Wednesday, August 10, 2011

10 orang yang sangat pintar tapi mati sia-sia



Aeschylus
Seorang seniman zaman yunani kuno meninggal kerana kura-kura pada tahun 500SM.  Ye, kura-kura yang ada cengkerang keras tu.  Seekor burung helang menjatuhkan kura-kura dan menimpa kepala Aeschylus yang botak lalu meninggallah dia.  Hadoi sakitnya !!


Sir Francis Bacon
Dia ni memang suka mengkaji.  Satu hari dia nak pastikan samaada salji boleh awetkan daging atau tidak.  Dia ambil seekor ayam dan bunuh ayam tersebut, kemudian menimbus bangkai ayam.  Dia tunggu lah eksperimen dia berjam-jam lamanya dengan cuaca sejuk akibat salji.  Selepas kejadian itu dia menderita Pneumonia akibat kesejukan dan kedinginan dan meninggal hari yang sama dia buat eksperiman.  Apa pun tak boleh lah.  Kesian......


Tennessee Williams
Dia ni terbabit dalam penyalahgunaan alcohol dan ubat-ubatan.  Pada satu hari pada tahun 1983 dia tertelan penutup ubat dan meninggallah dia akibat yang paling sadis sekali.  Mati akibat tertelan penutup botol .  Adoi !! takot mak  !



Attila The Hun
Wow ! dia ni antara orang yang paling ditakuti pada zaman empayar rom 464M.   Masa malam dia menikah dia memabukkan dirinya sendiri dan mengalami pendarahan yang teruk akibat memabukkan diri.  Esok paginya isteri dia sedar-sedar dia dah mati dengan lantai rumahnya penuh dengan darah yang mengalir.  Hadoi sempat kahwin sehari sahaja.  Kesiannnnnn


Tycho Brahe
Pada abad 16 di Denmark sesuatu yang agak janggal kalau meninggalkan meja jamuan makan sebelum majlis berakhir.  Akibat tak tertahan nak buang air kecil atau kencing dia tahan aja lah sebab orang-orang dalam jamuan tersebut melarangnya pergi ke tandas.  Selepas sebelas hari selepas kejadian did pun terbunuh.  Selepas 400 tahun kematiannya, kajian mendapati Tycho Brahe mati akibat keracunan mercury chloride dan menjalar keseluruh tubuhnya.



Holy Roman Emperor Frederick
Dia terkenal memakai baju baja yang sangat berat.  Setelah dia melalui padang gurun yang panas dia ternampak satu sungai iaitu sungai Saleph.  Dia terus melompat dalam sungai tersebut dengan baju bajanya yang berat.  Lepas dia lompat dalam sungai terus tak timbul-timbul sebab tenggelam hingga ke dasar sungai.


Jean Baptise Lully
Seorang ahli muzik dan konduktor abad ke-17.  Bukan konduktor bas tapi konduktor muzik yang duduk dibarisan hadapan dan tangan lintang pukang, bersilang pukang masa orang nyanyi atau bermain alat muzik.  Selama latihan untuk karya terakhirnya dengan perasaan gembira yang tak terhingga kayu konduktor tertusuk ke dalam kaki kanannya.  Kemudia dia meninggal kerana keracunan darah.  Adoooiiii mati yang sia-sia.


Pope Johann XII
Ketika berumur 18 tahun dia mati iaitu tahun 963M kerana dibaling oleh tunangnya.  Tunangnya membaling pintu bergagang mutiara dan dia mati akibat balingan tunangnya itu.  Ingat perempuan tak kuat ke??  Kesian.. mati yang sia-sia.



Jim Fix

Mempunyai amalan berjalan dan diet yang sihat untuk usia lanjut.  Dia juga pengarang 70 buku best seller dan The Complete Book of Running Touted.  Beliau memang rajin berjogeng dan akhirnya meninggal ketika berjogging.



Jerome Irving Rodale
Dia merupakan penemu makanan organic dan penerbit akhbar.  Ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen dalam acara Dick Cavett pada tahun 1971 dan mangatakan bahawa dia akan hidup hingga 100 tahun.  Sesaat kemudian, dia meninggal dikerusi dimana dia diwawancara akibat serangan jantung.  Haduih tu lah yakin boleh sangat !  Dan hasil wawancara tersebut tidak pernah disiarkan hingga saat ini.  Kesian mati yang sia-sia.

P/s:  Macam-macam jenis mati pun ada kan.   Tu semua qada’ dan qadar.  Jodoh pertemuan ajal dan maut ditangan tuhan.  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...