Dek kerana kenyataan ND lala dalam Harian Metro dan menegur Sharnaaz Ahmad supaya menghormati dia sebagai bapa Shila Amzah. Semuanya berpunca dari kenyataan Sharnaaz Ahmad yang bakal meminang Shila Amzah pada Mac ini. Difahamkan tahun 2013 merupakan tahun sibuk Shila Amzah kerana persembahan di Shanghai setelah memenangi Asian Wave.
Kini, Sharnaaz Ahmad membalas kenyataan ND Lala yang kononnya bakal bapa mentuanya dek kerana kenyataan ND Lala :
"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut
apabila membaca
kenyataan dia. Sebab itu memang caranya.
Tapi kalau saya hendak datang
merisik atau meminang Shila,
sudah tentu saya akan berjumpa dengan dia
dan isterinya"
"Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi dalam hal ini, kita kena
sama-sama saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua.
Tapi yang tua juga kena hormat yang muda juga."
Dan ada ayat yang tak boleh blah dalam kenyataan Sharnaaz Ahmad di bawah,
"Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab keputusan terletak
di tangan dia. Malah dia pun dah besar panjang.
Saya yang hendak kahwin dengan dia, bukan dengan bapa dia.
Jadi tanyalah kepada tuan empunya badan sendiri."
Semoga mahligai perkahwinan yang diimpikan Sharnaaz dan Shila Amzah menjadi kenyataan seperti perasaan mereka yang membuak-buak tak sabar. Kesian si ayah.
Jom layan video Shila Amzah menyanyi bersama bapanya ND Lala:
Touching je kan dengar lagu ni. Setiap anak ingatlah budi ayah dan ibu bukan kerana lelaki.
No comments:
Post a Comment