Showing posts with label Angsa Ganas. Show all posts
Showing posts with label Angsa Ganas. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Zizan Razak (Raja Lawak) Insaf

zizan raja lawak


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.
Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.
“Kerja dan wang bukan segala-galanya kerana tanpa kesihatan yang baik kita langsung tidak mampu melakukan apa-apa.
“Saya terlalu seronok bekerja sehingga tidak memikirkan tentang kesihatan diri namun ia adalah pengajaran terbaik buat diri saya selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Zizan pada 29 April lalu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai dekat sini akibat keradangan otot semasa bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menyertai Karnival Jom Heboh.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap kesihatannya kini, Zizan berkata dia berasa lebih sihat selepas dapat berehat selama dua minggu dan doktor ada menasihatkannya supaya mengehadkan masa bekerja.
Malah akibat masalah itu pengurusnya Marina Juki telah menapis beberapa tawaran bagi memastikan Zizan mempunyai masa untuk berehat sebelum menerima tawaran baru.
“Alhamdulilah sekarang berasa lebih sihat dan segar tetapi perlu lebih prihatin terhadap kesihatan dan masa berehat yang lebih berkualiti,” ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga amat terharu dengan sokongan dan perhatian yang telah diberikan oleh rakan-rakanya sepanjang dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, Zizan berkata dia bakal kembali ke lokasi penggambaran filem Tokan yang sedang menjalani penggambaran di Melaka selain akan mengacarakan program Melodi seperti biasa selepas ini.

Sumber Mstar

Monday, April 30, 2012

Zizan Raja Lawak sakit dan ditahan di wad

Zizan Raja Lawak
Aku adalah peminat no.1 Zizan Raja Lawak ( Wah bagi title sendiri).  Suka dengan lawak-lawaknya dan tak pernah bosan.  Asal tengok muka Zizan je pun dah lucu.  Semua filem Zizan berlakon aku tengok.  Terbaru Cinta kura-kura .. walau suara sahaja yang digunakan untuk watak kura-kura aku tetap pergi tengok filem tu.

Tak mustahil lah peminat Zizan di Facebook telah mencapai lebih 1 juta orang.  Angka terkini sewaktu entri ditulis peminat diFacebook Zizan Raja Lawak seramai  1,439,861.


Dilaporkan kini Zizan ditahan diwad akibat 'keradangan otot'.  Rujuk status terbaru di Facebook Zizan Raja Lawak nng ditulis oleh pengurus.

Masa tengok Melodi terkejut jugak bila Wahid Senario (menjadi pengacara ganti)  telah mengatakan Zizan Raja Lawak diserang penyakit misteri. 


Suka Angsa Ganas sebab ada Zizan

Aku doakan dan dapat buat lawak seperti sediakala.  Tak sabar nak tengok Super Spontan .. Angsa Ganas , Zizan terbaek !  Sangat berharap semua peminat di Facebook Zizan Raja Lawak yang seramai 1.4juta mendoakan kesihatannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...