![]() |
Robot Cuci Rambut . SUmber : Utusan Malaysia |
LONDON 3
Mei - Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut
dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic.
Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang
upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan
komersial.
Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan
urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang
biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut.
Berdasarkan video promosi Panasonic, mesin diberi nama Robot
Penjagaan Kepala itu mempunyai alat pengesan dalam setiap 24 jarinya untuk
mengukur kepala pelanggan, membolehkannya menyesuaikan cara mencuci rambut bagi
setiap individu.
Layan video ini :
Urutan robot itu dikatakan 'agak menyenangkan' dan menawarkan
tahap keselesaan yang tidak dapat diperolehi pelanggan salun dengan tangan
manusia.
Robot itu mula berfungsi dengan menyembur air panas dan mengenakan
syampu ke kulit kepala pelanggan dengan menggunakan 24 jarinya dengan 'lembut'.
Perapi kemudiannya disembur sehingga peringkat terakhir cucian
iaitu urutan oleh robot dan pada masa sama, ia mengeringkan rambut pelanggan.
Buat masa ini, Robot Penjagaan Kepala itu hanya digunakan untuk
pelanggan yang berambut panjang, namun ia masih mendatangkan rasa tidak selesa
kepada mereka.
Teknologi itu pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan di rumah
penjagaan dan hospital bagi memberi warga emas dan orang kurang upaya 'kualiti
hidup yang lebih baik'. - AGENSI
Sumber : Utusan Online
P/S : Best nya kalau mesin ni dicipta , kalau ada mesin ni kelak dan harga tak jejak ribu-ribu saya nak lah beli . So tak payah ke Saloon lagi. Mesin urut full body massage pun saya nak beli gak kalau mampu. Sekarang saya hanya ada mesin U-shape je untuk kempiskan perut yang buncit. Setakat ni itu saja yang mampu.