Sunday, January 27, 2013

Trend baru remaja cacah tatu di bahagian sulit

Trend baru ini mendapat sambutan hangat remaja atau pelajar berketurunan melayu dan Islam di sebuah bandaraya di malaysia iaitu di Kota Kinabalu (sumber Metro Ahad). Perbuatan ini dianggap trend terkini dan ada yang menganggapnya sebagai simbol seks. Bagi mengelakkan kegiatan cacah tatu diketahui ibu bapa mereka mencacah tatu dibahagian sulit yang sukar dilihat jika tidak didedahkan. Perbuatan ini hanya dianggap suka suka dan terikut ikut dengan trend dan barulah 'cool' , 'trendy' kononnya.



Ada tatu yang dicacah di payudara, bahagian ari-ari dan bahagian badan lain yang dianggap sulit. Takut ibu bapa nampak tapi nak ikut trend terpaksa buat jugak walau sakit.









P/s : Para ibu bapa, guru, pihak sekolah mari membantu para remaja yang mempunyai minat sedemikian untuk bertaubat. Kononnya pencinta seni. sepatutnya seni dilkarkan di atas kanvas bukan di badan bagi orang Islam.

sumber : Metro Ahad

posted from Bloggeroid

Senarai produk kosmetik punca kanser

Lambakan produk kosmetik di pasaran kebelakangan ini sangat membimbangkan. Sebenarnya bagus untuk perniagaan dan ekonomi negara dan membantu usahawan Malaysia bekecimpung dalam bidang kosmetik tidak kisah dalam atau luar negara. Tetapi ada segelintir syarikat, pengilang, pengedar yang tidak jujur dalam perniagaan. Ibarat kata menipu pengguna dan akhirnya pengguna juga yang mendapat risiko samada kanser kulit dan lain lain.

Berikut merupakan petikan arahan dari pihak BPFK Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan :



Senarai dibawah menunjukkan produk kosmetik yang ditarik balik pengedarannya di pasaran atau pembatalan notifikasi. Senarai dikemaskini sehingga November 2012.

Berikut menunjukkan Senarai pembatalan notifikasi produk kosmetik dari tahun 2008 hingga 2012. Sila cek dan double cek ye pastikan anda tidak membelinya









Sumber dari laman web : BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...