Showing posts with label Yusry. Show all posts
Showing posts with label Yusry. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Lisa Surihani tak sempat masak untuk Yusry


Sweet Couple.  Lisa and Yusry

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim pada 23 Februari lalu.
Aktres "Ombak Rindu" ini turut mengakui mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. 


"Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana jadual saya yang padat dengan lakonan. Yusry pula kini sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya, "Vikingdom"," ujar Lisa ketika ditemui di majlis pelancaran treler filem terbitan KRU Studios, "29 Februari" baru-baru ini. 


Malah pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed ini mengakui masih belum sempat memasak masakan kegemaran suaminya selepas berkahwin. 

"Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman," jelasnya lagi. 


Aktres berusia 26 tahun ini memberitahu Yusry tidak cerewet kerana dia bukan jenis yang memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan Korea.
"Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya," kata Lisa yang kelihatan cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan. 
Mungkin inilah rupa sambal sotong kegemaran Yusry

Ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata, Lisa memberitahu mereka hanya berserah kepada Tuhan dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
"Doakan kami cepat timang anak ya," pinta Lisa sebelum mengakhiri perbualan. 

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Jason Chong bercorak 'psycho thriller', "Dendam Orang Mati" terbitan KRU Studios.

P/S : Sama lah Lisa, kita pun masak untuk suami kita masa bulan madu je.  Sama lah kat Jerman gak.. Hahahuhuhuhehehehe layan aje.  Nak feel feel jugak

Sumber cerita kredit to Yahoo !

Sunday, December 18, 2011

Lisa Surihani -- Yusry bakal kahwin Febuari 2012 !

Suka nya kalau Lisa dan Yusry jadi kahwin.  Begitu juga dengan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang memilih 2012 untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.  Kedua-dua pasangan ini bagai pinang dibelah dua.   Dua-dua muda dan cantik.  Suka sangat !

Lisa Surihani - Yusri


Scha - Awal


Hari ini belek surat khabar Berita Minggu di ruangan gosip BPOP oleh Zubir terbaca tentang perkahwinan 2 pasangan artis ni.

Antara isi yang menarik di ruangan gosip :

                        "Memang kami ada perancangan dan mendapat hak penyiaran eklusif 
                         menayangkan secara langsung majlis persandingan Lisa-Yusry dan Scha-Awal.  
                         Menurut perancangan, Insya-Allah segala-galanya akan menjadi kenyataan sekitar 
                        Februari depan. Namun terpulanglah kepada pasangan masing-masing untuk
                        merealisasikan perkahwinan mereka seperti direncana," kata sumber Astro.

Yang pasti sangat teruja dan tak sabar tengok ke dua pasangan artis ini jadi raja sehari.  Tak sabar tengok pilihan pakaian pengantin , hantaran, design hantaran, design pelamin, design kad jemputan.  Pasti pilihan mereka semua menjadi ikutan.  Contohnya macam design kad kahwin Zed Zaidi yang telah menjadi ikutan pasangan yang nak kahwin .  

Kad Kahwin Zed Zaidi


Tapi yang lawak kalau makcik pakcik dapat kad kahwin macam gambar di atas mesti belek kad dengan penuh hairan.  Belek punya belek ingatkan risalah orang nak jual produk baru.  Ramas ramas kad sampai hancur pastu buang sebab tak nampak macam kad orang nak kahwin yang biasanya ada gambar cincin, tepak sirih, sirih.   Maklumlah makcik pakcik dulu tak de pesbuk .  Apa pesebuk ? ( Sambil garu kepala )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...