Monday, August 8, 2011

10 TELEFON BIMBIT POPULAR DI MALAYSIA

Tahukah kita ?? Negara Malaysia mempunyai prospek pasaran telefon bimbit pintar / smartphone paling
cepat membangun.   Tidak terkecuali saya pun salah seorang pengguna telefon bimbit pintar.  Bermula
dengan Nokia 3310 (zaman duit tak berapa nak hada), Nokia N-Gage (sebab gila game) ,Samsung (masa
ni nak jadi ladies2 la henpon flip2 kan), Sony Ericsson k700 ( masa ni pengganti henpon Samsung kena
curi), Sony Ericsson K800i ( masa ni gila kan kamera dia 3.2 mp, zaman ni rasa kamera aku lah yang
paling terang) .  kemudian berpindah pulak beli Nokia Xpress music yang touch skrin kan ( baru nak
musin sentuh-sentuh skrin) ,  akibat keganasan guna Xpress music dan rosak tukar lagi Sony Ericsson
Vivaz ( nak touch skrin jugak dan warna pink dan suka kamera 8.1 mp kalau tak silap .   dan sekarang aku
dah tukar pulak kepada telefon bimbit pintar Android   hTC .   Lepas ni tak tahulah nak tukar apa pulak .

this is my smartphone hTC .....  sebab saya adalah seorang yang pintar dan saya pun memilih telefon bimbit yang pintar ( masuk lif tekan sendiri )

Okeh sekarang mari kita tengok 10 telefon bimbit paling popular sepanjang bulan Jun 2011 :

1.        iPhone 5

Walaupun Apple tidak pernah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model ini.  Terdapat khabar angin yang mengatakan Apple menyediakan 15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan dan bakal memasuki pasaran menjelang September tahun ini.  Sama-sama kita nantikan.

 

2.       iPhone4

Didatangkan dalam warna hitam dan putih.  Ia generasi keempat telefon bimbit skrin sentuh dibangunkan oleh syarikat Apple.  Didatangkan dalam warna hitam dan putih.  Ada panggilan video dan akses web serta multimedia.

 
3.       Samsung galaxy S

Telefon bimbit pintar ini telah diumumkan oleh Samsung pada Mac 2010.  Disempurnakan dengan pemproses Hummungbird 1 GHz, binaan memori Flash 6 hingga 16GB, skrin sentuh 4 inci dengan resolusi 480x800 piksel Super AMOLED.  Kamera belakang 5mp dan kamera depan.


4.       Samsung Galaxy SII

Telefon yang paling berjaya dihasilkan oleh Samsung.  Diktiraf sebagai telefon bimbit super pintar dengan pemproses berkembar kedua ternipis di dunia.


5.        Sony Ericsson Xperia

Separuh daripada keuntungan Samsung disumbang oleh model-model Xperia.


6.       Nokia c3
Telefon bimbit mampu milik dengan spesifikasi cukup lengkap.  Ia dilengkapi dengan capaian Wi-Fi dan papan kekunci QWERTY.


7.       Nokia N8

Model ini dipacu oleh system operasi Symbian 3.  Ia merupakan peranti telekomunikasi Nokia pertama dilengkapi kamera beresolusi 12 megapiksel.


8.       Samsung Galaxy Ace

Merupakan telefon bimbit pertama Samsung menggunakan sistem operasi  terbuka dari Android.  Skrin TFT sentuhan pelbagai 320x480 piksel bersaiz 3.5 inci


9.       Blackberry Bold

BB9000 dikenali juga dengan Bold 1 merupakan model BB dengan fungsi pintar, papan kekunci QWERTY dan keupayaan mesej yang berkesan.


10.    Blackberry Curve

Antara model awal syarikat Research In Motion (RIM).  Curve 8520 peranti BB pertama ada kawalan pad trek.




P/S : Jika anda salah seorang pengguna salah satu 10 telefon bimbit pintar,  anda merupakan  seorang yang pintar seperti saya ... hehehehehee  ;-p  ... smart ko nok !! 

3 comments:

  1. cousin aq pki nset nokia yg biase (yg rm70)...study @ U,so dia kurang pintar la eh...nnt aq suh die bli iPhone 5...he3...kasi pintar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...