melodi seperti biasa selepas ini.

Sumber Mstar

Thursday, May 10, 2012

Makan-makan : Cara makan Tutti Frutti yang betul

Huhu tajuk tak boleh blah.

Tapi memang betul lah kalau tak tahu nak makan kat Tutti Frutti tu memang terpinga-pinga jawabnya.  Tutti Frutti bukan sebarang eskrem.. Bukan yang eskrem lalu naik motor sambil ada sound "Paddle pop yeah, Paddle pop wow... Super duper Yummy!!"  ... Ahh bukan eskrem tu.   Dan Tutti Frutti ni bukan aiskrim yang , "Cik, Asikrim Malaysia 1".  Asikrim yang 20 sen 1 tu, sekarang mungkin dah 30 sen.



Aiskrim Malaysia.  Sumber Datuk Google

Malam-malam terasa nak makan aiskrim pulak.  Tutti Frutti sebenarnya ialah yogurt ye! bukan aiskrim sebarangan.  Dikatakan baik untuk perut dan penghadaman.

Tutti Frutti , Taman Pelangi Indah

Direct driving teruss parking.  Huh nasib baik ada parking kosong , cilok saja.  ok snap picture.. so cun ! Malam gemawan ni Tutti Frutti nampak awesome pasal lampu bekelap kelip.


Tutti Frutti, taman Pelangi Indah , Johor Bahru

 Tengok dari luar, ok lah walaupun ramai masih ada space untuk dua orang aje.  Malam-malam pun nak makan aiskrim apa daaaa. Ok what ? Malaysia kan kaya dengan makanan.  Try tengok kat mamak 24 jam orang makan roti canai, nasi lemak, teh tarik... pagi petang siang malam ok !

Cara-cara nak menself servis .  Layan diri da.  First of all , pilih cup/ cawan yang sesuai dengan tekak dan perut  korang .  Nak cup A ke B ke C ke ... Terpulang !  Small , Medium, Large size:

Ok, cawan saya size medium kot.  Besar lah jugak


Second, pilihlah nak flavour apa.  Blueberry , Strawberry, Vanilla, Choclate, Yam ? Apa saja yang korang suka !

Harimau bintang sedang mengchoose flavour nya ikut perasaan anak tekak dan perutnya

Third, boleh lah nak pilih tabur-tabur apa.  Bagi nampak deko-deko menyelerakan.  Buah pun ada. Coklat pun ada.  Pastu nak letak sos coklat pun boleh....  Tapi taknak lah sos coklat takut rasa Yogurtnya cacamerba, lintang pukang kang tak solero nak mangan (jawa language)

Macam-macam ada.  lampu kalimantang dan tukul besi je tak de.

Buah-buahan macam-macam ada.  Buah sawit je belum dikomersialkan.  Strawberry haruslah ... my feveret okeh !  3 flavour, Vanilla , Coklat, Strawberry

M&M cukopppp.. tak payah nak deko bagai ye



 Next , sesi timbang menimbang.  Bukan timbang berat badan sebelum dan selepas makan ... tapi timbang lah berat aiskrim dan segala bagai deko korang tu...  1 gram = 0.375 sen

Ok saya punya price Tutti Frutti =  53gram x 0.375sen = RM19.88

mmmmmmm  lazat dan cantiknya my Tutti Frutti

Warna makanan memainkan peranan penting dalam mengecur dan mengalirkan air liur seseorang .  Lets nyum nyum !


Lastly,  lets nyum-nyum.   Makan kan untuk hidup.  Bismillahirrahmanirrahim :-)

Nyum ! Nyum .... Seriously sedap.  Flavour strawberry tu memang nikmat.  Masam tapi best !  Flavour coklat tu cam something wrong somewhere lah ...prefer yang flavour strawberry ;-)

P/S : nak makan lagi 800 kali lagi ....Makan ngan husband syok sikit , kita makan dia bayor... EEEiiii bahagia hidup :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...