![]() |
Samsung |
Sekarang semua orang gila kan Smartphone. Ini kerana pelbagai aplikasi yang menarik, banyak dan percuma. ia juga memudahkan komunikasi dengan orang sekeliling.
Saya juga menggunakan sistem operasi Android kerana banyak aplikasinya yang percuma dan memudahkan perhubungan. Sebagai contoh perisian Whatsapp dan Viber yang amat membantu (maklumlah Perkahwinan jarak Jauh). Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bil bulanan telefon saya.
Oleh kerana saya juga pemilik Samsung Tablet jadi saya telah menyumbang peningkatan jualan Samsung yang mengatasi Nokia.
SILA LAYAN ARTIKEL DI BAWAH
_________________________________________________________________________________
SAN FRANCISCO:
Samsung menjual 86.6 juta telefon mudah alih iaitu peningkatan 25.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Samsung juga merampas semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telefon pintar daripada pembuat iPhone, Apple, dengan menjual 38 juta telefon pintar dalam suku pertama tahun ini daripada keseluruhan 144.4 juta.
Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google mencakupi 56 peratus pasaran dunia atau 81.07 juta telefon pintar disusuli iOS sebanyak 22.9 peratus atau 33.12 juta unit. - AFP
Sumber Berita Harian
No comments:
Post a Comment