Tuesday, August 9, 2011

Penuntut Malaysia patah rahang gigi dibelasah di London

Kasihan betul dengan nasib seorang pelajar Malaysia yang menuntut bidang perkauanan.  Gara-gara

rusuhan di Barking, Timur London dia turut menerima nasib malang.  Rusuhan yang tercetus berpunca
daripada remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.  Sewaktu hendak membeli juadah berbuka

bersama rakan-rakannya sekumpulan perusuh membelasah pelajar ini tanpa belas kasihan hingga patah

rahang gigi. 






Selepas kejadian, Asyraf dimasukkan ke Hospital Royal London.  Kini, Asyraf menerima rawatan

pembedahan membetulkan tulang rahang.  Sebagai rakyat Malaysia saya berasa terpukul dengan insiden

ini.  Betapa tak hormatnya mereka kepada orang Asia kan ??  Yang lebih selamba kumpulan perusuh

membuka beg galas dan menyamunnya tanpa sesiapa yang membantu.


 
Sama-sama doakan Asyraf dan pelajar-pelajar lain di luar negara selamat sejahtera hendaknya, begitu
juga dengan pelajar-pelajar yang berada di dalam negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...