Thursday, January 26, 2012

Siapa Yang Layak Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) ?

Brosur SARA 1Malaysia
Petang tadi pergi CIMB Bank, Kota Tinggi ternampak 1 brosur yang menarik perhatian.  Sebenarnya dah lama aku cari maklumat tentang SARA 1Malaysia ni.  Alhamdulillah, terjumpa juga brosur yang sangat berguna.  Sebenarnya aku adalah salah seorang dari berjuta rakyat Malaysia yang berminat dan berharap dapat sertai SARA 1Malaysia ini.  

Bagi yang tidak tahu, ini sedikit maklumat untuk anda :

Apa itu SARA 1Malaysia ?
-merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.

Apakah tujuan SARA 1Malaysia?
-Untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur disamping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Apakah keistimewaannya?
-rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),
dan akan menerima bayaran insentif yang menarik keatas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

(Kalau tak memohon pinjaman dan ada cash RM5,000, pulangan yang diterima setiap bulan RM1++ , kalau tak silap sebab pernah dengar dalam Televisyen)

Siapa yang layak memohon ?
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-58 tahun (yang Bangla, Indon, Pakistan etc, jangan nak cuba-cuba mohon eh!)
  2. Jumlah pendapatan isi rumah pemohon  antara RM500-RM3,000
  3. Tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh ASNB, PPRT, ASB Sejahtera, ASW 2020-Bandar
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di ASNB, kalau ada pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  6. Hanya salah seorang isi rumah layak dapat pembiayaan pinjaman
  7. kelulusan tertakluk pada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan
 Dokumen-dokumen yang perlu disediakan :
  1. Kad pengenalan pemohon -2 salinan
  2. kad pengenalan pasangan (jika berkenaan)-1 salinan
  3. Dokumen Pengesahan pendapatan:
             -Penyata gaji 3 bulan terkini atau penyata bank 3 bulan terkini pemohon dan/atau pasangan
             -sekiranya tiada Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan dalam BPPSARA1M


P/S : Seriously saya sangat berminat dengan SARA 1Malaysia ni.  Tapi had limit pelaburan hanya RM5,000 dan bolehlah simpan buat dalam 5 tahun pejam celik pejam dah dapat pulangan.  Tapi saya rasa saya tak layak memohon .  Hurrmmmm  sedih :-(

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...