Friday, February 1, 2013

(Gambar) Memey Suhaiza sudah bergelar ibu


Tahniah ! diucapkan kepada memey Suhaiza yang telah bergelar ibu.  Dengan kelahiran bayi lelakinya melengkapkan kehidupan seorang wanita bagi diri Memey Suhaiza.  Perkahwinan yang berlangsung pada Oktober 2011  bersama Norman Hakim setelah melalui pelbagai ujian akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. 

Kini, pelakon Memey Suhaiza yang berasal dari Felda Tenggaroh, Kota Tinggi Johor telah bergelar ibu.  Sebelum ni pun beliau telah terbiasa dengan rutin seorang ibu kerana sudah ada anak tiri iaitu 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi.

Kini, Norman hakim sudah ada 2 cahayamata lelaki dan 2 perempuan dan pertama kali bagi Memey Suhaiza.  Keluarga yang cukup besar ini nampak bahagia lebih-lebih lagi hubungan bersama bekas isteri Norman Hakim sudah elok.  Tahniah sekali lagi.  Dari gambar di atas nampak muka Memey Suhaiza ceria, bertenaga walau baru melahirkan dan itu tandanya dia ikhlas menjadi seorang ibu.


Sumber gambar : Instagram Memeysuhaiza

(Gambar) Liyana Jasmay sudah bernikah




Tepat jam 10.27 pagi tadi Liyana binti Datuk Jasmay atau lebih dikenali sebagai Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Liyana menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh dan antara barangan yang diterima pihak perempuan adalah tepak sirih, tas tangan dan set barang kemas.
Aktres berusia 24 tahun ini turut menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM28,388.


"Alhamdulillah, setelah apa yang kami rancangkan, akhirnya semua terlaksana juga pada hari yang bersejarah ini. Kami sah menjadi suami isteri."
Liyana anggun mengenakan busana rekaan Jovian Mandagie serba putih dan Fathuddin kelihatan segak berbaju Melayu daripada rona sedondon.
Majlis pernikahan mempelai ini telah dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin dan pihak media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan pada sebelah malam hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sumber: Yahoo!
Tahniah kami ucapkan kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...