TUATARA
Binatang ini boleh hidup selama 111 tahun. Dalam bahasa New Zealand binatang ini digelar Tuatara. Sebab
tua tiada tara hahahah melawak aja. Kedua-dua spesien ini ditemui hidup sehingga kini. Binatang ini juga
dianggap sebagai Dinosaur kerana telah berkembang selama 200 juta tahun. Ia juga sebagai haiwan
vetebrata yang boleh hidup paling lama.
GEODUCK
Hidup selama 160 tahun. Spesies kerang air laut dan boleh hidup minimum selama 160 tahun. Lehernya sepanjang 1m. Lehernya boleh dilihat ketika keluar dari cengkerangnya.
CACING TABUNG LAMELLIA
Binatang ini boleh hidup selama lebih 170 tahun. Cacing yang tidak berwarna ini ditemui di perairan laut dalam. Terdapat ventilasi hidrokarbon dibanadannya dan ditemui di dasar laut.
KURA-KURA RAKSASA
Binatang ini boleh hidup selama 250 tahun. Spesies Vertebrata dan hidup terpanjang dibumi. Pada Mac 2006 spesies kura-kura Aldabra ditemui meninggal pada usia 250 tahun. Fuh ! lamanya dia hidup.
SPONS ANTARTIKA
Binatang yang hidup paling lama di carta pertama boleh hidup selama 1550 tahun. Mak aih lamanya. Kalau manusia yang hidup lamanya mesti keriput muka dan berganyot. Hidup di Lautan Antartik Lautan dan disebabkan suhu yang sangat rendah menyumbang kepada kadar pertumbuhan yang sangat lambat. Satu spesimennya telah tercatat selama 1550 tahun. Mungkin Spons ni adaik beradik dengan Spongebob kot.