Wednesday, June 27, 2012

Memey Suhaiza isteri Norman Hakim Sudah Hamil Enam Minggu



Lama tidak mendengar khabar berita dari pasangan suami isteri Memey Suhaiza dan Norman Hakim sebab cerita mereka sudah berkurangan di dada akhbar.

Walaupun diam-diam mereka tetap berisi kerana Memey telah disahkan oleh doktor hamil enam minggu. Sebelum disahkan oleh doktor Memey telah membuat ujian kehamilan sendiri dan mendapati positif.

Menurut Memey :

" semalam saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat ujian keputisan yang positif, saya masih tak percaya dan berdebar dan terus menangis."

" selepas itu abang Norman Hakim membawa saya ke klinik dan alhamdulillah doktor sahkan saya hamil enam minggu."

Saya pasti Memey sangat gembira dan bahagia kerana bakal menerima cahayamata sendiri dan sudah pun ada 3 anak tiri hasil perkongsian perkahwinan Norman Hakim bersama Abby Abadi yang kini telah berhijab.

Semoga mereka dan pasangan suami isteri yang lain bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri :-)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...