Wednesday, August 17, 2011

Bahtera Nabi Noh

Selama tiga tahun, penduduk Bandar lama Dordrecht, Belanda memerhatikan dengan penuh minat usaha seorang peniaga tempatan untuk merealisasikan impiannya membina semula bahtera Nabi Noh yang dipenuhi ribuan haiwan plastik, kini menjadi kenyataan.

                Bahtera besar itu dibina ditebing sungai Merwede, kira-kira 65 kilometer di selatan Amsterdam.  Di sini, Johan Huibers, 52, bersama 50 pekerjanya memberi sentuhan akhir bahtera kayu berkenaan.


Bahtera kayu dibina mengikut catatan dalam Kitab Genesis

                “Kami mahu beritahu semua orang mengenai kewujudan Tuhan.  Kami mahu bina sesuatu yang dapat membantu menerangkan apa yang tertulis dalam kitab (Injil),” kata lelaki Belanda itu apabila ditanya mengapa dia melaksanakan projek pembinaan bahtera itu.

                Pada awalnya Huiber merancang membuka bahtera berkenaan yang dipanggil ‘Muzium Injil’ kepada awam pada hujung tahun ini tetapi dia akan memberi peluang lawatan sehari untuk penduduk setempat hujung bulan ini.

                Apa yang lebih mengagumkan ialah bahtera berkenaan dibina betul-betul mengikut ukuran lama seperti yang tercatat dalam kitab Genesis, yang mengatakan bahtera itu sepanjang 300 hasta, 30 hasta tinggi, dan 50 hasta lebar.

                Jarak satu hasta ialah antara siku dan hujung jari atau lebih kurang setengah meter yang menjadikan bahtera berkenaan berukuran kira-kira 150 meter panjang, setinggi 4 tingkat, 25 meter lebar dan beratnya mencecah 3,000 tan.


Walaupun kurang yakin dengan tujuannya, pekerja tetap meneruskan tugasnya bagi menyiapakn bahtera ini


                Huiber juga membina bumbung di atas bahtera berkenaan bagi melindungi 1,600 spesies haiwan plastik yang dibuat mengikut saiz sebenar.  Ia bertujuan memberi gambaran sebenar kisah bahtera Nabi Noh yang diperintahkan Tuhan untuk membina bahtera besar bagi menyelamatkan keluarga dan semua spesies haiwan sebelum bumi dilanda banjir besar.

                Kayu yang yang digunakan kayu pain Sweden yang hamper sama dengan ‘kayu resin’ seperti yang tercatat dalam Injil.  Replika haiwan dibuat daripada plastik yang ditempah dari Filipina.  Bahtera itu ada kuarters bilik tidur, termasuk bilik tidur Nabi Noh, pentas, dewan, restoran dan kemudahan persidangan yang boleh menempatkan 1,500 orang pada satu masa.



Zirafah mengikut saiz sebenar



Haiwan-haiwan plastik bersaiz sebenar dan diimport dari FILIPINA


                Terdapat juga batu kisar untuk mengisar gandum yang digunakan untuk membuat roti.  Selain itu dinding bahtera dilukis untuk menceritakan kisah bahtera berkenaan dan dan kisah lain yang tercatat dalam kitab Injil.

P/S :       Isterinya sering menyindir dan mangatakan dia kurang siuman.
               Pekerjanya turut kurang yakin dengan projek ini.

                Sebagai orang Islam, Al-Quran lah tempat rujukan yang sebenar ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...