Monday, April 30, 2012

Felda Lantik Tujuh Bank untuk Pembiayaan Membeli Saham Felda Global Ventures Holding (FGVH)

Logo Felda

Felda lantik tujuh bank

KUALA PILAH 26 April - Felda bakal melantik tujuh bank komersial dalam usaha memudahkan peneroka Felda mendapatkan kemudahan pembiayaan membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selepas proses penyenaraian di Bursa Malaysia dilakukan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu wajar dilakukan berikutan jumlah peneroka yang mahu membeli saham-saham FGVH terlalu ramai yang meliputi 200,000 orang termasuk peneroka Felda generasi pertama.

"Proses perbincangan telah selesai dan setakat ini kita mendapati tujuh buah bank mampu menyertai program ini bagi menawarkan kemudahan pembiayaan kepada peneroka.

"Sekiranya kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana kita sudah kesuntukan masa, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan Felda dan bantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Program Sosial Korporat Pendidikan 1Malaysia Sumbangan Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan, di Sekolah Kebangsaan Felda Kepis, di sini hari ini.

Jelasnya lagi, inisiatif tersebut juga bertujuan mengelakkan peneroka ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.
\

"Tujuh bank tersebut adalah Maybank, CIMB, Ambank, Bank Muamalat, Bank Islam, Affin Bank dan OCBC Bank yang dikhususkan mengikut negeri," katanya.

Mohd. Isa memberitahu, pembiayaan bukan menjadi kemestian sekiranya peneroka mempunyai kemampuan, mereka boleh menggunakan wang mereka tanpa pembiayaan dari bank berkenaan.


Apa yang saya faham dan saya ulas dari kenyataan diatas ialah :

1.  Untuk membeli saham di FGVH , Peneroka perlu membuat pinjaman dari salah satu 7 Bank yang disenaraikan.

2. Setiap FELDA bagi setiap negeri , telah ditetapkan Bank yang menyediakan pembiayaan bagi Peneroka FELDA.  Peneroka Negeri Johor perlu membuat pinjaman melalui Maybank, Peneroka Pahang melalui CIMB Bank.

Contoh Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan Awam Felda Global Ventures Holdings BERHAD


3.  Memetik kata-kata Tan Sri Isa diatas, dalam petikan akhbar Utusan Malaysia

"Sekiranya kita suruh peneroka buat pembelian sendiri, ia akan mengambil masa kerana kita sudah kesuntukan masa, sebab itu kita lantik bank-bank ini untuk pergi ke kawasan Felda dan bantu mereka," katanya.

Lily Damia = Apa yang dimaksudkan dengan "KITA LANTIK BANK-BANK INI UNTUK PERGI KE KAWASAN FELDA DAN BANTU MEREKA"

-  Sesungguhnya saya sangkal dakwaan di atas, bahawasanya tiada Bank pun yang datang ke Felda kami. untuk menerangkan atau membantu.  Saya menghantar emak saya dan hanya diberikan dokumen setebal lebih kurang 60 mukasurat dan perlu ditandatangani segera.  Saya akui emak saya tidak membaca langsung surat itu dan hanya memberitahu , " ikut je orang lain sign" .  Saya akui warga emas di Felda saya tidak pernah pun pernah membuat pinjaman seumur hidup mereka (kalau ada pun amat sikit jumlahnya)  dan apa yang ditandatangani oleh mereka, sebenarnya warga peneroka warga emas ini tidak faham tentang perkara yang ditandatangani dan tidak diberi penjelasan yang mendalam.  Mereka hanya tahu ikut arahan iaitu, menyerahkan salinan IC, salinan Buku Bank Maybank.  Malahan bagi peneroka yang tidak mahu bersusah payah mengisi borang, diarahkan memberi RM5.00 untuk tugasan mengisi borang oleh individu tertentu.

- Betapa terhutang budinya mereka kepada FELDA dan memandang FELDA semulia-mulia pandangan, apa yang FELDA berikan dan uruskan untuk mereka, mereka akan telan 100% bulat-bulat tanpa syak wasangka dan segalanya manis buat mereka.

4.  Bagi peneroka FELDA yang mampu untuk membayar ansuran bulanan kepada Bank adalah tidak menjadi masalah untuk mereka membuat pinjaman untuk melibatkan diri dalam saham FGVH.

5.  Memetik kata-kata Tan Sri Mohd Isa , 

"Mohd. Isa memberitahu, pembiayaan bukan menjadi kemestian sekiranya peneroka mempunyai kemampuan, mereka boleh menggunakan wang mereka tanpa pembiayaan dari bank berkenaan"

Lily Damia = Pada pendapat saya, penyataan telah diberi secara terang-terangan iaitu pembiayaan bukan satu kemestian, kalau ada duit boleh guna duit sendiri, tetapi bagi mereka yang tiada wang sendiri atau wang simpanan bolehlah membuat pinjaman dengan Bank.

Tetapi harus diingat , Adakah kemampuan warga Peneroka FELDA untuk membayar ansuran bulanan kepada Bank? . 

Saya amat berharap warga Peneroka yang kebanyakannya warga emas di Negara Malaysia mampu membayar ansuran bulanan pinjaman.

Semoga saham FGVH mencapai objektifnya dan mendapat pulangan setimpal seperti mana yang diharapkan.  Itu doa saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...