Wednesday, March 27, 2013

(TERKINI) Senarai produk kosmetik di pasaran Malaysia yang mengandungi racun berbahaya

Update kali ke 2 untuk hari ni. Semua wanita atau lelaki nak kulit muka cerah, halus, gebu tanpa sebarang celaan, bekas jerawat, pori besar, jeragat, ketuat, eye bag, white head, black head, muka berminyak dan sebagainya.

Saya akui saya pun taksub dengan produk kosmetik di Malaysia sebab bila tengok testimoni yang diberikan memang terus terpikat dan nak beli secara borong. Saya pasti wanita di luar sana sama perasaan dengan saya bila produk kosmetik menjual wajah testimoni yang dah berjaya. Ditambah pula sekarang banyak penjual online jadian yang hanya fikir keuntungan tanpa buat research, kadang kadang kita bagi soalan dia jawap macam pro sebenarnya main belasah je kot.

Saya ni memang rajin godeh laman web farmaseutikal. Alamat web nya ialah http://portal.bpfk.gov.my

Semua produk kosmetik yang telah ditarik balik notifikasinya telah dikemaskini sehingga JANUARI 2013. Setiap kali dikemaskini, mesti ada sahaja produk terbaru di pasaran masuk dalam senarai. 80% produk kosmetik yang ditarik balik notifikasinya memang selalu sangat di iklankan di televisyen, Majalah mingguan wanita, surat khabar dan radio.

Senarai yang mengandungi racun ini saya pun pernah menggunakannya sebabnya taksub nak muka licin tanpa membuat kajian serba sedikit. Rupanya di laman web farmaseutikal Malaysia dah ada senarainya dai tahun 2008 hingga 2013.

Ini lah senarai produk kosmetik yang ditarik balik notifikasinya dari tahun 2008 sehingga JANUARI 2013











P/S : Kekadang tak paham dengan pengasas produk kecantikan. Apa yang mereka inginkan? Keuntungan semata-mata kah? Yang pasti kebanyakan pengasasnya berimej muslimah sejati siap ada yang berpurdah lagi.

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 26, 2013

Cara mudah nak dapat Galaxy Note II

Assalamualaikum, lama dah rasanya tak update blog.

Hari ni nak kongsi sikit tentang peraduan yang memungkinkan memenangi sebuah Galaxy NoteII. 5 biji Galaxy Note II setiap bulan.

Semuanya hanya ada di laman web Maybank2u. Hanya klik si www.maybank2u.com.my. setelah klik ada cara bagaimana nak menanginya. Ikut luck lah kalau bernasib baik boleh menang. Saja saja mencuba.

Senang saja anda hanya perlu pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan untuk update email dan nombor telefon. Peraduan ini dari 1Disember 2012 hingga 31 Mac 2013. Tapi ada terma dan syarat juga. Selamat mencuba, saya pun mencuba juga! Sesiapa yang menang tu boleh lah share di sini ye :-).





posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...