Sunday, February 3, 2013

"Saya yang hendak kahwin dengan dia, bukan dengan bapa dia" -SHARNAAZ AHMAD-


Dek kerana kenyataan ND lala dalam Harian Metro dan menegur Sharnaaz Ahmad supaya menghormati dia sebagai bapa Shila Amzah.  Semuanya berpunca dari kenyataan Sharnaaz Ahmad yang bakal meminang Shila Amzah pada Mac ini.  Difahamkan tahun 2013 merupakan tahun sibuk Shila Amzah kerana persembahan di Shanghai setelah memenangi Asian Wave.

Kini, Sharnaaz Ahmad membalas kenyataan ND Lala yang kononnya bakal bapa mentuanya dek kerana kenyataan ND Lala :

                              "Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut 
                               apabila membaca kenyataan dia. Sebab itu memang caranya. 
                               Tapi kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, 
                                sudah tentu saya akan berjumpa dengan dia dan isterinya"

Tambahnya lagi,

                             "Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi dalam hal ini, kita kena 
                              sama-sama saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. 
                              Tapi yang tua juga kena hormat yang muda juga." 

 Dan ada ayat yang tak boleh blah dalam kenyataan Sharnaaz Ahmad di bawah,

                             "Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab keputusan terletak 
                             di tangan  dia.        Malah dia pun dah besar panjang. 
                             Saya yang hendak kahwin dengan dia, bukan dengan bapa dia. 
                             Jadi tanyalah kepada tuan empunya badan sendiri."


Semoga mahligai perkahwinan yang diimpikan Sharnaaz dan Shila Amzah menjadi kenyataan seperti perasaan mereka yang membuak-buak tak sabar.  Kesian si ayah.

Jom layan video Shila Amzah menyanyi bersama bapanya ND Lala:

Touching je kan dengar lagu ni.  Setiap anak ingatlah budi ayah dan ibu bukan kerana lelaki.

Kerap melancong waktu mengandung Ning Baizura letak nama anak 'Sky"




Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan anak lelaki pertama pada 31 Januari lalu jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.  Kelahiran anak Ning Baizura sama dengan waktu ulang tahun  perkahwinan yang ke lima.  Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton berkahwin pada 31 Januari 2008.


Nama anak lelaki mereka ialah Ryn Sky Dalton.  Nama "Sky" diberikan menurut Ning Baizura kerana  dia sering malancong ke luar negara sewaktu mengandung.  Ning melahirkan bayi lelaki secara pembedahan. 


Tahniah !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...