Monday, April 30, 2012

Felda Lantik Tujuh Bank untuk Pembiayaan Membeli Saham Felda Global Ventures Holding (FGVH)

Logo Felda

Felda lantik tujuh bank

KUALA PILAH 26 April - Felda bakal melantik tujuh bank komersial dalam usaha memudahkan peneroka Felda mendapatkan kemudahan pembiayaan membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selepas proses penyenaraian di Bursa Malaysia dilakukan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu wajar dilakukan berikutan jumlah peneroka yang mahu membeli saham-saham FGVH terlalu ramai yang meliputi 200,000 orang termasuk peneroka Felda generasi pertama.

"Proses perbincangan telah selesai dan setakat ini kita mendapati tujuh buah bank mampu menyertai program ini bagi menawarkan kemudahan pembiayaan kepada peneroka.

"Sekiranya kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana kita sudah kesuntukan masa, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan Felda dan bantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Program Sosial Korporat Pendidikan 1Malaysia Sumbangan Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan, di Sekolah Kebangsaan Felda Kepis, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, inisiatif tersebut juga bertujuan mengelakkan peneroka ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.
\

"Tujuh bank tersebut adalah Maybank, CIMB, Ambank, Bank Muamalat, Bank Islam, Affin Bank dan OCBC Bank yang dikhususkan mengikut negeri," katanya.

Mohd. Isa memberitahu, pembiayaan bukan menjadi kemestian sekiranya peneroka mempunyai kemampuan, mereka boleh menggunakan wang mereka tanpa pembiayaan dari bank berkenaan.


Apa yang saya faham dan saya ulas dari kenyataan diatas ialah :

1.  Untuk membeli saham di FGVH , Peneroka perlu membuat pinjaman dari salah satu 7 Bank yang disenaraikan.

2. Setiap FELDA bagi setiap negeri , telah ditetapkan Bank yang menyediakan pembiayaan bagi Peneroka FELDA.  Peneroka Negeri Johor perlu membuat pinjaman melalui Maybank, Peneroka Pahang melalui CIMB Bank.

Contoh Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan Awam Felda Global Ventures Holdings BERHAD


3.  Memetik kata-kata Tan Sri Isa diatas, dalam petikan akhbar Utusan Malaysia

"Sekiranya kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana kita sudah kesuntukan masa, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan Felda dan bantu mereka," katanya.

Lily Damia = Apa yang dimaksudkan dengan "KITA LANTIK BANK-BANK INI UNTUK PERGI KE KAWASAN FELDA DAN BANTU MEREKA"

-  Sesungguhnya saya sangkal dakwaan di atas, bahawasanya tiada Bank pun yang datang ke Felda kami. untuk menerangkan atau membantu.  Saya menghantar emak saya dan hanya diberikan dokumen setebal lebih kurang 60 mukasurat dan perlu ditandatangani segera.  Saya akui emak saya tidak membaca langsung surat itu dan hanya memberitahu , " ikut je orang lain sign" .  Saya akui warga emas di Felda saya tidak pernah pun pernah membuat pinjaman seumur hidup mereka (kalau ada pun amat sikit jumlahnya)  dan apa yang ditandatangani oleh mereka, sebenarnya warga peneroka warga emas ini tidak faham tentang perkara yang ditandatangani dan tidak diberi penjelasan yang mendalam.  Mereka hanya tahu ikut arahan iaitu, menyerahkan salinan IC, salinan Buku Bank Maybank.  Malahan bagi peneroka yang tidak mahu bersusah payah mengisi borang, diarahkan memberi RM5.00 untuk tugasan mengisi borang oleh individu tertentu.

- Betapa terhutang budinya mereka kepada FELDA dan memandang FELDA semulia-mulia pandangan, apa yang FELDA berikan dan uruskan untuk mereka, mereka akan telan 100% bulat-bulat tanpa syak wasangka dan segalanya manis buat mereka.

4.  Bagi peneroka FELDA yang mampu untuk membayar ansuran bulanan kepada Bank adalah tidak menjadi masalah untuk mereka membuat pinjaman untuk melibatkan diri dalam saham FGVH.

5.  Memetik kata-kata Tan Sri Mohd Isa , 

"Mohd. Isa memberitahu, pembiayaan bukan menjadi kemestian sekiranya peneroka mempunyai kemampuan, mereka boleh menggunakan wang mereka tanpa pembiayaan dari bank berkenaan"

Lily Damia = Pada pendapat saya, penyataan telah diberi secara terang-terangan iaitu pembiayaan bukan satu kemestian, kalau ada duit boleh guna duit sendiri, tetapi bagi mereka yang tiada wang sendiri atau wang simpanan bolehlah membuat pinjaman dengan Bank.

Tetapi harus diingat , Adakah kemampuan warga Peneroka FELDA untuk membayar ansuran bulanan kepada Bank? . 

Saya amat berharap warga Peneroka yang kebanyakannya warga emas di Negara Malaysia mampu membayar ansuran bulanan pinjaman.

Semoga saham FGVH mencapai objektifnya dan mendapat pulangan setimpal seperti mana yang diharapkan.  Itu doa saya.

Bagaimanakah Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad diagihkan ?

Logo FELDA
Dr. Rosli Yaakop, 26 Apr 2012
Akhbar media baru, Malaysiakini semalam (Rabu, 25 April 2012) melaporkan Pengerusi Felda sebagai berkata bahawa FGVHB bakal di senaraikan Jun ini tanpa penglibatan KPF bagi mengambil manfaat maksimum dari  harga komoditi yang memuncak  sekarang. Selepas bulan Jun, harga komoditi dijangka menurun dan dikhuatiri harga saham syarikat berasaskan komoditi seperti FGVHB, akan turut jatuh. Juga dilaporkan pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan durian runtuh kepada peneroka dalam satu program di Felda Jengka 8 pada 8 Mei ini.  Durian runtuh itu akan dibayar dalam bentuk tunai dan saham – mungkin tunai sebelum penyenaraian dan saham selepas penyenaraian.

Tiada keraguan peneroka pasti mendapat durian runtuh kerana Perdana Menteri telah menjanjikan demikian. Seluruh Malaysia malah seluruh dunia sudah tahu. Tidak boleh beliau “flip-flop” lagi. Kalau tidak ditunai, ia pasti akan membawa padah buruk kepada Perdana Menteri. Ingat, undi warga Felda adalah simpanan tetap UMNO.


Soalnya: Berapa banyakkah durian runtuh itu? Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa durian runtuh yang bakal diterima peneroka “bukan kecil tetapi besar dan dibayar bukan sekali tetapi dua kali.”  Malah Perdana Menteri pernah berkata bahawa “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.”  Bloger-bloger pro-UMNO meramalkan antara RM10,000 ke RM50,000.
Sumber terpercaya memberitahu saham FGVHB bakal diagihkan seperti Jadual 1:
Jadual 1: Agihan Terbitan Primari Saham FGVHB

Pemegang Saham Selepas Terbitan Awam (IPO), Tawaran untuk Jualan (OFS) oleh Felda tetapi tidak termasuk Tawaran Greenshoe Option oleh IHC


Unit Saham (j.) Nilai Saham @RM5.85 se unit (RM b.) %
1 Felda 0 0 0
2 IHC (Memegang bagi pihak KPF dan ASF) 1,265 7.4 37.0
3 Kerajaan-Kerajaan Negeri 513 3.0 15.0
4 Rakan Kongsi Strategik 684 4.0 20.0
5 Pekerja (Pink Form) 86 0.5 2.5
6 Pelabur Runcit (pengundian) 68 0.4 2.0
7 Pelabur Bumiputera (MITI) 393 2.3 11.5
8 Pelabur Institusi Lain 411 2.4 12.0

Jumlah 3,420 20.0 100.0

Dari jadual 1 di atas perkara berikut boleh diperhatikan:

Felda melupuskan segala kepentingannya di dalam FGVHB. Sebagai balasan, Felda mendapat bayaran sekali sahaja (one-off payment) berjumlah RM10 bilion terdiri dari RM2.4 bilion (bayaran pelupusan kepentingannya dalam FHB kepada FGVHB dan RM7.6 bilion (penjualan sahamnya dalam FGVHB sebanyak 1.3 bilion unit pada harga RM5.85 se saham). Tinggallah Felda sebagai badan berkanun tanpa sebarang perniagaan kecuali – mungkin – menguruskan tanah peneroka sahaja.  Jumlah ini hanya mampu menampung 5 tahun perbelanjaan Felda (purata RM2 bilion setahun) pada saiz Felda yang ada sekarang. Itu pun sekiranya wang itu tidak digunakan untuk maksud-madsud lain. Selepas ini, kalau Felda mahu terus wujud, ia perlu disuntik dengan wang pembayar cukai.

Dua bakal pemegang saham terbesar FGVHB ialah IHC dan rakan kongsi strategik, masing-masing memegang 37% dan 20% saham FGVHB dengan jumlah kawalan majoriti sebanyak 57%. Saham 37% itu adalah balasan bagi pelupusan 51% harta  KPF di dalam FHB.  IHC memegang saham berkenaan kononnya bagi pihak KPF dan Amanah Saham Felda (ASF) yang bakal ditubuhkan supaya “saham itu tidak tergadai.” Sebagai balasan, IHC bakal “membayar” KFF dan ASF dengan redeemable preference shares (RPS) yang tidak membawa kuasa mengundi. Maknanya, kuasa menguruskan saham itu diberikan kepada IHC secara mutlak.  Kecuali saham itu dijual, KPF tidak mendapat apa-apa “capital gain” dari penyenaraian FGVHB. Apabila FGVH mengeluarkan dividen nanti, KPF akan mendapat 37% dari jumlahnya ditolak fi perkhidmatan dan lain-lain caj oleh IHC. Saham milik KPF, kalau diagihkan kepada 209,913 ahli KPF, maka pada puratanya, setiap orang bakal mendapat 6,026 unit saham se orang (kira-kira 6 lot). Ini hanya milikan atas kertas yang tidak boleh dijual, bermakna ahli koperasi tidak mendapat apa-apa keuntungan pun daripada penyenaraian.

Pekerja Felda sebagai satu kumpulan, melalui borang merah jambu bakal diperuntukkan 86 juta saham (2.5%), bermakna, secara purata, setiap pekerja berpeluang membeli 3,440 unit saham atau lebih kurang 3 lot (jumlah pekerja Felda berjumlah 25,000). Pada harga terbitan RM5.85 se saham, pekerja perlu menyediakan RM20,124 seorang (jumlah:  RM0.5 bilion) untuk membeli saham ini. Tentunya pinjaman bank akan disediakan tetapi bila membeli saham dengan pinjaman, kemungkinan untuk menjual saham dengan segera amat tinggi kerana peminjam ingin mengurangkan beban hutang. Boleh dijangkakan saham ini akan dijual di pasaran sekondari. Jika selepas disenarai, saham ini boleh dijual pada harga RM8.00 se saham, pekerja Felda akan mendapat keuntungan (lepas tolak hutang bank) sekitar RM200 juta, atau RM8,000 se orang.

Tiada peruntukan melalui borang merah jambu kepada peneroka. Kalau peneroka berminat untuk membeli saham FGVHB, mereka kenalah bertanding dengan orang ramai. Kerana saham yang diperuntukan kepada pelabur runcit amat kecil (68 juta unit atau 2%), peluang untuk mendapat saham amat tipis. Kalau bernasib baik, pembeli runtik akan dapat sekadar satu lot (1,000 unit saham).

Saham yang diperuntukkan khusus kepada Bumiputera (melalui MITI) agak besar – 393 juta unit atau 11.5%. Hatta, kalau saham ini kesemuanya diagihkan kepada peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu, setiap seorang, pada puratanya, akan mendapat 3,489 unit saham (hampir 4 lot). Kecuali diagihkan secara percuma, tidak ramai peneroka yang mampu membeli sampai 4 lot kerana kosnys ialah RM23,400.  Tetapi sumber terpercaya memberitahu saham ini bakal diperuntukkan kepada “sekumpulan pelabur terpilih” (bukan peneroka) yang besar kemungkinan terdiri daripada penama-penama yang mewakili sebuah parti politik yang pinjaman banknya telah disediakan untuk mereka. Pada harga RM5.85 se saham, pembelian saham ini melibatkan kos RM2.3 bilion. Kalau selepas penyenaraian, saham ini boleh dijual pada harga, misalnya, RM8.00 se saham, ialah menghasilkan keuntungan kasar hampir RM850 juta.   Oleh yang demikian, yang bakal mengaut keuntungan besar dan segera dari penyenaraian FGVHB ialah “sekumpulan pelabur terpilih” ini. Ini untuk belanja PRU13.

Pelabur institusi bakal menguasai saham FGVHB bila disenaraikan. Sebagai satu kumpulan, kerajaan-kerajaan negeri (15%), IHC (37%), pelabur-pelabur institusi yang lain (12%) dan rakan kongsi strategik (20%), mengawal 84% dari jumlah saham.   Pelabur-pelabur ini sedia membolot saham-saham yang bakal dijual pelabur peruncit.

Wang yang masuk ke akaun FGVHB dari penyenaraian berjumlah RM4.4 bilion dan kalau ditolak hutang bank sebanyak RM2.4 bilion (digunakan untuk membuat bayaran prapenyenaraian kepada Felda), tinggallah RM2 bilion sahaja. Inilah yang akan digunakan untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya ke peringkat global. Jumlah ini dikira kecil. (Nota: RM2.4 bilion dipinjam dari bank untuk membayar Felda apabila Felda melupuskan kepentingan dalam FHB). Oleh yang demikian, tujuan utama penyenaraian FGVHB bukanlah untuk menjana dana bagi mengembangkan perniagaan.

Agihan di atas adalah pada peringkat terbitan primari (primary issues).  Tentunya bila perdagangan bermula (pasaran sekondari), saham FGVHB akan bertukar tangan – ada yang menjual dan ada yang membeli dan ada pula yang  tidak menjual mungkin menunggu harga naik ke paras cukup tinggi baru hendak dijual. Pendeknya, bila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh memilik sekeping kertas bernama saham itu.  Sudah tidak ada jaminan bahawa harta peneroka akan kekal di dalam tangan mereka. Pelabur bukan dari kalangan peneroka boleh menguasai kepentingan di FGVHB.

Adalah diyakini bahawa wang sejumlah RM2.4 bilion bakal diperolehi Felda sebelum penyenaraian adalah untuk membayar durian runtuh kepada peneroka. Kalau wang ini dihabiskan, peneroka Felda yang seramai 112,635 orang itu bakal menerima RM21,307.76 seorang. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri “tidak terbayang oleh peneroka betapa besarnya durian runtuh itu.”   Ada kemungkinan peneroka akan dibayar jumlah ini kerana “undi mereka telah menjadi mahal” kerana ianya amat diperlukan oleh UMNO-BN yang sudah terlalu tersepit (desparate) untuk mempertahankan kuasa.

Dimanakah Felda akan mendapatkan saham FGVHB untuk diagihkan kepada peneroka? Sumber terpercaya memberitahu, FGVHB memiliki opsyen untuk menerbitkan 100 juta unit saham lagi kepada IHC di bawah “greenshoe option” (kebenaran menerbitkan lebih saham dari jumlah asal). Ini bermakna setiap peneroka akan diperuntukkan 8,878 unit saham (kira-kira 9 lot). Ini melibatkan kos RM51,936. Dirasakan tidak ramai peneroka yang mampu walaupun pinjaman bank disediakan. Sepatutnya, saham itu diagihkan percuma kepada setiap peneroka kalaulah sebeanrnya ia durian runtuh. Kalau peneroka kena bayar, itu bukan durian runtuh.

Jelas, FGVHB disenaraikan dan mesti disenaraikan dalam bulan Jun ini juga kerana UMNO memerlukan dana segera untuk membeli undi warga Felda dalam PRU13 yang telah terlalu hampir.


Sumber :  Keadilan Daily



Peneroka Felda : Durian Runtuh atau Durian Reput ?

Artikel ini ditulis oleh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN



logo FELDA


KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan “tersandar, rebah dalam kejutan” hasil tawaran awam permulaan atau “initial public offering” (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.


2. Dengan “gula-gula” pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.


3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.


4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:
4.1 Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut
4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan
4.3 Walaupun “stamping fee” diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima
4.4 Kadar faedah “daily rest” pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%


5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai “lonjakan berganda” ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.


6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.


7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.


8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan “umpan undi” atau “rasuah politik” seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik ‘durian runtuh’ ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN

Sumber : Keadilan Daily

Bank tawar saham FGVH, Peneroka Jangan Tertipu

Harakahdaily, 27 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menasihatkan para peneroka di seluruh negara tidak tertipu dengan 'durian runtuh' melalui borang tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang sedang diagihkan.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, borang tersebut sedang diagihkan di seluruh tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya lagi, borang tawaran saham itu dikeluarkan oleh institusi perbankan dengan menawarkan kononya saham durian runtuh dari RM50,000 hingga RM300,000.

"Borang tersebut lebih daripada 60 muka surat dan dalam bahasa Inggeris, kononnya mereka dapat saham padahal ianya adalah pinjaman dan resikonya sangat tinggi.

"Malangnya peneroka dipaksa menandatangan tanpa diberi taklimat dan kefahaman tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya penyenaraian mengalami kegagalan," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Borang-borang terebut juga ujar Mazlan, diagihkan di balai-balai raya dan pejabat Felda di mana peneroka tidak dibenar membawa pulang borang tersebut dan perlu menandatanganinya disitu serta merta walaupun tidak faham apa resiko perjanjian.

Malah ujarnya ada berlaku kes di mana anak kepada peneroka pun tidak dibenar mengambil borang tersebut malah ada yang dihalau.

Beliau difahamkan, sekiranya penyenaraian gagal, peneroka akan menanggung hutang dengan bank dan pihak bank pula berhak dengan apa cara sekalipun berhak mendapatkan gantirugi.

Malah apa yang paling dikhuatirinya, ianya bakal mengulangi apa yang berlaku kepada Amanah Saham Johor satu masa dahulu.

Pada awalnya dijual dengan harga RM1 seunit kemudian turun sehingga 11 sen seunit sehingga ramai pemilik saham itu di Johor ini kini diisytihar muflis.

"Secara logiknya, bank tidak akan bagi pinjaman kalau tidak ada benda bernilai dari peneroka yang boleh dicagarkan kepada mereka. Apa lagi yang paling bernilai pada peneroka selain 10 ekar tanah mereka?

"Pada saya, ini satu penipuan terang-terangan dilakukan dengan memperalatkan institusi perbankan untuk menipu peneroka bagi dapatkan dana pilihan raya," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau turut menasihatkan para peneroka memahami kandungan perjanjian tersebut sebelum menandatangan.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan membuat permohonan di mahkamah untuk menghentikan tindakan ini, dan kita juga akan buat laporan polis," katanya.

Sumber : Harakah Daily

P/S  : Apa yang saya paham tentang pinjaman untuk pembiayaan pembelian saham di FGVH ni ialah jumlah pinjaman adalah besar, tempoh bayaran adalah singkat dan bunga dari pinjaman adalah tinggi.

Walau apa pun bagi Peneroka yang banyak wang dan mampu membayar pinjaman beserta bunga nya tidak dilarang untuk membuat pinjaman dan melaburkan wang di saham FGVH.

Tepuk dada tanya selera.  Ikur rasa binasa, Ikut hati mati.

Zizan Raja Lawak sakit dan ditahan di wad

Zizan Raja Lawak
Aku adalah peminat no.1 Zizan Raja Lawak ( Wah bagi title sendiri).  Suka dengan lawak-lawaknya dan tak pernah bosan.  Asal tengok muka Zizan je pun dah lucu.  Semua filem Zizan berlakon aku tengok.  Terbaru Cinta kura-kura .. walau suara sahaja yang digunakan untuk watak kura-kura aku tetap pergi tengok filem tu.

Tak mustahil lah peminat Zizan di Facebook telah mencapai lebih 1 juta orang.  Angka terkini sewaktu entri ditulis peminat diFacebook Zizan Raja Lawak seramai  1,439,861.


Dilaporkan kini Zizan ditahan diwad akibat 'keradangan otot'.  Rujuk status terbaru di Facebook Zizan Raja Lawak nng ditulis oleh pengurus.

Masa tengok Melodi terkejut jugak bila Wahid Senario (menjadi pengacara ganti)  telah mengatakan Zizan Raja Lawak diserang penyakit misteri. 


Suka Angsa Ganas sebab ada Zizan

Aku doakan dan dapat buat lawak seperti sediakala.  Tak sabar nak tengok Super Spontan .. Angsa Ganas , Zizan terbaek !  Sangat berharap semua peminat di Facebook Zizan Raja Lawak yang seramai 1.4juta mendoakan kesihatannya.

(Gambar Baru) Nora Danish Pergi Umrah

Sungguh sopan


Si Cute !


Nora Danish si cantik manis yang mengerjakan umrah bersama Adi putra yang juga duta sebuah syarikat yang menguruskan ibadah umrah.  Dia mengerjakan umrah sejak 27 April.


dari kiri : Noh Hujan, Altimet, Aizat Amdan


Melihat gambar Nora Danish mengerjakan umrah, teringat 1 temubual oleh wartawan Propaganza kepada Altimet, Noh Hujan dan Aizat mengenai insiden sewaktu mengerjakan umrah.  Kereta yang dinaiki mereka  telah dilanggar oleh lori simen.  Syukur semuanya okey.  Yang paling sporting ketiga-tiga artis ini mengajak artis-artis mengerjakan umrah bersama mereka dan mereka mengharapkan mengerjakan umrah sebagai Aktiviti Tahunan.

Idea yang sangat bernas !

Jom layan gambar Nora Danish yang cute sewaktu mengerjakan Umrah .











Saturday, April 28, 2012

(Gambar Terkini) Ziana Zain dan Anak Kembarnya

Ziana Zain kelihatan bahagia dan ceria bersama dengan anak kembarnya

Sudah besar anak kembar Ziana Zain.  Anak kembar Ziana Zain ialah kembar sepasang dan tidak seiras.  Anak kembar lelakinya bernama Muhammad Ariel dan Nour Kaseh.

Gambar ini dimbil untuk program Avon Sempena Hari Ibu.  Sungguh nampak bahagia dan ceria.

P/S : Saya pun suka kalau dapat anak kembar hehehehe.

Friday, April 27, 2012

(Gambar) Scha Al-Yahya yang Sangat Nampak Wangi






Gambar di atas menunujukkan Scha Al-Yahya  bergambar dengan pelbagai haruman.  Haruman tersebut dari Avon yang mendapat jolokan no.1 Fragrance company in Malaysia.

Scha Al-Yahya begitu murah rezeki menjelang hari-hari bahagianya.  Beliau dilantik menjadi Duta Haruman Avon.  Dia juga dikenali melalui drama bersiri Awan Dania, prebert Jamilah dan Kelaaaas kau Maria.  Beliau juga bakal melanggsungkan perkahwinan dengan Awal Ashaari.

Layan gambar Scha Al-Yahya yang sangat kelihatan wangi dengan gandingan haruman, Sweet Honesty, Imari, Vanilla Soft Musk.

Scha Al-Yahya bersama haruman Vanilla Soft Musk

Nampak matang bersama haruman Imari

Feminin dan chic bersama haruman Sweet Honesty
Sumber : Avon

(Gambar) Pre Wedding Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Tambah kapsyen
Memang Awesome ! Superb ! Gambar Pre wedding Scha dan Awal.  Tengok lah siapa tukang ambil gambar kan ? Saiful Nang tu .  Beliau juga yang menshoot majlis Dr. Sheikh Muzafar dan isteri (angkasawan negara pertama tu).

Jelesnya, aku tak ada pun gambar pre wedding masa kahwin dulu.  Tapi gambar sebelum majlis walimatul urus ada lah diambil sebagai kenangan iaitu di Italy ,German dan Austria. Biarpun bukan Pre Wedding tapi boleh lah jadikan kenangan sebelum majlis kahwin kan ? heheheh nak jugak , nak feel feel jugak

Bawah pokok Epal di Austria


di Piazza Le Rome ( kalau pakai cantik2 n gambar diedit mesti lagi cantik) heheheeh
Sungguh cantik gambar pre wedding Scha dan Awal ni.  Pada aku Awal nampak macam Ben Affleck yang hero Pearl harbour tu dan Scha seolah-olah gadis yang dicintai dan tidak rela kekasihnya pergi berperang. Amboi ! Storyline aku bagi.  Tapi betul lah gambar Pre wedding Scha dan Awal ni nampak macam cerita yang kita boleh reka dan imaginekan.  

Bak kata Yuna dalam iklan Canon , " setiap gambar ada lagu".

Layan gambar Scha dan Awal






Sumber :  Facebook Saiful Nang

(Gambar) Fasha Sandha dan Jejai sudah bernikah

Cantik manis si Fasha Sandha


Mini pelamin berinai .  Memang simple dan cantik .


Bagi seorang wanita bukan perkataan " I LOVE YOU" yang dinanti dari seorang lelaki yang dicintai tetapi perkataan "AKU TERIMA NIKAHNYA".

Tahniah Fasha Sandha dan Jejai yang telah bernikah pada 27 April 2012 (Jumaat) , jam 9.45 malam dengan hanya 2 kali lafaz.  Mereka dinikahkan oleh ayah Fasha Sandha di Hotel Crowne Plaza.

Tahniah ! Jom layan gambar Fasha pakai inai .





Sumber gambar : Facebook We Love Fasha Sandha ,
                           Facebook oh! bulan

Tuesday, April 17, 2012

Plat WWW bakal pecah rekod dan cipta sejarah


Contoh nombor plat  


Tak tahu lah ini kereta siapa ?  Tapi kalau ikut abjad ejaannya macam  JEJAI kot



Pada aku , ada apa dengan plat kenderaan ? Tu bagi aku lah insan yang tak kaya raya.  Tapi bagi orang-orang yang terlebih duit dan nak plat dan nombor kenderaan ada ' ong ' atau lucky , mereka tak kesah walau berapa pun harganya mereka tetap membida.

Dalam sejarah plat kenderaan yang paling tinggi di bida di Malaysia ialah plat MCA1 bernilai RM300,100.  Dan untuk pengetahuna umum plat bagi negeri Johor, JJJ macam goreng panas.

Plat WWW yang bakal dibuka bidaannya pada 30 April juga dikaitkan dengan singkatan World Wide Web ( tak tahu ke yang selalu kita bukak google mesti nak taip www).

Bagi plat WWW angka 1 hingga 10 dibuka dengan bidaan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dan popular minimum RM2,000 dan RM300.  Contoh nombor plat yang menarik dan popular seperti 99, 999, 1111, 555, 786 dan macam-macam lagi.

Unik kereta Bentley ini.  No plat pun seakan-akan ejaan BENTLEY


Dikatakan jumlah kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal meningkat mencanak-canak berbanding tahun lepas yang meningkat kepada RM180 juta.

Wang yang banyak jangan lah boros ye.....


Yang pasti, apa pun yang terjadi dengan nombor WWW ni orang berebut, bergaduh, berhabis wang ringgit untuk nombor plat kegilaan masing-masing.  Aku tak ambil bahagian pun sebab tak ada nak beli kenderaan pada tahun ni. So, aku hanya tengok dan beli , baca suratkhabar dan akan berkata "Mak aih, gila ke apa beli plat kenderaan pon sampai puluh-puluh ribu".  Tak apa biarkan mereka, mereka kaya raya.

( Gambar ) Proton Preve Harga dan Spesifikasi


Proton Preve dalam pelbagai warna biru, merah, perak, putih, hitam, coklat 




Executive Manual
Executive CVT
Premium CVT
Enjin
Campro IAFM+
 Campro IAFM+
Campro CFE
Kuasa Maksimum
80kW/5750 rpm
 80kW/5750 rpm
103 kW/5000 rpm
Kuasa Kilas
150Nm/4000 rpm
 150Nm/4000 rpm
205 Nm/2000-4000rpm
Transmisi
5 kelajuan manual
6 kelajuan CVT
7 Kelajuan ProTonic
Warna
6 warna piihan bagi semua spec 
biru, merah, perak, putih,
Hitam , coklat)
Harga
RM59,990
RM62,990
Dari RM72,990


Semua Varian didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km yang mana dahulu

Telah dimumkan pada 4 April lalu secara rasmi model P3-21A diberi nama Proton Preve ( sebut betul-betul prey-vey)

Proton Preve juga bakal bersaing secara langsung dalam Segmen C dengan model Toyota Vios, Ford Focus, Honda City dan Kia Forte.

Dikatakan Proton Preve juga merupakan hasil teknologi terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton sehingga  kini.  Ciri-ciri yang istimewa:                                                         
  1.   Bentuk yang kontemporar 
  2.  Ciri-ciri aksesori dan keselamatan pada badan 
  3.  Keupayaan enjin   
\  4. Prestasi pemanduan 
   5.  Ciri-ciri eksport ada padanya 


Sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...