Thursday, May 3, 2012

Teknologi : Robot Cuci Rambut di Cipta


Robot Cuci Rambut .  SUmber : Utusan Malaysia




LONDON 3 Mei - Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic.
Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan komersial.


Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut.

Berdasarkan video promosi Panasonic, mesin diberi nama Robot Penjagaan Kepala itu mempunyai alat pengesan dalam setiap 24 jarinya untuk mengukur kepala pelanggan, membolehkannya menyesuaikan cara mencuci rambut bagi setiap individu.


Layan video ini :



Urutan robot itu dikatakan 'agak menyenangkan' dan menawarkan tahap keselesaan yang tidak dapat diperolehi pelanggan salun dengan tangan manusia.
Robot itu mula berfungsi dengan menyembur air panas dan mengenakan syampu ke kulit kepala pelanggan dengan menggunakan 24 jarinya dengan 'lembut'.
Perapi kemudiannya disembur sehingga peringkat terakhir cucian iaitu urutan oleh robot dan pada masa sama, ia mengeringkan rambut pelanggan.


Buat masa ini, Robot Penjagaan Kepala itu hanya digunakan untuk pelanggan yang berambut panjang, namun ia masih mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka.
Teknologi itu pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan di rumah penjagaan dan hospital bagi memberi warga emas dan orang kurang upaya 'kualiti hidup yang lebih baik'. - AGENSI


Sumber : Utusan Online

P/S  : Best nya kalau mesin ni dicipta , kalau ada mesin ni kelak dan harga tak jejak ribu-ribu saya nak lah beli .  So tak payah ke Saloon lagi.  Mesin urut full body massage pun saya nak beli gak kalau mampu.  Sekarang saya hanya ada mesin U-shape je untuk kempiskan perut yang buncit.  Setakat ni itu saja yang mampu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...