Sunday, August 7, 2011

Memang gila kentang lah !!

Suhu tepat untuk tanaman, kemudahan pemprosesan  canggih dan kepakaran turun-temurun menjadikan keluaran kentang dingin beku Amerika Syarikat yang terbaik di dunia.

Frozen Straight Cut
Kentang potongan lurus biasa digoreng sebagai hidangan sampingan kepada sandwich dan masakan lain di kebanyakan restoran restoran seluruh dunia.  Rasanya lebih enak apabila ditabur sedikit garam dan dimakan panas.  Kentang goreng juga digemari sebagai kudapan.


haaaa ambik kau , siap webpage Mc'D aku copy paste

Hash Brown Patties

Kentang seperi bergedel bentuk segi empat ini biasa disajikan bersama sarapan di kebanyakan restoran walaupun sesuai juga dimakan pada bila-bila masa sebagai kudapan enak dan mengenyangkan.  Penyediaannya mudah, tidak perlu dinyahbeku kerana boleh terus dimasak.



Frozen Wedges

Kentang potongan baji ini member lebih kepuasan rasa kerana lebih tebal dan sedap dihidangkan bersama daging bakar atau daging gril selain sandwich.  Kentang ini juga mudah digunakan dalam penyediaan lauk seperti gulai dan daging goreng berkentang.



Crinckle cut fries

Kentang potongan keriting ini cantik dihidangkan dan digemari kanak-kanak kerana bentuknya cukup menarik.  Lebih istimewa, disebabkan bentuknya, kentang goreng ini lebih rangup.  Kentang ini sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera dan enak dimakan bercecah pada majlis harijadi dan jamuan petang.

P/S : keempat-empat jenis kentang LD dah makan....  Semua pun daripada kentang cuma cara presentation kentang yang membezakan nama-nama kentang .  Apapun kentang-kentang diatas bukan dibuat daripada keledek atau pisang ...kentang tetap kentang ! Memang gila kentang ah !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...