 |
Gambar hiasan. Sumber: Google |
Pada hari Jumaat, ramai memilih memakai
pakaian berwarna hitam untuk ke tempat kerja.
Begitu juga dengan diriku. Sedang
aku memakai selendang berwarna hitam, fikiran aku tiba-tiba mengimbau satu
peristiwa yang akan aku kenang sampai bila-bila. Misteri wanita berjubah dan bertudung hitam.
 |
Universiti sains Malaysia, Penang |
Pelajar USM
Masa tu aku belajar di USM,
Penang. Pada tahun ke 3 di Universiti
aku akui sangat tertekan dengan subjek yang diambil. Dengan 18 jam kredit dan setiapnya paper yang
tough. Kebanyanyakannya paper yang
aku ambil jam kreditnya ialah 4. Kalau
masa semester 1 dulu jam kredit kebanyakannya ialah 2 jam kredit dan
kebanyakannya paper pengantar (asas).
Tahun ke 3 di Universiti adalah
masa yang paling tertekan bergelar pelajar Universiti. Pagi, petang, siang, malam kena hadir
kuliah. Dah lah tak ada kenderaan ,nak fotostat sana sini. nasib baik ada bas komuter yang disediakan pihak Universiti. Fakulti Pendidikan (di USM Fakulti disebut School/Pusat Pengajian) terletak sangat jauh
dengan Desasiswa (kebanyakan Universiti Desasiswa disebut Kolej). Kalau terlewat nak ke Kuliah atau kelas
Tutorial memang masak ah nak berebut naik bas komuter dengan pelajar lain. Kalau dah lambat sangat aku ambil keputusan
berjalan kaki bersama rakan lain untuk ke kelas. Masa begelar pelajar percaya atau tidak berat
badan aku hanya 49kg. Berat terkini tambah lagi 11kg.
 |
Perpustakaan Hamzah Sendut 2 |
Tertekan
Penat sangat hari tu. Masa tu dapat tugasan/ assignment dari fakulti/pusat
pengajian Ilmu Kemanusiaan amat menguji perasaan aku. Aku ambil minor di Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan iaitu Sastera. Pensyarahnya
jangan cakaplah garang sangat. Bayangkan
dia boleh menegur pelajar di dalam bilik kuliah yang kira-kira 200 pelajar
didalamnya kerana pelajar itu menggoyang kaki.
Dia menjerit menyebut nama dan
menyuruh pelajar tersebut berhenti menggoyang kaki yang aku pasti tindakan
goyang kaki oleh pelajar tersebut merupakan satu tindakan luar kawal. Pernah satu peristiwa pensyarah tersebut
memarahi pelajarnya kerana telefonnya berdering. Guru tersebut merupakan seorang guru yang menyambung pelajaran sepenuh
masa. Umur guru berkenaan lebih kurang awal 40an. Bayangkan betapa malunya muka cikgu tu dimarahi pensyarah yang umurnya lebih kurang sama. Pensyarah tu menyuruh guru tersebut meminta maaf dengan pelajar yang ada dalam kuliah yang hampir 200 orang atau lebih.
Dapat tugasan aku sangat
stress. Kalau stress tu ada 10 , stress
aku memang 10/10 lah. Aku tak tahu nak
cari mana sumber untuk buat assignment.
Pergi di perpustakaan hamzah Sendut di USM untuk cari buku yang
disenaraikan pensyarah, malangnya 1 buku yang diseb=naraikan pun tak ada. Maklumlah pelajar yang ambil subjek tu ramai,
buku yang disediakan entah berapa biji.
Memang tak cukup. Tanya dengan
senior lama memang tak membantu sebab kebanyakannya dapat keputusan yang tak
memberansangkan. Puas aku dan tak lupa
rakan ku cari bahan rujukan dan contoh-contoh esei untuk assignment yang
diberi. Malangnya tak jumpa dan kalau
ada pun tak membantu sebab terlalu sedikit contohnya.
Masa hantar assignment sudah hampir. Segala assignment paper lain aku dah berjaya
buat dengan baik sebab dapat banyak rujukan dan dibantu rakan-rakan sekelas
lain. Assignment sastera itu sahaja aku
tak dapat buat dengan baik sebab tak banyak contoh dan rujukan yang
diberi. Takkan hanya nak harapkan nota
kuliah yang diberi pensyarah. Memang nak
kena bamboo lah kalau buat assignment macam tu
 |
Gambar Hiasan . Sumber Encik Google |
Wanita berjubah hitam
Waktu itu senja. Hanya sinar meremang yang menyimbah muka
bumi. Masa tu aku dan kawan baik ku di
USM, Rini berjalan di belakang Perpustakaan Hamzah Sendut 2 dan melalui
jambatan yang menghubungkan bangunan Eureka.
Kawasan tersebut agak tersembunyi.
Masa tu aku sangat stress begitu
juga dengan kawan baikku. Wajahku agak
sugul, tertekan dengan memikirkan pelbagai asiignment subjek major dan minor yang
perlu disiapkan. Ditambah dengan jadual
yang sangat padat dari pagi hingga ke malam.
Aku dan kawanku tidak habis-habis
merungut tentang assignment sastera yang aku perlu buat sambil muka yang
berkerut-kerut menandakan sangat tertekan.
Sedang aku merungut. Tiba-tiba.......
”kenapa ni dik?”
Aku memandang ... tekejut berok !
rupa-rupanya seorang wanita berjubah dan bertudung hitam menegur aku dan
kawanku.
“saya ni tengah pening kepala nak
buat assignment. Cari bahan rujukan ..
buku pun kat perpustakaan semua dah dipinjam.
Contoh esei pun tak jumpa.
"Ya
Allah pening sangat serabut kepala,” rungut diriku
“Subjek apa dik?”
“oh ! subjek sastera kat pusat
pengajian Ilmu kemanusiaa. Pensyarah Dr. SIti H****
“Oh yang subjek sastera yang tuuu
(tak boleh bagitahu disini) , akak
rasa tesis rujukan boleh tengok di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , kat
tingkat bawah. Ada banyak tesis kat situ
yang boleh dibuat rujukan.Sampai petang je bukak. Kalau time macam ni memang dah tutup lah”
“ yeke kak ? mana akak tahu ? oh
waktu macam ni dah tutup ek ?” (aku
panggil dia akak walaupun wajahnya macam makcik-makcik)
“ Akak ni pelajar juga kat sini,
dah nak balik ni, akak kenal Dr. Siti Ha*** tu”
“ok .. terima kasih kak , ringan
sikit kepala saya ni”
 |
Result yang ada anak panah. A bulat tu ... bukan A minus eh. Itu lah subjek yang menekan perasaanku |
Assignment
Esoknya aku pergi ke Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Aku terus
cek krisalis , ambil nombor buku dan cari.
Alhamdulillah ! aku bersyukur sangat , tajuk yang pensyarah aku bagi
memang sebijik ada di tesis tersebut memang bulat-bulat. Bibliografi yang ada pun sudah cukup untuk
aku pergi ke perpustakaan Hamzah sendut untuk cari buku tersebut. Aku pun menyalin lah segala tesis yang ada
kaitan sebab malangnya tesis tersebut tak boleh dibawa keluar. So, aku tak boleh fotostat.
Terus ke Perpustakaan Hamzah
Sendut untuk cari buku.... dan... Alhamdulillah ! buku yang dicari ada. Aku pun fotostat.
Assignment dihantar dan
Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah di dalam kelas tutorial pensyarah memulangkan
semua esei assignment pelajar yang telah dibuat dan aku mendapat A. A bulat ok bukan A-. Malangnya aku tak simpan dah esei tu kalau
tak boleh jadi bahan artifak untuk anak cucu aku tengok.
Misteri tak terungkai
Memang X-files betullah. Sampai sekarang aku tertanya :
Siapakah makcik
berjubah dan bertudung hitam itu?
Bagaimana
dia tiba-tiba muncul di belakang Perpustaan Hamzah Sendut di saat aku
merungut-rungut? Siapakah dia yang
melalui jalan yang sama aku gunakan pada waktu senja?
Apa-apa pun kalau makcik tu baca
blog aku ...aku memang nak belanja makcik tu makan lah. Terima kasih Allah kerana menemukan aku
dengan makcik tersebut yang memberi jalan melegakan kepalaku yang rungsing.
 |
Akhirnya dah konco 3 tahun lepas. Tahun 2009 |
P/S : Kepada pelajar USM yangs erabut pasal assignment ke hape ke . Sila lah ke Perpustakaan Hamzah Sendut 2 sambil lalu kat jambatan kecik yang menghubungkan Eureka. Kot-kot makcik yang tolong aku boleh tolong anda-anda semua.