Friday, May 25, 2012

Kalau saya Penyu itu



Assalamualaikum

Sebelum membebel panjang izinkan saya bertanya, tajuk di atas berkaitan apa? Adakah berkaitan manusia? binatang? atau kehidupan? Tajuk di atas juga bukan bermaksud saya mengingkari lumrah, fitrah, takdir sebagai seorang manusia.  Hanya mengambil ilham dari hukum alam yang pastinya 1001 misteri yang tidak tercapai dek akal manusia.

Tajuk di atas diambil sewaktu kunjungan saya ke Melaka atas tiket rombongan lawatan sambil belajar. Banyak tempat dikunjungi. Sehinggalah ke tempat pemuliharaan dan pemeliharaan penyu. Di situ tempat penyu bertelur dan akhirnya dari sebutir telur sebesar bola ping pong menjadi seekor penyu.

Yang menarik perhatian saya ialah cerita penyu.  Staff disitu telah menceritakan fakta tentang penyu.  Sangat menarik ! Al-kisah nya berbunyi begini ......

 Kisah si penyu.  Dari dalam lautan akhirnya tiba masanya ia naik ke daratan. Si ibu merasakan sudah tiba masanya untuk dia naik ke daratan bagi meneruskan legasi bakanya. Tanpa mengira ancaman yang bakal tiba si ibu ke daratan untuk melepaskan telurnya. Ia bakal menentukan legasi tidak kira apa pun bakanya. Si ibu memilih naik ke daratan yang paling selamat pada hematnya. Tanpa berlengah lagi dia terus membina tempat perlindungan dengan kekuatan kaki dan tangannya tanpa dibantu si jantan.

Lubang di buat dan telur dilepaskan dari tubuhnya dengan diiringi tangisan. Si ibu menangis sewaktu bertelur. Usai bertelur si ibu menimbus telurnya dengan harapan telurnya selamat dan dapat meneruskan legasinya.  Si ibu pulang ke lautan. Telur yang ditinggalkan selama berbulan - bulan dengan hanya berserah kepada takdir samaada menjadi  penyu atau hanya tinggal nama.  Tiada ibu yang menjaga dan memerhati telur.

Lumrah alam , masa beredar dan tiada siapa dapat menghalangnya. Telur yang ditinggalkan bersendirian akhirnya menjadi si kecil penyu.  Si kecil keluar dari tempat persembunyiannya yang paling selesa dan selamat selama berbulan lamanya.  Si kecil  melihat dunia untuk kali pertama dari pelbagai arah.


Si kecil melihat daratan dan lautan yang luas. Si kecil penyu seakan-akan sedang membuat perhitungan. Akhirnya si kecil memilih lautan untuk meneruskan kehidupan.  Dia tidak menduga dugaan dan ancaman yang bakal dilalui.  Lautan itu luas tetapi si kecil penyu tidak bisa  menduga betapa luas lautan dan betapa kerdilnya dirinya.  Tidak sabar lagi dia terus berlari meluru laju ke lautan tetapi tidak tahu 1001 ancaman bakal menunggu.

Si kecil penyu berlari laju, sekejap-kejap dia berhenti, melihat sekelilingnya.  Teruskan berlari dan berhenti lagi. Berulang kali dia mengulanginya iaitu berlari laju dan berhenti. Meninjau tempat kelahirannya.  Mungkin dihatinya dia berbelah bagi samada mahu memilih daratan atau lautan luas untuk meneruskan kehidupannya.  Itulah perbuatan yang dilakukan sebelum mencecah kaki di lautan.   Berlari meluru laju kemudian berhenti.  Akhirnya penyu tiba di gigi air laut dan meneruskan kehidupannya di lautan luas. 

20 tahun telah berlalu, si kecil penyu yang dulunya kerdil kini menjadi dewasa yang besar dan kuat.  Kini, si kecil penyu sudah menjadi induk. Selama 20 tahun dia bertapak di lautan kini tiba masanya dia naik ke daratan.  Dia menjengah ke daratan yang pasti pasir yang pernah dipijak bertahun lamanya.  Dia kembali ke tempat kelahirannya yang merupakan bumi yang pertama kali dipijak. Objektifnya hanya satu, untuk mellepaskan telurnya bagi memastikan legasi baka dikekalkan.

 Lautan mana yang tidak disinggah, benua mana yang tidak di jejaki.  20 tahun telah berlalu dia kembali semula ke daratan yang merupakan tempat pertama dia melihat dunia.  2 dekad lamanya dia tidak lupa asal usulnya walau masa begitu panjang, bila tiba masanya dia kembali ke tempat kelahirannya sama seperti ibunya.  Mendarat dari lautan hanya untuk meneruskan legasinya walau apapun bakanya.

Si kecil penyu sebatang kara sewaktu menerjah lautan luas tanpa ibu bapanya disisi.  Bahaya yang mendatang bukan kepalang.  Ancaman yang menanti tidak diduga.  Kini, setelah 20 tahun berlalu dia kembali ke tempat kelahirannya untuk membuktikan kepada alam dia berjaya hidup di dunia sewaktu kali pertama dia memilih lautan. Akhirnya dia bergelar induk dan bakal mempunyai legasi.  20 tahun berlalu dengan begitu pantas.

2 dekad lamanya dia menerjah lautan luas dan menghadapi pelbagai ancaman dan pancaroba.....dia kini kembali ke daratan.  Tempat pertama kakinya memijak bumi indah alam ciptaanNYA.  Ternyata penyu tidak lupa akan asal usulnya. Tiada siapa dapat menduga takdir yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta..  Takdirnya kini dia kembali kepada asal-usulnya.  Bila tiba masa dan ketikanya dia kembali ke tempat pertama kakinya berpijak dan matanya melihat............


Kalau lah saya Penyu itu ...............




FAKTA PENYU :
1. Penyu bersedia mengawan pada usia 20 tahun
2. Mencari daratan untuk bertelur di tempat di mana penyu dilahirkan
3. Walau beribu anak penyu ke lautan hanya sikit yang berjaya hidup.  daripada 5000 anak penyu dilepaskan yang berjaya hidup kurang dari 10.
4. Anak penyu yang baru menetas amat suka pada cahaya dan mengejar cahaya. Penyu dewasa amat sensitif pada cahaya dan lari bila nampak cahaya.
5. Bukan di Rantau Abang, Terengganu saja tempat penyu bertelur, di Melaka pun  ada.  Air Papan, Johor pun ada.
6.  Sekali penyu bertelur sebanyak 70 hingga 200 biji dan mengambil masa 45 minit ke 1 am setengah.
7.  Sewaktu bertelur penyu bukan menangis kesakitan, tetapi mengeluarkan air mata kerana mengelakkan bola matanya dimasuki pasir. sebab selama ni penyu duduk dalam laut.  So, jangan nak buat cerita dia sakit macam nak beranak.
8. Jangka hayat penyu sangat panjang dan mencecah lebih 100 tahun.
9. Walaupun penyu hidup dalam air, setiap 45 minit sekali dia akan naik ke permukaan air untuk menyedut Oksigen. Jika tidak berbuat demikian, penyu juga akan lemas.

10.  Fakta lain, abaikan tatabahasa saya di entri di atas.  Saya tahu Penyu tu binatang tak boleh guna kata ganti nama "DIA".   Saa nak mendramatis dan gramatiskan ayat.

posted from Bloggeroid

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...