Monday, May 19, 2014

JEPUN! AKU DATANG : KE MOUNT FUJI, KAWAGUCHI

Bismillah
Assalamualaikum w.b.t
Hai followers and readers

di Tokyo station


Sambungan entri JEPUN: AKU DATANG! ...banyak nak menulis, masa tak cukup.  Ok baik kita teruskan pada 23 Mac 2014 (Ahad) saya dan suami merancang ke Mount Fuji.  Tiket dah di beli pada hari semalam di Family Mart macam 7eleven konsep kedainya tapi lagi advance ada machine self service boleh beli tiket bas sendiri.



Pagi buta pukul 6.30 pagi, tapi kat Jepun tak buta sebab waktu ni terangnya dah macam pukul 9 pagi waktu Malaysia.
Dari APA Hotel kami jalan kaki ke Kanda Station.  kemudian kami menaiki 'Yamanote line' tiket berharga 130yen untuk ke Tokyo station.  Tiba di Tokyo station pukul 7 pagi, dekat je.
Setiba di Tokyo Station kami mencari 'Yaesu South Exit' yang akan menghubungkan kami dengan parking bas untuk ke Kawaguchiko Station.  Bas ke Kawaguchiko pukul 8.40pagi tapi kami tiba awal , bagus juga sebab di Jepun bas akan bergerak tepat dengan waktu di atas tiket.  Tak ada istilah tunggu 5 ke 10 mijit orang belum naik...no no no no. 

Banyak aktiviti yang boleh di buat di Tokyo Station.  Banyak kedai contoh watak animasi jepun spt doraemon,hello kitty,pokemon,ultraman dan macam macam lagi yang pasti rambang mata. Nak shopping pon boleh disini.  Pastikan fulus tebal.

Jam 8.30 pagi saya terus beratur di platform untuk menaiki bas JR Express bus.  Sesuatu yang tak nampak kat tempat lain driver bus sgt menghormati penumpang, driver akan turun bas dan bukak topi (uniform macam pilot) dan tunduk hormat sambil memberi ucapan selamat datang (bahasa Jepun).  Terdapat juga seorang informer yg berpakaian macam pilot dan bercakap mengguna alat pembesar suara.  Canggih,tersusun dan berdisiplin orang Jepun.
Pilot bus

Tiket bas

Dalam bas, orang sebelah makan sushi uwaaa lapar
                                     

Rumah orang Jepun

Berhenti di RnR

Perjalanan dari Tokyo station ke Kawaguchiko station dengan menaiki bas mngambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit.  Waktu berlepas 8.40 tiba 11.30 pagi.  Tiba di kawaguchiko station jangan pelik ye sebab cuacanya lebih sejuk berbanding Tokyo.

Sampai dah di Kawaguchiko station

Kami terus ke kaunter 6 untuk beli tiket ke station mount fuji malangnya jalan ke gunung fuji di tutup sebab snow dan dibuka pada april-november.  Uwaaa macam nak menangis nasib baik ada alternatif lain.
Tak boleh naik ke Mt.Fuji 5th Station
Kami memilih alternatif lain hanya sightseeing bus tiket berharga 1300yen untuk pas 2 hari.  Dapat tiket, tunggu di Terminal 1 utk naik Retro bus.  Bas ini akan berhenti di lake tertentu.  Di lake kawaguchiko permandangannya cukup indah dengan berlatarbelakangkan gunung fuji sebijik macam dalam poskad.  Ada juga ladang lavender dan kedai yang menjual pelbagai keperluan berasaskan wangian lavendar.
Beli tiket Retro bus


Dalam bas.  Tengok pamplet tu 4 musim permandangan Gunung Fuji
Permandangan dari jauh Gunung Fuji


Di lake kawaguchi berlatarbelakangkan Gunung Fuji
dihadapanku ladang lavendar

                                       

Kemudian,kami naik ke mount kachi kachi dgn menaiki ropewalk macam cable car lah. Permandangan sangat indah dan boleh ambil gambar berlatarbelakangkan gunung fuji.  ada juga pkhidmtan ambil dan cuci gambar 1000yen. Gunung ni ada patung arnab yang kalau dipegang kakinya mengikut kepercayaan orang Jepun kaki kita akan jadi kuat.
Sebelum menaiki cable car

Di dalam cable car yang penuh sesak

Berlatarbelakang salji di mount kachi kachi
                                                                              

pokok kering akibat cuaca sejuk
                              

                           








Di stesen kawaguchiko
masa untuk pulang


Setelah tamat aktiviti kami di sini, kami pulang ke Tokyo station pada jam 6.30 petang (cuaca sejuk) dan agak gelap dari Malaysia. Sepanjang perjalanan dalam bas, lampu bas tidak dimatikan.... Selalu kat Malaysia, naik bas terus matikan lampu dan kita akan tidur dengan nyenyaknya. Ok,sampai di Tokyo station pukul 9 dan terus naik 'yamanote line ke kanda untuk  pulang ke hotel dan tidur ,letih tapi gembira....nantikan episod akan datang .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...