Wednesday, May 16, 2012

Seram! Wajah saya pada usia 60 tahun



Melihat wajah saya di atas agak seram ye. Digambarkan pada tahun 2045 ( tak tahu hidup lagi ke tidak)
Yang hidup pastinya mati. Sebelum mati mesti lah tua dulu kan. Tapi kalau mati muda tak sampai lah tua begini.

Diperincikan sikit daripada wajah saya terkini dengan akan datang iaitu usia 60 tahun. Bezanya dari pipi yang kembung dan tembam bila usia 60 tahun pipi akan menggelebeh dan ditambah dengan scallop, renda atau kedutan garisan dipipi.

Bibir yang mungil pada waktu ini akan menjadi nipis, berkedut dan bergaris2. Masa ni pakai gincu kolagen pun dah tak umph lagi.

Bawah mata saya yang licin akan menjadi renda, scallop (macam langsir pulak) dan garisan yang menghala kebawah seolah ditarik-tarik yang disebabkan oleh kekurangan kolagen.

Tapi yang bahagian kening saya tak setuju dari bahagian di atas. Sekarang memang kening terangkat ala Ziana Zain. Tapi dari gambar diatas umur 60 tahun tak kan masih terangkat lagi kot.

Seriously saya sangat takut melihat wajah saya yang digambarkan pada tahun 2045.

So saya akan simpan gambar ini untuk tatapan masa hadapan. Betul atau tidak.

Kredit to application agingbooth. Jom try sangat syok!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...