Monday, January 28, 2013

(kaki wayang) Hansel and Gretel: Witch Hunters


" Hansel and Gretel: Witch Hunters mengisahkan kisah 2 beradik Hansel (Jeremy Renner) dan Gratel (Gemma Arterton) yang bertugas sebagai pemburu ahli sihir.  Kisahnya bermula dari masa kanak-kanak mereka.  Pada waktu tengah malam mereka dikejutkan oleh bapa nya dan menyembunyikan ke hutan.  Sewaktu di hutan mereka terjumpa rumah nenek kebayan "gingerbread house".  Di luar rumah dihiasi dengan gula-gula , aiskrim yang menarik.  Mana-mana kanak-kanak pun akan memakan gula-gula dari rumah itu.  Malangnya rumah itu kepunyaan ahli sihir yang mahu makan mereka berdua.  Akhirnya dengan kebijaksanaan mereka berdua akhirnya mati lah ahli sihir itu dibunuh oleh mereka."



"Setelah beberapa tahun dan menjadi dewasa Hansel dan Gretel menjadi pakar pemburu ahli sihir.  Banyak ahli sihir yang dibunuh dan dibakar.  Kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan sebanyak 12 orang kanak-kanak diculik untuk upacara "Blood moon" menjadikan ahli sihir kebal.




Akhirnya Hansel dan Gretel dapat menemui sarang penculikan 12 kanak-kanak.  Pada malam upacara "Blood Moon" yang mengumpulkan seluruh ahli sihir seluruh dunia.  Hansel dan Gratel menyerang ahli sihir dan ketuanya "Janssen" sekaligus mematahkan upacara dan ritual "blood moon".  Dengan matinya ketua ahli sihir Janssen nama Hansel dan Gratel menjadi semakin hebat.  Kini, mereka bergelar Pemburu Ahli sihir profesional dan memburu ahli sihir dengan lebih banyak dibantu oleh Troll (Dominic) juga.

Trailer Hansel And Gretel : Witch Hunters 


Selamat menonton.  :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...