Monday, February 13, 2012

Pejabat Khairul Fahmi (Apek) disimbah cat

Pejabat Khairul Fahmi disimbah cat hitam


SEIYED Ahmad Mohamad Yusoff menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran kejadian simbahan cat berwarna hitam di pejabat KFR, Kota Bharu, semalam.




Khairul Fahmi Che Mat ( APek)


KOTA BHARU 13 Feb - Selepas diselubungi dengan pelbagai kontroversi, penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat berhadapan dengan ancaman apabila pejabat milik syarikatnya, Khairul Fahmi Resources Sdn. Bhd (KFR) di Jalan Sri Cemerlang dekat sini, disimbah cat hitam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Ia merupakan kejadian ketiga pejabat tersebut disimbah cat hitam. Kes pertama berlaku pada 5 Febuari lalu melibatkan kawasan depan pejabat. Kejadian kedua dan ketiga berlaku selama dua hari berturut-turut iaitu pada kelmarin dan semalam.


"Bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, KFR telah mengupah tiga pengawal peribadi untuk menemani dan menjaga keselamatan Apek sepanjang masa.


Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.

"Pada mulanya kami anggap kejadian ini perbuatan kanak-kanak nakal. Tetapi selepas ia berulang beberapa kali kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, sebab itu kami buat laporan polis. 

"Saya percaya kejadian ini berlaku di antara pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi," katanya. 

Sumber : Utusan online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...