Thursday, July 21, 2011

( artis ) Perkahwinan MEMEY SUHAIZA dan NORMAN HAKIM bernilai JUTAAN RINGGIT MALAYSIA





Wow !!  sangat suka bakal menghadiri majlis perkahwinan yang bernilai juta-juta lemon tapi yang itu nilai tajaan.  Mesti cantik masa MEMEY SUHAIZA bersanding nanti.  Apa pun aku tak sabar nak menghadirkan diri di majlis merpati dua sejoli ini nanti .  Tak percaya ke aku bakal datang??  Kalau tak percaya tengok bulan September (kalau tak silap) nanti akan ku muat naik (upload) banyak-banyak.

 Barang-barang tajaan :

1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
 

Tahniah !!!  Tahniah !!! dan Tahniah berjuta-juta lemon

BILA..... SITI NURHALIZA MENYANYI LAGU SENDIRI DALAM BAHASA INGGERIS FALLING IN LOVE

Bila Siti menyanyi lagu Inggeris dan lagu sendiri bukan lagu orang lain.  Percubaan yang baik dan album Inggerisnya belum dilancarkan dan belum letak judul pun.  Oh!! tak sabar nak beli yang C****  ******.

Tapi good job untuk Siti Nurhalizayang menyanyi dan menari ala-ala K-pop gitu.  Percubaan yang baik dan para pencinta muzik sila dengar dan ekspresikan pandangan sendiri.  Kalau dengar je lagu ni tanpa tengok muka Siti Nurhaliza pun boleh.  Lagi jujur gitu sedap ke tak sedap


haaaaa sedap tak??  tak?? tak?? tak??
sedap ke tak?? tak?? tak??

jawab sendiri jangan paksa orang lain...hehehehehe

( ARTIS ) yang halus yang mulus semulus kulit muka SITI NURHALIZA

Gambar ni telah diambil di Aeon Tebrau City, Johor Bahru.  Jalan-jalan ternampak Dato Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Jiwa dekat dalam Watson sebab dia nak cek barang Simply City dia ada tak dijual.  Kiranya bos turun padang secara mengejut lah....

Siapa yang nak ambil gambar secara rasmi dan tidak curi-curi  dengan siti kena beli produk Simply City.  Tapi aku tak beli lah hanya curi-curi je.  Kulit sepasang suami isteri ni memang lah lawa.  Kulit Siti halus mulus.  Kulit Dato'K putih-putih merah.  Secara depan Dato' K nampak muda dan macam sebaya dengan Siti.  Mungkin Siti yang terlebih nampak tua kot. 

Saksikan sendiri.  halus mulus kulit nya....







memang yang halus yang mulus yang kurus tak ada usus kulit nya .....

( PELIK ) SUKAN YANG SANGAT TAK SESUAI UNTUK PEREMPUAN MALAYSIA


Tengah bosan petang-petang hari tak ada kerja nak buat.  Aku layan TV .  Siaran yang aku tengok Mediacorp Singapore iaitu Channel 5.

Saksikan lah sukan ganas yang pasti merosakkan fizikal dan organ-organ dalaman mereka yang menyertai sukan ni.  Rancangan ni namanya American Gladiator dan dihoskan oleh Hulk Hogan dan Laila Ali memang mantop !!!.  Bekas Wrestler  dalam rancangan Wrestling.

Sekali bertanding 2 orang , kumpulan merah dan biru.    Siapa yang dapat menghabiskan perlawanan dengan mencatat minit yang sedikit dialah pemenangnya.  Tapi perempuan yang masuk pertandingan memang cantik-cantik pada aku mereka layak jadi model kot bukan masuk pertandingan macam ni.



















Pada pandangan individu aku....sukan ni memang lah tak sesuai untuk perempuan Malaysia.   selain kena kutuk dengan orang yang suka kutuk. Nanti tak fasal-fasal patah riuk tulang badan habis potong duit hantaran.  Tapi sukan ni memang syok lah dan sesuai untuk perempuan Amerika yang berhati kering.

( ARTIS ) GAMBAR PERTUNANGAN MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM

Aku kadang-kadang kasihan tengok pasangan merpati dua sejoli ni.   Yang lelaki nya tampan dan yang perempuan cantik.  Tapi kenapa mereka masih dihina dek kerana kes tangkapan khalwat.   Semua berita yang aku baca biasanya di Internet, surat khabar dan macam-macam lagi media.  Akhirnya mereka bertunang dan dengarnya mereka bakal mengakhiri zaman duda dan dara pada September 2011.  Tahniah !!
Gambar pertunangan mereka sangat cantik dan nampak bahagia gitu














cantik gambar-gambar pertunangan MEMEY SUHAIZA dan NORMAN HAKIM.
Memang tak dinafikan mereka berdua memang secocok.  aku dah pernah nampak NORMAN HAKIM secara depan-depan memang kacak lah dia ni.  Model dan pelakon kan??

Memey Suhaiza pun cantik.  Harap-harap bahagia ke akhir hayat.
Gambar kredit kepada Facebook Pencari Keberkatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...