Wednesday, February 15, 2012

Nenek Oh Nenek ! Nenek ini masih remaja rupanya

Nenek berusia 'belasan tahun'


PUAN binti Ahmad menunjukkan kad pengenalannya bernombor 960412-02-0058 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis, semalam.


KANGAR 15 Feb. - Peristiwa jatuh sakit selepas menyambut Aidilfitri pada tahun lalu telah membongkar rahsia seorang warga emas yang berusia lebih 90 tahun itu masih 'belasan tahun' berdasarkan nombor kad pengenalannya.

Dalam nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412- 02-0058 yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini .

Kesilapan tarikh lahir itu disedari ketika cucunya, Siti Noratikah Mohd. Usof, 21, semasa membawa dia ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.

Jelas Siti Noratikah, kerani di klinik itu memanggilnya kerana pelik dengan usia neneknya ketika mencatatkan nombor kad pengenalan. 

Puan juga memberitahu, mana mungkin dia masih belasan tahun kerana dia yang berkahwin ketika berumur 20 tahun telah mempunyai empat anak yang berusia dari 58 hingga 72 tahun. 

''Alamat dalam kad pengenalan ini dari Kampung Tanjung, Mukim Belimbing Kiri, Kuala Nerang, Kedah kerana ketika membuat kad pengenalan baru sejak beberapa tahun lalu saya tinggal bersama anak kedua yang berusia 65 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Keria, Sanglang, dekat sini, hari ini.

Puan yang dilahirkan di Tasik Melati, Perlis baru sahaja balik menetap di sini sejak tahun lalu
Siti Noratikah berkata, sebaik sahaja menyedari kesilapan tarikh lahir dalam kad pengenalan neneknya, dia terus mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis.

''Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai yang ditemui bahawa tidak perlu membuat kad pengenalan baru kerana tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana ini hanya kesilapan tarikh lahir," katanya.
Dengan alasan semudah itu sebenarnya telah membuatkan nasib neneknya menjadi lebih malang.

Menurut anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, walaupun emaknya layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai warga emas tetapi sayangnya permohonan itu telah ditolak.

''Kemungkinan daripada salinan kad pengenalan yang diberikan itu menyebabkan permohonan itu disangka dari gadis berusia 15 tahun," katanya.
Setelah gagal dalam permohonan pertama, Mat Yusop membuat rayuan tetapi masih lagi hampa kerana permohonan BR1M untuk ibunya sekali lagi ditolak.


P/S : Pegawai mana lah bertanggungjawan buat IC nenek ni.  Pegawai mana juga lah yang cakap kesilapan tarikh lahir tu tak beri kesan.  Betul cakap kalau berada di Jabatan Pendaftaran Negara anda pasti sakit hati.  Saya dah banyak kali sakit hati sejak dari umur 12 tahun  lagi masa buat kad pengenalan sampai lah sekarang masa menguruskan kad pengenalan hilang.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...