![]() |
Sweet Couple. Lisa and Yusry |
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,
Lisa Surihani mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri
kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim pada 23 Februari
lalu.
Aktres "Ombak Rindu" ini turut mengakui mereka masih dalam proses
menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih
rapat.
"Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami
kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana
jadual saya yang padat dengan lakonan. Yusry pula kini sedang sibuk
dengan pasca penerbitan filem terbarunya, "Vikingdom"," ujar Lisa ketika
ditemui di majlis pelancaran treler filem terbitan KRU Studios, "29
Februari" baru-baru ini.
Malah pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed ini mengakui masih
belum sempat memasak masakan kegemaran suaminya selepas berkahwin.
"Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir
saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman," jelasnya
lagi.
Aktres berusia 26 tahun ini memberitahu Yusry tidak cerewet kerana dia
bukan jenis yang memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan
Korea.
"Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang
berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini
dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya," kata Lisa
yang kelihatan cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan.
![]() |
Mungkin inilah rupa sambal sotong kegemaran Yusry |
Ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata, Lisa memberitahu
mereka hanya berserah kepada Tuhan dan bersedia pada bila-bila masa
sahaja.
"Doakan kami cepat timang anak ya," pinta Lisa sebelum mengakhiri perbualan.
Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk dengan penggambaran
filem arahan Jason Chong bercorak 'psycho thriller', "Dendam Orang Mati"
terbitan KRU Studios.
P/S : Sama lah Lisa, kita pun masak untuk suami kita masa bulan madu je. Sama lah kat Jerman gak.. Hahahuhuhuhehehehe layan aje. Nak feel feel jugak
Sumber cerita kredit to Yahoo !
No comments:
Post a Comment